Friday, February 6, 2015

Tayangan Fifty Shades of Grey Diharamkan di Malaysia




KUALA LUMPUR, 5 FEB 2015: Filem adaptasi novel terkenal, ‘Fifty Shades of Grey’ tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotika.

Pengedar filem itu di Malaysia, United International Pictures (UIP), pada awalnya berkata filem itu akan ditayangkan pada 12 Februari ini.

Namun menurut laman web cinema.com.my, pihak UIP mengesahkan filem berkenaan tidak akan ditayangkan di negara ini.

Di Amerika Syarikat, ia mendapat klasifikasi ‘R’ dimana mereka di bawah umur 18 tahun masih boleh menonton filem berkenaan dengan ditemani orang dewasa.

Singapura pula masih menanti klasifikasi rasmi untuk filem itu.

Keputusan untuk mengharamkan filem itu di pawagam Malaysia bagaimanapun telah dijangka oleh warga media sosial dan ada di natara mereka yang mahu menontonnya di negara jiran.

Filem '50 Shades of Grey' merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama tulisan E. L. James.Ia menampilkan Dakota Johnson dan Jamie Dornan dan bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 13 Februari.

Sumber AWANI

19 comments:

  1. Oh 18sx ye..bahaya ni utk blom cukup umur..

    ReplyDelete
  2. salams SU,
    bgs jugak kalau dibatalkan:)

    ReplyDelete
  3. ohhh. sebab tak sesuai untuk tontonan umum.

    ReplyDelete
  4. filem2 barat patut ketat sikit kan.. baguslah tak ditayang disini.. tapi masih boleh download nanti.. huhu

    ReplyDelete
  5. Di Malaysia ni kebanyakan advance sangat... bagus jugak tidak ditayangkan :)

    ReplyDelete
  6. Isk....bahaya kalau ada unsur 18sx...

    ReplyDelete
  7. bagus la macam tu.. x sesuai untuk tontonan masyarakat kita

    ReplyDelete
  8. Filem terlalu keterlaluan sgt akak...so mmg tak sesuai kot tayang kt sini..=D

    ReplyDelete
  9. Memang bagus kalau tak disiarkan.
    Tak sesuai dengan budaya kita.

    ReplyDelete
  10. Memang bagus tak ditayangkan di Malaysia..

    ReplyDelete
  11. xsesuai utk ditayangkan ye... xpe lah, xpayah masuk malaysia pun xpe...

    ReplyDelete
  12. dah terlebih 18thn..kihkih..:)

    ReplyDelete
  13. agak kecewa juga.. sebab dh baca novel.. tapi mmg wajar diharamkan pun tayangan... cumaa.. sesetengah filem di malaysia pun lebih kurang sama je adegan nya heheheh..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah