Thursday, September 1, 2016

DASHING ADVENTURER 2.0 | Inovasi Terunggul Yang Pertama di Malaysia

Dashing merupakan jenama yan g tidak asing lagi dikalangan golongan lelaki moden zaman sekarang.
Terkenal sebagai sebuah jenama yang melambangkan gaya santai, gaya hidup yang menyeronokkan dan keyakinan, DASHING sentiasa menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki Malaysia - pengeluar pelbagai dandanan lelaki lengkap yang di cipta bagi mereka yang sedang menuju ke puncak keyakinan mereka. Sinonim dan terkenal dengan kualiti serta wangian yang tahan lama, DASHING membolehkan setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian harga yang berpatutan.

Lasak, pintar dan mempunyai semangat ingin tahu – ini adalah ciri-ciri semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan dengannya. Pada masa mudanya, seorang lelaki akan terus meneroka pelbagai cara untuk memastikan bahawa adrenalin di dalam dirinya akan terus mengalir, sederas aliran sungai. Sama ada beliau mengembara ke gurun atau menelusuri kembara yang merbahaya, seorang lelaki sejati akan menangani setiap cabaran dengan ketabahan, kekuatan dan keberanian mutlak. Tambahan pula, lelaki yang serba boleh adalah seorang yang amat sesuai dijadikan sebagai teman.

Berbekalkan semangat yang berkobar dalam membebaskan semangat pengembara yang sebenar tersembunyi dalam diri setiap jejaka Malaysia, DASHING dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.

1. BOLD 2.0

  • Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan!
  • Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang inginkan kembara yang berterusan di dalam kehidupan mereka. Keyakinan sememangnya wujud dalam diri mereka dan DASHING kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu. 



Deodoran Roll-Ons 40ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST. 


Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0 dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST


EDT 100ML – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0 dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST. 



Selain itu, reka bentuk kompas pada Bold 2.0 membangkitkan persona jejaka yang 'sedia untuk bergerak' dan suka untuk mendapatkan keseronokan; meneroka sesuatu yang baru. Dengan palet warna yang menarik lagi maskulin seperti biru, jingga terang, merah dan hijau, DASHING ADVENTURER membebaskan semangat pengembara terpendam anda.

Sebagai jenama yang melambangkan intipati kelelakian moden, DASHING ADVENTURER benar-benar memahami kehendak dan keperluan lelaki aktif dan bergaya. Walaupun mereka meletakkan kepentingan yang tinggi dalam menarik perhatian orang lain, kemudiannya mengekalkan kesegaran dan keselesaan diri sambil menjalani aktiviti harian mereka juga merupakan salah satu keutamaan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, memaksimumkan kesegaran dan keselesaan, DASHING ADVENTURER memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk dinamik – Dedoran semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia.

Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’  ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, pengguna juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! Selain itu, teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.  

"DASHING sentiasa berada di hadapan dalam inovasi dan kami berbangga untuk menjadi perintis semburan deodoran ‘NO GAS’ di Malaysia. Kami teruja untuk berkongsi penemuan teknologi ini dengan pengguna kami, sekaligus menunjukkan bahawa DASHING benar-benar mengambil berat akan keperluan dan kehendak anda. Kami mahu anda mengalami perbezaan dan mendapatkan 2x lebih manfaat daripada deodoran anda. Melalui cara ini, anda boleh menyimpan dan memanjakan diri anda pada masa yang sama hanya dengan DASHING ADVENTURER. "Kata Encik Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran DASHING.

Tentang WIPRO UNZA

Semenjak tahun 1980, WIPRO UNZA Group telah berjaya membina portfolio yang luas dengan jenama-jenama barangan penjagaan diri dan produk isi rumah bagi pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, Kumpulan ini mengeluar dan memasarkan pelbagai jenama di 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan sebagainya.

WIPRO UNZA mempunyai portfolio 24 jenama dengan 6 jenama utama. Antara jenama- jenama terkemuka WIPRO UNZA termasuk ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan VITALIS dalam pasaran produk penjagaan peribadi dan VIGOR dan MAXKLEEN dalam pasaran produk isi rumah.

Banyak produk WIPRO UNZA menikmati kedudukan terulung di pasaran kerana jenama- jenamanya direka khusus dan dicipta selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna di Asia.



Jejaka- jejaka di luar sana..jangan tunggu lagi..jom dapatkan koleksi Dashing Adventurer di farmasi atau pasaraya terdekat dengan anda...

Terima kasih Dashing!!

Terima Kasih WIPRO UNZA

11 comments:

  1. Wangi.. suka bau dashing bold ni kak sa..

    ReplyDelete
  2. ok...boleh beli utk sheben camni

    ReplyDelete
  3. Wajah baru dah ye..
    Yang oren nie tak pernah lagi bau..

    ReplyDelete
  4. Singgah blogwalking. Jemput join GA saya di http://penselduabee.blogspot.my/2016/09/preloved-hair-serum-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  5. ayah ngn adik2 dah ambil dashing ni...cukup untuk 3 jejaka kat rumah kite ni..hihi

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik nanti boleh bagi suami try ini

    ReplyDelete
  7. Kite pon suka bau dashing nih.. Kalau ada versi perempuan mmg dah beli dah.. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak belikan Dashing ni sebab berpaling tadah ke minyak wangi lain.. ekekeke.. ai suka bau minyak wangi lelaki yang tak keras tak lembut.. sedap tapi takdelah nak pakai. ekekeke..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah