Thursday, September 8, 2016

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api

Hi korang..

Dah beberapa kali dah buat sesi salai ikan keli ni...ikan keli kalau disalai dan di masak lemak cili api dan di tambah pucuk ubi memang terbaik dari ladang..nikmat apa lagi yang perlu didustakan..makan nasi confirm bertambah, tak hirau diet segala..tak kisah orang pandang pelik aje...Masakan kampung sememangnya menjadi pilihan especially pilihan anak2 yang merantau dan hanya balik ke kampung sesekali aje, itupun time perayaan ataupun musim buah. Masa tu tengok la mak ayah bertungkus lumus masakkan makanan kegemaran anak kesayangan...kan?

Untuk sesi kali ini aku dan abah sama- sama siang ikan keli...ye..aku reti siang ikan..bukan setakat ikan keli je...apapun ikan kalau x reti siang jangan jadi perempuan...bukan aku cakap ye...orang tua- tua cakap...cabaan siang ikan keli ni sebab ikan ni nyawanya liat..ko matikan la dia dengan apa cara sekali pun nyawanya tetap panjang..even ko dah matikan pun dia masih berkutik lagi...alahai...bila masih belum mati tu yang kadang2 terpotong jari...


Banyak kan? adalah lebih 50 ekor...tapi tak siang dan tak salai semua...sepatuh je...selebihnya simpan dalam kolam...ini la hasil abah aku memancing dengan adik ipar...


Bila dah siang biasanya dikelar2 macam ni...baru nampak seninya...masa nak salai tu nanti cantik je rupanya kan....


lepas dah basuh dengan air asam jawa, digaram dan dikunyitkan...dah mandi kena la berbedak kan...baru wangi,.baru cantik...dan baru boleh salai....erm...makan ratah macam tu je pun dah sedap...


yang 2 ekor ni memang besar...ikan keli kampung...memang bakar terus tak salai...makan cicah air asam..sedap gilos...


ini yang dah siap di masak Lemak Cili Padi campur Pucuk Ubi...

Jangan meleleh air liur eh...hahaha..saja je letak gambar yg dah jadi lauk last sekali...
Nak resepi ke?
Korang komen cukup 15 orang aku up resepi dn cara masak jugak. Ahaks...aci tak macam tu?..tp ikut style Org Nogori la...tempat lain maybe ada cara lain..mungkin masak lemak cili padi diorang letak bawang kecik dan bawang putih...ada gak sesetengah tempat kat NS masak letak bawang kecik bawang putih...cuma aku masak ikut cara nenek moyang aku la..

Kbai...

21 comments:

  1. kita tak pernah masak ikan keli.tak pandai pun ye jugak .kalau makan pun kat kedai...hehehe

    ReplyDelete
  2. akak yg siang ke ikan keli tuh? waaaaa

    dana suke sgt ikan keli... tak kisahla ad aorg kata ikan longkang ke ikan apa ke yg penting sedap...
    tp dana tak penah pun msk keli... nk goreng tkt meletup2... reti mkn yg dh siap msk je heheheh

    ReplyDelete
  3. http://cahayacinta.com

    cak!

    tak makan ikan ini tapi klu suruh masak boleh ler nak siang selalu en suami yang buatkan heee...

    ReplyDelete
  4. kegemaran suami ini.Lama tak masak untuk suami..saya tak makan keli

    ReplyDelete
  5. arghhh sedapnya. kita tak reti siang pun ikan ni. beli dah siap siang then baru masak

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try yg salai biasa suka makan yg goreng garing2 fuhh nnt nk coba

    ReplyDelete
  7. alahai lapar nya tgk gambar pn..:)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya lahai kak oiiii...
    Mati la mak ngidam masakkan nogori...
    Kita mmg suka masakan nogori ni

    ReplyDelete
  9. Sedapnya! Peberet mummy ni. Kalau buat ikan keli bakar ker? sambal ker ? apa jua menu ikan keli bukan takat 2 pinggan .. 3,4 pinggan pun kitaorg sanggup.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Belum prnah makan keli masak lemak.. prnah try goreng brlado je. Itupun beli lauk siap masak. In shaa allah nak cubalaa lps SA Post resepinya.

    ReplyDelete
  11. mak aiii merecik baq hang
    ni yang x tahan godaan
    sllu nak mkn ikan keli ni beli hat siap je
    mmg xnah masak sendiri

    ReplyDelete
  12. perghhhhh sedap nya kak oi!! keli memang feveret la
    apa aje tak feveret aku ni kalo bab makan hahaha

    ReplyDelete
  13. Kecur air liur... sedap nampak...

    ReplyDelete
  14. anak2 suka ikan keli.. eyda kureng skit..

    ReplyDelete
  15. Walaupon nory tk makan ikan keli, tapi bila tgk gambar ni mampu buat nory kecur airliur...hehehhe

    ReplyDelete
  16. Ekin xpernah masak ikan keli hihihihi.. Kalau makan kat luar penah la..

    ReplyDelete
  17. Kite suka keli masak sambal berlado.. Huiiii! Makan bertambah2la jawab dia.. Tapi malangnya kita tak pandai siang ikan air tawar termasuklah ikan keli ni.. Reti makan je.. Apa pon x boleh.. Gugugu~ T_T

    ReplyDelete
  18. Anak-anak suka sangat dengan ikan ni.

    ReplyDelete
  19. nak try buat laaa..ada ikan keli kat rumah ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah