Tuesday, September 27, 2016

Safi Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat Tanpa Kompromi...

Inovasi Terkini Syampu Khas Wanita Bertudung

Hi korang...
Industri syampu semakin berkembang pesat. Bukan hanya tertumpu pada wanita yang mementingkan kecantikkan rambut malah kini muncul inovasi yang terkini khas untuk wanita bertudung. Berbanding wanita yang tidak bertudung, penjagaan rapi juga perlu dan penting bagi wanita bertudung. Keselesaan kulit kepala ketika bertudung perlu dititik beratkan agar sentiasa tampil yakin dan selesa sepanjang hari.

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir  dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa kua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini semeangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.


Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakkan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, Safi Shayla rangkain jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatur Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi SAFI Shayla Pek Fleksi.


Safi Shayla memang pilihan Dania..


Inovasi Pek fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu, diambil dari perkataan fleksibel iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualitipada harga mampu milik. Dengan satu syampu satu harga pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza

Simanis Dania dengan product SAFI Shayla Pek Fleksi..

Warna dan corak serta reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi di kekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla  pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek Inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65. Untuk maklumat lanjut mengenai produk SAFI sila layari lama Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI @safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di


11 comments:

  1. patut la shopping kat tesco pek fleksi gini mudah sangat nak bawa la kan... model pakai tudung pun lawa sangat

    ReplyDelete
  2. husna pon guna safi jgk skarang tp yg merah oren.. hihihi wangiiii~

    ReplyDelete
  3. alah comel je dania..
    mmg best syampoo ni

    ReplyDelete
  4. Amboi cantiknya dania manis je muka dia sejuk tengok hee

    ReplyDelete
  5. Best Safi Syayla ni.. Kite pon guna syampoo Safi Syayla.. Tp tg kaler biru.. Bau wangi.. Khasiat habatus sauda tu mmg sgt membantu memperbaiki tekstur rambut.. Best! ^_^

    ReplyDelete
  6. Pernah cuba sekali tapi tak serasi.. mungkin dalam beberapa pek warna tu ada yang serasi kot.
    Apa-apapun Dania is too cute.. ;)

    ReplyDelete
  7. suka guna safi shayla ni...kite memang pengguna setia laaa..heheh

    ReplyDelete
  8. Modelnya comel sungguh.
    Sy pn pengguna safi shayla..
    Suka sangat dengan baunya .

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah