Tuesday, September 20, 2016

Eiduladha 2016 | Rendang Itik Airtangan Suriaamanda

Hi korang...
seperti aku janjikan last week...hehheeh...sorry la aku bz la sekarang ni..pas tu last week aku tak sihat plak...terbiar jer entry ni kat draft sebab bagi laluan untuk entry yang urgent kena publish...ni pun ada lagi 2 entry urgent lom buat untuk product lain...pas sampai plak 2 product lain...huwaaaa mak pening nyahhhhh....padan muka aku..bila takde benda nak review aku macam takde idea nak buat entry..bila dah ada..aku buntu tak tau nak mulakan yang mana satu...nasib ko la badan.....

Masih berkisahkan Aidiladha aku...sebenarnya menu utama untuk Hari Raya Korban tahun ni adalah rendang itik...lama giler tak makan rendang itik...beli kat supplier kat Kampung...Abah pergi ambik pagi Ahad tu..ekceli petang sabtu nak balik kampung pi amik itik...kisahnya sampai kat hiway bukit putus..jammed takm gerak2...patah balik so abah decided amik pagi Ahad....


Ko tengok Abah aku...itik punya pasal sanggup masuk reban


adik ipar aku..cis macam berani je..tengok muka macam cuak jer...


Itik yang dah siap di proses dan di salai...


di kecutkan bersama rempah ratus untuk di buat rendang...


satu jam lebih tunggu air dari itik tu kering...


kemudian masukkan santan...2 ekor itik kami guna santan sekilo setengah...


tudiaaa...ekceli ni rendang cili api ye..kuah jadi merah skit sebab mak suruh campur cili kering skit...


kemudian campurkan daun puding...pasal daun puding ni ramai ingat kitorang guna daun puding yang pokok bunga tanam kat kubur tu...ishhh yang tu mana bleh makan...


tadaaaa...dah siap.....dah boleh makan bersama lemang

Sedap ke rendang itik?

Sedapppp...lagi sedap dari rendang ayam...tak percaya korang boleh cuba...leceh ke nak masak dia...sedikit leceh la sebab nak kena kecut atu rebus sampai air dari itik tu kering dan daging empuk..kalau tak liat rendang itik korang...bahan- bahan untuk rendang itik ni sama jer kaedahnya macam buat rendang ayam..just korang tukar itik je...

Biasanya rendang itik ni pasti menjadi menu wajib kami sekeluarga...itik pun sedikit mahal harganya dari ayam kan...2 ekor itik ni RM60..beli hidup2 tau...lepas tu hantar proses kat pasar sekali sembelih diorang charge RM7 seekor...siap salai...murah la kan..nak cabut bulu itik sendiri memang tak la...
Insyaallah tahun depan raya aku nak beli itik lagi buat rendang...2 ekor ni tak cukup plak untuk raya haji yang lepas....

Aku berani jamin...sekali korang dah rasa daging itik..korang pasti nak cuba makan lagi...

9 comments:

  1. orang kelantan memang suka kari itik. sedap juga

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok..jarang makan itik

    ReplyDelete
  3. Rendang itik???rare ni...nory tak penah makan
    .hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan rendang itik.. Tp tau daging itil liat sikit compare dgn ayam..

    ReplyDelete
  5. Takbpernah makan rendang itik pernah kena tipah tertipu tempat jamuan raya hahahahaha

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa rendang itik..jarang2 boleh makan itik ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah