Thursday, September 1, 2016

Virus Zika Kini Menyerang Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Dunia baru-baru ini memberi amaran virus Zika yang di sebabkan oleh gigitan nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV). Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi sepertidemam, sakit otot, sakit sendi,sakit kepala, konjunktivitis serta ruam.


Dibawah merupakan kenyataan akhbar dari Menteri Kesihatan Malaysia


Extra carefull kawan- kawan...kita semua tau kan bahaya Zika ni..pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat virus Zika.Merekabyang dijangkiti dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan biasa. Korang semua adalah dinasihati tidak melakukan atau meneruskan perjalanan  ke negara - negara yang telah dijangkiti virus tersebut..

Semoga kita dan semua keluarga kita tidak dijangkiti virus ini...Langkah- langkah pencegahan harus dipertingkatkan. Antaranya ialah :

  1. Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent dan tidur di dalam kelambu
  2. Elakkan dari melakukan aktiviti luar sepanjang waktu tempoh puncak gigitan nyamuk aedes iaitu beberapa jam sebelum senja
  3. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.
Orang ramai adalah disarankan untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnahkan bagi mengurangkan tempat pembiakkan Aedes di kawasan rumah masing-masing atau persekitarannya...

Berita terkini, telah ada mangsa Zika di Malaysia....

12 comments:

  1. Baru tahu tadi masa tengok berita pukul 8 malam. Kena berwaspada dengan simptom-simptom tu. Cepat dapatkan pemeriksaan.

    ReplyDelete
  2. masa dgr berita kt spore dh banyak yg kene dh rasa serriau....

    tak sangka ada jgk org malaysia yg kene aduhla... lg serem... moga kita di jauhkan dr di jangkiti penyakit nih

    ReplyDelete
  3. Memang menakutkan sampai kakak sekeluarga tak pergi ziarah pakcik (adik arwah bapak kakak) yg kena operation jantung pada 30hb lepas di hospital S'pore. Takut sebab Zika inilah. Apa lagi kat hospital bimbang ada yg kena Zika ni.

    ReplyDelete
  4. Risaunya mcm2 virus skrg ni...semoga kita semua dijauhi dr virus2 yg memudaratkan

    ReplyDelete
  5. Muncul balik..
    Semoga kita semua dilindungiNya dari bahaya virus zika ini..
    Aamiin..

    ReplyDelete
  6. Allahu...
    Semoga kita semua dilindungi

    ReplyDelete
  7. Memang sangat risau dengan virus ni. Semoga kita dilindungi Allah

    ReplyDelete
  8. Memang sangat risau dengan virus ni. Semoga kita dilindungi Allah

    ReplyDelete
  9. serius menyeramkan betul virus zika ni...

    ReplyDelete
  10. Semoga kita dilindungi dr penyakit berbahaya ni

    ReplyDelete
  11. Merisaukan betul.. Semoga kita semua terhindar dari dijangkiti virus zika ni..

    ReplyDelete
  12. Jauhkanlah dari kita semua hendakNYA.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah