Saturday, February 11, 2017

Resepi Sup Ketam Simple Yang Sedap

Sup Ketam Simple Untuk Abah Yang Demam


Rupanya abah dah beberapa hari demam dan tak sedap badan..aku balik dari KL semalam dia mintak belikan ketam dan buatkan sup..letak je bag terus laju2 ke dapur buat sup ketam...cuma tak berapa banyak isi la..beli 4 ekor je ketam sederhana besar...potong dua...meh la tengok resepi...

Bahan-Bahan

  1. 4 ekor ketam dibersihkan dan dibelah 2
  2. Sebatang kayu manis (yg kecil)
  3. Seketul bunga lawang
  4. Sebiji buah pelaga
  5. Sebiji bunga cengkih
  6. Bawang putih dan bawang merah di tumbuk
  7. Halia sebesar ibu jari ditumbuk halus
Cara masak
  1. Tumis bahan 1-5
  2. Masukkan bahan no 6 dan 7
  3. Biarkan seketika sampai naik bau dan agak garing
  4. Masukkan ketam
  5. Masukkan air
  6. Biarkan menggelegak dan perasakan garam
  7. Siap masak...
Pastikan bahan tumisan betul2 garing baru masukkan ketam dan air..abah suka macam tu sebab suka bau bawang yang agak garing...seronok dia makan  sebab tekak tak selera sangat kan...hilang penat bekerja bila tengok abah berselera dan makan bertambah...

31 comments:

  1. dah lama tak makan sup ketam ni.. bila tengok gambar ketam ni buat nak makan la pulak sup ketam ni.. makan sup ketam dengan roti sedapnya...

    ReplyDelete
  2. huishhh. last makan sup ketam ni masa kena demam denggi dulu. lama gilaa tak rasaaa!

    ReplyDelete
  3. Sup ketam baik utk kesihatan kan. Siap ada resepi lagi. Terbaik la kak. Jalan2x sambil klik iklan kat sini. :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Sup Ketam,akak memang suka makan ketam tak kira lah masak apa pun..

    ReplyDelete
  5. em.. tengok pon tau dah sedap kemahen nih.. hee~ semoga abah akak cepat sihat ya..

    ReplyDelete
  6. sdapnya....moga abah akak cpt sihat..aamiin

    ReplyDelete
  7. sedapnya sup ketam, makan dengan nasi kosong je pun dah sedap sangat kan beb

    ReplyDelete
  8. Sedapnya sup ketam. Manis. Moga abah kak cepat sihat.

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba ni..biasa orang tak sihat kita masak sup ayam je

    ReplyDelete
  10. im always being a crab lover. sedapnya

    ReplyDelete
  11. fav nieyl nie...
    kalau makan 2 ekor x cukup..hihihi

    ReplyDelete
  12. sedapnya sup ketam nih, hirup sup dia je dh rasa segar...

    ReplyDelete
  13. kolin sekeluarga suka benor sup ketam weiii

    ReplyDelete
  14. sedapnye sup ketam....sah nk dapat ketam fresh kt cni....

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaaa ketam. Baru ni ada orang jual kat pasar ketam hidup empat ekor 55 ringgit. Tak jadi nak beli.

    ReplyDelete
  16. semoga abah kak amanda cepat sembuh ....

    sy tak pernah mkn sup ketam .... tapi nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  17. time demam berselere nak makan benda berkuah seperti sup...semoga abah SA cepat sembuh.

    ReplyDelete
  18. Ju xperna buat sup ketam mcm ni, sup isi ketam cmpur dgn tepung jagung tu ju sllau buat, favourite org ruma =)

    ReplyDelete
  19. Saya pun tgh putus selera gak ni. Turun berat

    ReplyDelete
  20. pperrggh! menusuk kalbu tengok gambar ni

    ReplyDelete
  21. Sdapnya sup ketam tu. Tp sllu klau ketam mak msak gulai lmak cili api je.

    ReplyDelete
  22. Tiap kali makan ketam.. anak2 mesti mintak ibunya yang tolong kopekkan.

    ReplyDelete
  23. Pergh sup ketam. Kalau tak silap sup ketam boleh merawat denggi kan kak. Lama tak makan ketam ni. Sebab kita sorang je yg makan huhu. Ketam masak lomak ni memang tak pandang orang kiri kanan dah.

    ReplyDelete
  24. Nice sharing, boleh cuba ni kalau ada ketam dekat rumah. hehe ^^

    ReplyDelete
  25. banyak orang kata sup ketam ni baik untuk demam.. hehehe.. masak lemak cili api mungkin lagi selera kot orang sakit makan... hehehe

    ReplyDelete
  26. slurppp, sup ketam untuk demam denggi. Memang menjadi

    ReplyDelete
  27. tq for sharing..nak suruh umi masak sup ketam lah pulak..biasa umi adik masak ketam cili padi

    ReplyDelete
  28. lapaq la plak.. hee~ ni la punca malas masuk blog akak.. terliur tau..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah