Tuesday, September 13, 2016

Anak Zaman Sekarang Terlalu Manja Atau Dimanjakan

Renungan Bersama : Bezanya Anak2 Zaman Dahulu dan Sekarang




Budak asrama sekarang sudah tidak macam budak asrama zaman kita dulu.

Zaman kita, boleh kira berapa kali ibubapa datang melawat dalam setahun.

Zaman kita takde pulak yg mati kena buli..zaman sekarang takut plak nak masuk kan anak asrama..tak pasal2 anak mati..

Zaman sekarang, tiap-tiap minggu ibu bapa kena datang melawat. Kalau tidak datang, mulalah anak merajuk.

Zaman kita, basuh baju sendiri kat bilik basuh (basuh pakai tangan ya), lepas kering , seterika sendiri ...

Dobi hanya untuk tuala, cadar, selimut atau seluar tebal.

Zaman sekarang, bilik basuh ada mesin basuh. Tidak perlu tenyeh2 atau sental pakai sabun buku FAB warna biru.

Zaman sekarang, untung sebab ada ibu datang bawa kain kotor balik dan tukar pulak dengan baju bersih dan disiap seterika untuk stok seminggu.

Zaman kita, ayah bagi money order yang dipos ke sekolah. Jumlah dalam lingkungan RM20(itu saya la).

Zaman sekarang, RM20-30 memang tidak cukup. Silap-silap itu untuk belanja 2-3 hari sahaja.

Zaman kita, makan apa yang Dewan Makan sediakan. Sedap makan n sampai penuh tray besi. Tak sedap, makan sikit.

Siapa tidak kenal ikan jeket?
Ikan termenung?
Zaman kita asrama dulu, ramai yang ternanti hari Jumaat. Sebab hari Jumaat menu lain sikit. Kadang2 nasi ayam. Kadang-kadang nasi minyak dengan ayam merah.
Jumaat memang hari berlumba2 balik dan terus ke Dewan Makan.
Kelakar.

Ramai tidak suka kalau dewan makan hidangkan lauk sadin waktu makan malam. Tapi pada yang lapar, tak kisah pun. Sadin pun sadin la. Walaupun nanti tangan bau hanyir ikan sadin.

Zaman sekarang, tiada menu sadin di dewan makan. Mungkin sebab mahal kot.

Supper atau minum malam (lepas prep) hanya dihidangkan biskut kering dgn teh -o. Itu pun rasa syukur dan siap tapau biskut bawak balik asrama kalau ada lebih.

Zaman sekarang , supper makan mi goreng, bihun goreng dan paling ringkas roti krim(pun sedap jugak).

Sarapan pagi yang saya suka roti dengan jem nenas dan kaya dalam tin. Luar tin ada tulis "hak kerajaan Malaysia". Itulah jem nenas yang paling sedap dalam dunia.
Telur separuh masak pun ada tapi saya tak makan.

Saya mengimbas kenangan ini sebab saya ada dalam WhatsApp group ibubapa sekolah anak2 saya. Walaupun hanya sebagai silent reader tapi setiap yang ditulis saya baca.

Segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan makanan di asrama anak mereka. Ada saja komen ibubapa tentang menu.
Antara komen2 yang ada ialah lauk tak sedap. Kesian kat anak sebab makan Ikan jeket yang keras katanya. Selalu sangat menu ikan keli, ikan keli tidak bagus dan tidak elok dan macam- macam lagi.
(Dulu ikan keli tiada dalam menu jugak).

Pada saya mungkin ada ibu bapa yang tidak berpuas hati itu kerana mereka tidak pernah merasai kehidupan diasrama. Atau mereka dari golongan "senang" yang tidak perlu makan ikan murah seperti ikan jeket ini.
Mungkin juga mereka golongan professional seperti doctor, pakar nutrisi atau pakar perubatan yang tahu tentang khasiat tentang ikan dan makanan.

Sebagai ibu yang hanya sebagai seorang perancang kewangan, saya memang sentiasa merancang menu makanan dirumah.
Kadang-kadang ada juga  saya tanya anak saya makan apa hari ini.
Memang saya risau sebab salah seorang anak saya memang "picky eater". Dan alhamdulillah dia masih survive dengan nasi kawah dan ikan jeket setakat ini.

Selalunya saya akan imbas kembali menu saya semasa zaman "tray besi" dulu. Memang ternyata berbeza malah lebih baik dari zaman kita yang pakai " tray besi" dulu.

Dan saya selalu pesan kat anak, syukurlah dapat makan, walaupun tidak sesedap makan dirumah.
Sebabnya kakak kena tahu  kat luar sana ada yang nak makan ikan pun susah. Ada yang hanya merasai makan daging atau ayam hanya beberapa kali dalam setahun.
Syukurlah banyak2 nak.....

Si ibu2 pun kena bersyukur jugak....

Moral of the story...fikirlah sendiri.

Credit to sumber FB

13 comments:

  1. betul tu, kena ajar anak2 bersyukur

    ReplyDelete
  2. say amerasa duduk asrama. Dari sekolah sampai la ke UiTM. Moga anak-anak kita semua di jauhi dengan sifat sebegini

    ReplyDelete
  3. tu lah. parents memainkan peranan penting. kekadang parents jugak lebih -,-''

    ReplyDelete
  4. bila time dewan makan hidangkan ikan jaket utk dinner, kami gi beli nasi lauk ayam kicap kat kantin. pd thn 1990 sepinggan cuma rm1 aje. sedap n berpatutan! masa f5 dah mula memilih makanan la..

    ReplyDelete
  5. ya, anak2 perlu diajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.. saya pun pernah lalui zaman "tray besi" tu..

    ReplyDelete
  6. betul tu SA.selalunya anak balik mengadu kat amak ayah ..cerita tak best aje kat asrama tu..mak ayah mula la nak komplain aje..Kita dulu makan je apa ada.Tapi anak2 sekarang dari kecik dah cerewet bab makan.Bila masuk asrama mula nak buat perangai cerewet tu..Mungkin diaorang ni masuk asrama sebab dapat tawaran je..Padahal duduk dalam asrama ni bukan semata2 nak belajar akademik je..bab lain pun kena la belajar jugak.

    ReplyDelete
  7. benar sekali budak dulu ngan sekarang berbeza..

    ReplyDelete
  8. Budak zaman skrg, budak sekolah pon mampu pakai iphone..phewwww

    ReplyDelete
  9. Bagus SA ajar anak bersyukur tu

    ReplyDelete
  10. Memang beza banyak sangat zaman kita dulu2 dgn zaman bdk skrg.. Gugugu~

    ReplyDelete
  11. Anak jadi demand sebab ada ibubapa yang manjakan (bukan semua).
    Ai selalu pesan dekat dak Kakak, walau hanya kita makan sardin dekat rumah tapi ada orang lagi susah dari kita. Kadang2 kalau berkesempatan, kubukakan rancangan Bersamamu bagi anak2 tengok. Dari situ biar dorang tahu ada orang lagi susah hidupnya dari apa yang kita dapat sekarang. Syukur dengan apa yang kita ada ni.
    Kalau dapat peluang duduk di asrama, bersyukurlah masih ada benda nak dimakan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah