Tuesday, February 7, 2017

Tambang MRT Laluan Sungai Buloh - Semantan

Hi korang...
Dengan segala harga naik especially petrol dan barang2 kawalan sekarang adalah masa untuk berjimat cermat..pemilihan pengangkutan awam adalah satu solusi terbaik bagi berjimat cermat..kalau sebelum ni aku dan cik abg belanja sekurang-kurangnya RM800 - RM1000 untuk petrol, toll dan parking sebulan..sekarang sejak guna MRT terasa betul jimatnya..ringan sedikit beban...


Station MRT Semantan

Sebab apa aku kata jimat?okey jom buat calculation skit untuk tambang MRT ye..
Tambang RM3.40 dari sg buloh ke Semantan ( pergi balik RM6.80)
Tambang Feeder bas RM1 dari PBD ke KLS (RM2 pergi balik)

Kiraan 
Sehari RM8.80 X 22 hari bekerja = RM193.60

Parking RM4.70 x 22 = RM103.40

So 

RM193.60 + RM103.40

Total = RM297

Jimat kan???


MRT beroperasi setiap 3 minit


Feeder bus

Kat bawah ni carta waktu operasi dan tambang MRT mengikut stesen



Untuk laluan Sg Buloh - Semantan  boleh guna Tunai atau Touch n Go

Sebab tu aku rasa selesa sangat naik MRT...memang bagus guna MRT selain jimat malah selesa serta cepat...MRT bergerak sangat punctual cuma kadang ada la lambat skit sebab schedule pack so berhenti agak lama di setiap stesen..tak selalu la..kadang2 aje..so far sekarang dah ok dah jadualnya dan gerak pun sangat smooth..mana yabg kerja dia area2 yang ada kemudahan MRT kira ok la still mana yang kerja jauh tu tak boleh nak buat apa kan..yang aku citer ni mana yang berdekatan dengan laluan Sg Buloh- Semantan. Maybe laluan fasa ke 2 buka July tahun ni lagi senang kot...semua boleh guna MRT...

So...mana yg kerja area KL jom la....
#jomnaikmrt

10 comments:

  1. alhamdulillah..blh berjimat skit..

    ReplyDelete
  2. saya masih drive lagi ke opis sebab sama dengan suami tapi keluar rumah by 615am dan balik biasanya by bus at night. keluar rumah awal untuk avoid trafic, tak perlu guna tol dan penggunaan petrol pun boleh kurang sikit kalau jalan raya smooth. semenjak petrol semakin naik, sangat terasa duit mengalir lagi laju dari air huhhh kalau nak naik lrt pulak sangatlah tidak berbaloi coz kena transit dan perjalanan menjadi semakin jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. situasi kita lebih kurang sama.

      Delete
  3. Memang banyak jimatnya tu SA..
    Boleh menabung duit yg selalu guna smpi 800-1000 sebulan tu..

    ReplyDelete
  4. tak pernah naik lagi MRT ni, tp yg pasti MRT luas sikit dr LRT, selesa sikit duduk lama2 dlm tu..

    ReplyDelete
  5. Masa promosi aritu ada naik.. memang best..

    ReplyDelete
  6. Good info. Naik pengangkutan awam sebenarnya lagi jimat berbanding naik pengangkutan sendiri.. Dengan nak harungi jem bagai.

    ReplyDelete
  7. sangat menjimatkan.. tapi untuk saya yang duduk bandar kecik nih tiada pilihan untuk berjimat.. nasib baik takde tol.. minyak petrol makin mahal pulak tu.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Kawasan perumahan ai jauh dari public transport. Next year akan lagi jauh tempat kerja baru ai.. huhuhu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah