Saturday, September 3, 2016

Tips Cerahkan Warna Bibir

Tips Menggunakan Bahan Semulajadi Di Rumah


Gambar sumber google

Hi korang...

Korang tau kan penggunaan kosmetik di bibir secara kerap akan membuatkan warna bibir kusam begitu juga dengan perokok. Bibir merah semulajadi pastinya menjadi daya penarik terutama buat si gadis. Untuk membantu korang sama ada gadis atau jejaka mengembalikan warna bibir merah semulajadi.

Meh tengok 3 bahan yang boleh korang cuba untuk mengatasi masalah ini.Ikutkan banyak lagi bahan yang boleh digunakan untuk tips cerahkan warna bibir ni..tp aku kongsi apa yang aku baca dulu ye...mubgkin korang boleh guna bahan lain yang korang rasa senang cari dan selesa .

Limau Nipis

Dipercayai dapat mencerahkan bibir secara semulajadi kerana kandungan vitamin di dalam jus dapat memudarkan hitam bibir.Caranya sediakan dua sudu air limau dan dicampur dengan air panas juga dalam jumlah sama. Kacau campuran dan oles pada bibir. biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum bilas dengan air suam. Lakukan selalu

Mentega

Oles sedikit mentega dalam jumlah sedikit secara rata pada bibir sebelum tidur. Kandungan telur dan minyak dipenuhi nutrisi mampu membantu mencerahkan bibir. Untuk hasil yang maksimum lakukan tips ini secara kerap.

Madu

Usapkan madu di bibir setiap hari juga sebelum tidur. Madu terkenal dengan pelbagai khasiat untuk tubuh. Menariknya ia juga mampu membantu kita dalam masalah ini. Sapu dan biarkan selama 15 minit sebelum mencuci dengan air suam.

15 comments:

  1. Thabks info..ade masa lapang nt blh buat. Hehe

    ReplyDelete
  2. Thanks you for sharing, ada masa nanti boleh cuba ;)

    ReplyDelete
  3. Boleh try gune mentega..biase gune madu je tu pun kalau ingat..hehe

    ReplyDelete
  4. Bibir gelap hasil smoking zaman jahat dulu, boleh cerah tak guna mentega? Haha...

    ReplyDelete
  5. Biasa SB guna madu..nak try mentega dan limau nipis lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Info yang menarik.. Bahan memang ada.. Bolehlah cuba..

    ReplyDelete
  7. nk try yg no 2 tuh la.... yg no 3 tuh mule2 baca ingat biarkan tido ngn madu tuh... kang sedar2 mlt penuh semut heheheh...

    ReplyDelete
  8. Madu & mentega tu ada je ni haa kat umah.. Tinggal rajin dgn malas je nak buat.. Huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2.. rajin dengan tak je nak buatnya.

      Delete
  9. Kalau tak ingat memang tak tak terbuat.

    ReplyDelete
  10. nak try buat laa guna limau nipis tu...kalau madu, itew tak suka madu...takleh nak telan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah