Tuesday, February 7, 2017

Riang Ria Cuti Sekolah 2016 Part 1 - Muzium Negara

Cuti hujung tahun 2016 dah lama lepas dah kan...Kisahnya aku baru nak up cerita jenjalan Muzium Negara ni ha...sajer nak bawak Si kembar dan Dania berjalan..ehhh....Atuk ngan Uwan pun nak ikut sama plak...so..bawak ajer la....Ikutkan kitorang nak ke KL Bird Park je tapi dh alang- alang menyinggah la kat Muzium Negara ni ha..bagi si kembar tu explore apa yang ada kat sini...tapi tak masuk sampai ke ruang pameran la...hanya kat luar tu je memandangkan mak tak kuat sangat...tengah berlatih berjalan tak guna kerusi roda..Mula- mula nak ajak masuk Muzium Orang Asli tapi Si Kembar ni ada peel yang pelik...apa sahaja patung yang diorang tak pernah nampak akan buat diorang naik hantu termasuklah maskot yang kat pasaraya...tak tau la kenapa...kalau Kakak Dania bab Muzium Negara ni dia dah hafal sangat dah...

Jom lah kita layankan aje diorang bergambar....


Sikembar dan ayah


Kakak Dania dan Mama ( abaikan mama masa ni agak gemuk skit)


Nak jugak sikembar bergambar ngan mama...


Bab posing memang bagi kat diorang ni la


Dengan uwan dan atuk


Alamak kakak...tangan lindung muka Uwan la


Bab menggedik bagi kat Adeliya


Cubaan meniru patung apa ntah dah lupa




Gambar dah jadi kelam kabut...tak ikut susunan...lantak la..asalkan ada gambar kan....

Lepas dari Muzium Negara ni kitorang tak ke KL Bird Park tapi pi soru dulu...makan time...aku mulanya buntu tak tau nak bawak diorang makan kat mana...sekali teringat Ikan Bakar Bellamy...mak plak lepas cucuk Insulin kena makan dalam masa 1/2 jam...so..kita shoot terus pi Bellamy...kat sana langsung tak amik gambar sebab panas dan masing2 focus makan...lepas makan baru lah kitorang pi KL Bird Park...jom aku citer next entry......

10 comments:

  1. Muzium negara nieyl last pergi rasanya masa sekolah rendah....
    eee..lamanya x pergi....

    ReplyDelete
  2. nasib la jenis boleh terima bawak jalan-jalan gini kan...ade budak x suka nak g..dah besar dah Dania!

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak pergi muzium negara. Padahal selalu sangat lalu. Hehe.

    Kalau dha inject insulin memang kena makan kan sis. Mak Ana pun sama mcm tu. 😊

    ReplyDelete
  4. xpernah pergi cni...comelnye si kembar berdua tu...mesti meriah klu dah berdua kan...

    ReplyDelete
  5. Comelnyaaa semua posing. Sejujurnya Nani tak pernah pergi sini. One fine day inshaAllah. Hehe

    ReplyDelete
  6. Lama tak pi Muzium..
    pandai si kembar posing..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi ke sini. Bagus kakak dania dan kembar.. Suka dorang ke tempat bersejarah ni..

    ReplyDelete
  8. memang lama bebenor tak kesana.. last pergi dengan arwah abah masa umur 11 tahun.. sekarang dah umur 41.. hehehehe.. gila lama.. pengalaman kena marah sebab bergambar dalam muzium.. masa tu pameran durian.. huhuhu.. mana tahu dalam muzium tak boleh ambik gambar.

    ReplyDelete
  9. Lama gile tak ke sini walau takdelah jauh mana.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah