Thursday, July 20, 2017

Perkongsian Sebuah Kehidupan

photo from pinterest.com



Ada orang bangga dengan suaminya...
akhirnya suaminya itu CURANG padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia.

Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.

Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Habis herot. Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.

Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar BERPECAH-BELAH.

Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa..
        
Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik..

Ada sangka buruk..

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat..

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap bersangka-sangka

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman
T api..jika gagal..
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...

Sama2 kita renungkan😊

16 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsiannya. Kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang apa yang kita buat.

    ReplyDelete
  2. Sebab tu kita kena sentiasa husnuzon. Susah tp kalau terus mencuba InsyaAllah bahagia hidup dan masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Betul..perkongsian sentap bermanfaat...mengejutkan jiwa-jiwa yang sedang lena terbuai indah mainan dunia...terima kasih SA..

    ReplyDelete
  4. Thank you kak kongsikan pasal ni. Semua yang kita dapat hari ni pinjaman dari Dia. Bila bila aje boleh ditarik balik.

    ReplyDelete
  5. semua didunia ini tak kekal yang kekal adalah penciptaNya.

    ReplyDelete
  6. ingat la bahawa dunia ini hanya la pinjaman semata2...thanks kak SA atas info yang sangat menarik..kdag kite lalai akan hal dunia...

    ReplyDelete
  7. betul tu.. thanks for sharing, kak SA

    ReplyDelete
  8. Kena sentiasa beringat. Apa yg kita miliki x kekal abadi. Semua milik Allah

    ReplyDelete
  9. bersangka yang baik² dan bersyukur dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian kak SA.. semoga ilmu dan amal kita berbalik semula kepada niat kita.. niat yang baik baik, tentu balasan akan baik baik.. in shaa Allah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah