Tuesday, February 7, 2017

Riang Ria Cuti Sekolah 2016 Part 2 - KL Bird Park

Lepas pi Muzium Negara tu kitorang teruskan perjalanan ke KL Bird Park plak...kat sini anak- anak teruja la nak masuk walau tiket agak mahal...Dewasa RM50 dengan Mykad dan kanak-kanak RM27 with Mykad. .mahal kan? aku bayar sekali aku ngan Dania RM100...huwaaa tensi mak tau...walau masa tu Dania umur 12 tahun tp sbb dh ada Mykad so kira dewasa...lagipun Dania tinggi sama ngan mama...tak aci tau..tak nak create scene terus je la bayar...Atuk ngan Uwan x masuk sbb x larat..takut Uwan sakit plak nanti..so diorang dating la kat luar taman tu..sib baik ada tempat menunggu..


Parrot...


Yg ni pandai pose..dia tau kita halakan hp ke dia..x berganjak pose dia tu..


Yang ni sombong..makan je keja


Yg ni macam bagus..buat x tau..mentang2 kuning


Yang best kat sini burung2 berkeliaran tau..jinak..tp nak pegang dia lari plak....biasa la Merak kan..bangga ngan kecantikkan dia...


Masalahnya cantik ke?????


Ni tak tau burung apa ..tp panggil bangau je..masak nak jawab si kembar tanya mama ni burung apa..nama apa..


Tgok la dia posing

Then kitorang terus ke arena pertunjukka. Burung..ini je pun tarikan kat sini...budak2 memang suka la bab ni...


Sblom show start kita selpie dulu..


Teeserlah kegemukkan mama la..ciss..sib baik gamba tahun lepas


Yeay...show dh start


Ujian minda Burung kakak Tua


Amboii..laju...dh lupa dh nama dia

Ni masa last...

Recommended ke tak tempat ni? Pada aku ok lah kalau nak bawak budak2 mengenali spesies burung tp pendapat aku better la bawak pi Zoo Negara..worth jugak dengan harga tiket..kat sini mahal skit tp tak banyak benda bleh tengok...tapi kalau korang duit berlebih..boleh je la..once a while kan....

So itu je la riang ria cuti sekolah Si kembar ngan Kakak Dania..ada lagi Kakak Dania lepak ngan mama kat KL dan jalan2 pi Melaka..kalau mood mari mama up la entry eh..hahahah....


15 comments:

  1. aaaa...itulah, kalau rasa nak kenalkan anak-anak pada jenis haiwan, elok bawa ke zoo negara la. tapi macam yang ada cakap tu, kalau ada duit lebih, apa salahnya kan? hehehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaaaa. Dah lama tak peegi tenpat tempat macam ni. Hehee

    ReplyDelete
  3. Dasyat juga harga tiket untuk dewasa tu. Telan air liur tengok.
    Tapi untuk bawa budak2 mengenali hidupan okay kot.

    ReplyDelete
  4. wah yang ni nampak best ^^ budak2 mesti teruja...

    ReplyDelete
  5. ala.. harga tiket mahal eh..
    Kena simpan lebih nie.. boleh bawa bebudak jalan..

    ReplyDelete
  6. Nad lebih suka bawa fariza ke tempat haiwan yang boleh pegang2 , berkeliaran macam ni..nanti boleh bawak dia pergi sinila

    ReplyDelete
  7. Uihh..mahalnya tiket dia...tpi okey la klu nk bwk anak2..buat2 x perasan je la warna RM masa nak bayor tu..

    ReplyDelete
  8. mahal takpe, asalkan apa yang dihidangkan tu setanding dengan bayaran kita..hehe...

    ReplyDelete
  9. oh akk pun da pergi hehe.. seronok la kan anak-anak prgi sini..ummul suka pergi sini best sgt..cantik!!

    ReplyDelete
  10. mahal juga tiket thn lepas, tahun ni ummul pergi murah pulak dr thn lepas dewasa 27 kanak2 13

    ReplyDelete
  11. tiket Mahal tapi berbaloi sebab dapat tengok burung cantik ^^

    ReplyDelete
  12. sekarang nih semuanya mahal belaka.. huhuhuhu.. zoo negara pun mahal jugak

    ReplyDelete
  13. Boleh tahan harga dia..
    Baru cadang nak bawak anak2 ke situ.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah