Friday, September 9, 2016

Pancing Selera Anak Dengan Sup Ketam

Sup Ketam Air Tangan Suriaamanda Untuk Anakanda Tercinta



Hi korang...
Ada masalah anak tak berselera makan? Puas pujuk tapi tetap x nak makan?  Asyik repeat minum susu? Apa kata buat cara macam aku...Tanya diorang nak makan apa..sup ayam maybe dah muak..sup daging x berapa sesuai sebab daging boleh buat tercekik kan?
Macam aku plak senang je..pergi pasaraya atau pasar besar...bawak anak dara aku tuh..angkut sekali si kecik Qhaira..ok misi kita kali ni nak beli ketam..tak perlu beli banyak..beli yang sedang2 dalam 3 ekor..tunjuk je kat diorang..kita masak sup ok? Kalau terserlah senyum lebar sampai ke pipi tu..maknanya memang lulus la cadangan aku tu...jom kita buat Sup Ketam!!!!!
Ketung ketang ketung ketang kat dapur sorang2 akhirnya masak la sup ketam tu...ajak makan laju je..ternyata diorang suka especially si Qhaira..bertambah-tambah sup ketam di hirup..nasi sepinggan pun habis..sebab tu la dia montel...sebab tu bila tengok dia selera je makan terus rasa kenyang....penangan sup ketam simple...jangan malas nak kopekkan kulit ketam tu..anak2 suka dengan isi ketam yang manis...

Resepi Sup Ketam


  1. 3 ekor ketam di bersihkan dan dipotong 2
  2. bawang merah di hiris
  3. bawang putih dihiris
  4. halia sebesar ibu jari dihiris
  5. sebiji tomato di belah 6
  6. setangkai batang celery
  7. 4 sekawan ( cukup sebatang kayu manis, buah pelaga 2 biji, bunga lawang 2 kuntum dan bunga cengkih 2 kuntum)
  8. Sebiji kentang dipotong 6
  9. Daun bawang dan daun sup
Cara- cara masak

  1. Tumis bahan 2-4 dan bahan no 7 sampai naik bau
  2. masukkan ketam
  3. tambah air cukup tenggelamkan ketam
  4. masukkan kentang agar cepat empuk
  5. biarkan mendidih seketika atau sampai kentang empuk
  6. masukkan celery dan tomato
  7. masukkan daun bawang dan daun sup
  8. perasakan garam
  9. siap
Insyaallah...

anak korang yang tak nak makan sure terbuka selera...but make sure korang dapatkan ketam yang banyak isi dan segar..jangan beli yang tak segar sebab akan merosakkan rasa sup ketam tersebut..kuah sup yang sedap adalah hasil dari rebusan ketam yang segar..manis dari isi ketam tu bercampur dengan sup...sebab tu anak - anak terbuka seleranya...

Selamat mencuba.....



16 comments:

  1. sup ketam nih kak bkn budak2 je suke mak budak compom mkn bertambah2 hehehe

    lagi2 dpt ketam yg fresh

    ReplyDelete
  2. good tips.. tp Dhia dan Dzal tetap suka sup ayam gak letak carrot :)

    ReplyDelete
  3. Walaupun hanya sup, tapi tengok pun dah terliur je. Padahal baru lepas makan ni... haihhh

    ReplyDelete
  4. sedapnya SA :)kak ana pun belum pernah merasanya lagi ni

    ReplyDelete
  5. xnah lagi wat sup ketam
    sllu ketam ni msk lemak, sambal or kari
    tgk SA masak sup mcm best plak sruuupp srupp panas2 ek

    ReplyDelete
  6. Wow..sup ketam. Kalau anak masih jugak tak selera dengan sup ketam mcm dalam gambar tu, alahai tak tau lagi dah, SA..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sup ketam. Tak pernah masak, nanti boleh try. Thanks sharing... 😄

    ReplyDelete
  8. bukan selera anak je naik, selera saya pun naik pas tengok gambar sup ketam ni hehe

    ReplyDelete
  9. Nory suka ketam masak lemak cili padi...ermmm dapnyaaa

    ReplyDelete
  10. Sedap eh sup ketam lama sangat tak makan ketam

    ReplyDelete
  11. Macamana nak tau ketam tu segar ke tak segar ekk? Tak berapa pakar bab2 ketam ni.. Huhu..

    ReplyDelete
  12. Dak Kakak paling suka ketam ni, yang no dua dengan tiga tak berapa.

    ReplyDelete
  13. nyum nyum..sedapnyaa sup ketam ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah