Tuesday, July 25, 2017

Alhamdulillah Cubaan Pertama Jualan Sambal Paru Laku Keras...

Hi korang....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt usaha SA dan cubaan pertama SA buat jualan paru sambal berjalan lancar. 10 bekas yang SA bawak dari Seremban memang laku keras...seronok betul dengan hasilnya..lagi bertambah seronok bila semua suka, ada yang memuji sedap dan nak repeat order...syukur...nanti nak buka next batch...insyaallah minggu depan..minggu ni nak bagi laluan kat order lain dulu...


SA limitkan order sambal paru ni 10 bekas je untuk 1 slot...sebab SA dari Seremban naik bas express pagi Isnin so agak payah kalau bawak banyak..SA pun blom bukak order luar lagi...nak settlekan order kawan- kawan opis dulu..kalau ada order luar yang berdekatan dengan KL Sentral boleh la SA buka order..boleh pick up kat situ je...buat masa ni untuk slot kedua sambal paru SA dah ada 6 slot berbaki 4 lagi...alhamdulillah...rezeki...seronok rupanya masak dan buat jualan macam ni...sebelum ni tak yakin tapi sejak menang Juadah pilihan masa majlis hari raya opis beberapa minggu yang lepas..SA jadi yakin nak terima order...syukur sebab allah bukakan jalan untuk SA menambah pendapatan...mohon doakan SA terus success ye....

11 comments:

  1. Wah...tahniah kak...lepas nih boleh berbisnes dengan maju lagi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga Sa terus maju jaya dengan jualan yang baru bermula. Mak tumpang seronok. :)

    ReplyDelete
  3. weiii...nampak pun dah sedap!!! teliur.

    Jom ye join chocolate giveaway ni di https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  4. weii tahniah...semoga terus maju ya

    ReplyDelete
  5. Tahniah! semoga terus maju jaya.
    Mrs. A pun suka juga paru sambal

    ReplyDelete
  6. kita suka sambal paru, memang tak reti masak..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Semoga Kak Sa terus maju. kalau dekat nak jew oder fav EE

    ReplyDelete
  8. tahniah SA....asalkan rajin in sha Allah boleh je tambah-tambah pendapatan dengan bakat yang ada.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah