Tuesday, April 24, 2018

Tengok Wayang Filem DUKUN Di Golden Screen Cinema Palm Mall Seremban

Hi korang..

Dah tengok ke cerita Dukun?

SA dah tengok Sabtu lepas dengan Dania dan kawan baik dia..leka kat rumah lambat keluar SA sampai kat Palm Mall ngam- ngam tayangan dah bermula..start 2 pm tp SA sampai pukul 2.10pm..tanya petugas dah start ke..dia cakap iklan lagi.,.so cepat- cepat beli tiket, beli air ngan pop corn..pas tu terus masuk..dengan lupa bawa cardigan..puas menahan sejuk dalam tu...


Tiket Sorang RM15 di Golden Screen Cinema Palm Mall


Dating bertiga dengan Dania dan kawan dia Iman


Dukun ialah filem drama seram Malaysia 2018 arahan Dain Iskandar Said terbitan Astro Shaw.[1] Filem ini merupakan filem sulung arahan Dain dan berdasarkan secara longgar dari kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, oleh Mona Fandey, seorang penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 80-an. Filem itu pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat. Tetapi pada 2018, LPF menarik balik pengharaman filem ini dan telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 5 April 2018 ( sumber wikipedia)

gambar dari goole.com

gambar sumber google.com

Gambar sumber google.com

Filem Dukun yang dibintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli itu sebenarnya merupakan sebuah filem lama yang dirakamkan pada tahun 2007.

SA kagum dengan lakonan Datin Paduka Umie Aida..tak sangka dengan watak berat yang di galas..Umie Aida berjaya menghayati watak..salute dengan dia..Setiap ekspresi wajah Umie Aida dalam filem ini..memang mengagumkan..

SINOPSIS..

DUKUN mengisahkan tentang Karim (Faizal Hussein), seorang peguam yang sedang bergelut dengan kerjayanya akibat kemurungan dan gangguan emosi berikutan kehilangan orang yang tersayang iaitu isterinya, Sara (Avaa Vanja) dan anak perempuan, Nadia (Elyana).

Dalam masa yang sama, Karim telah ditawarkan peluang untuk menjadi peguam kepada seorang OKT (Orang Kena Tuduh) bernama Diana Dahlan (Datin Seri Umie Aida), yang berjanji akan mencari anaknya.

Diana yang merupakan seorang penyanyi kelab malam, telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan. Pihak polis telah terjumpa mayat di rumahnya yang disyaki dari aktiviti ilmu hitam yang diamalkan untuk kekal cantik dan berkuasa.

Diana dikatakan seorang dukun yang mempunyai tongkat sakti dari suku kaum Batak. Melalui proses perbicaraan dan penyiasatan yang dilakukan oleh ASP Talib (Namron); sisi ilmu hitam Diana terungkai satu demi satu.

DUKUN merupakan sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan ada darah yang tumpah dalam mengejar kesemuanya.


Nak tau kesudahan filem ni?

Korang kena tengok sendiri..SA jarang tengok cerita melayu dan SA recommend filem ni..banyak pengajaran tersirat..tak percaya korang tengok la nanti...lepas kami tengok wayang terus pi makan di Black Canyon..baca next entry ye....

34 comments:

  1. Wahhh akak dah tengok. Ramai yang kata banyak pengajaran boleh dapat dari Dukun ni. Nak tengok juga lah nanti.

    ReplyDelete
  2. Akak dah tengok eh..Alahai...best tak kak?sy x berani nak tengok

    ReplyDelete
  3. my goodness ...the movie so creepy. is like Thailand bomoh story. But I like to watch Bomoh type storyline compare to ghost story. It can been creepy and scary compare to ghost story. Thanks for introduce Dukun. I think I will go and watch it.

    ReplyDelete
  4. Ramai kata filem ni banyak pengajaran. Tapi filem ni tak berkaitan sangat kan dengan kisah benar Mona Fendy ?? Just jadikan kisah Mona Fendy sebagai satu inspirasi untuk dijadikan filem. Nak tengok la nanti.:)

    ReplyDelete
  5. Alahai... Berani nya SA. Serius kak nina tak berani nak tengok citer seram ni .Risau sendiri takut nak pi mana² nanti. Tapi memang ramai kata bagus citer ni. Rasa macam nak pi tengok gak laaa.. . Rugi lak tak tengok sendiri kannn

    ReplyDelete
  6. Tak dan tengok lagi tapi ramai cakap filem ni best.. ;)

    ReplyDelete
  7. Dah tengok jugak, cuma... mungkin expectation saya tinggi sangat... Jadi so-so je...
    Tapi bukan lah ke tahap "tak best, jangan tengok"' no, boleh tengok, pengajaran banyak, and kena relate dengan cerita sebenar...

    =D

    ReplyDelete
  8. Ada yg kata best ada kata boring. Tapi bagi ayu sbb umie aida berlkon mesti best :-)

    ReplyDelete
  9. Berani Dania menonton filem genre seram ni. Dania saya ni memang takut nak menonton filem seram. Mesti tutup dengan bantal. Hehehe. Teringin juga nak tengok movie Dukun ni tapi tak berkesempatan.

    ReplyDelete
  10. bestnya tengok dukun. tak ada peluang lagi nak tengok huhuu T-T

    ReplyDelete
  11. Bilakah nak pergi tengok yer.. tapi citer seram² macam ni seriau juga nak tengok ..eh.

    ReplyDelete
  12. nk tgk kt wqayang mmg tak kot SA, nnti2lah klu blh langgan kt astro, dptla tgk heheheh...

    ReplyDelete
  13. Teringin nak tengok...tp ktp kena ajak asben. Leh peluk kalau takut hehe. Asben lak, busy aje

    ReplyDelete
  14. dah tengok! suka dengan umie aida punya lakonan. teringat drama seram tv3 yang dia berlakon aritu

    ReplyDelete
  15. Amboi jauhnya tengok wayang cerita yang kita suka pulak tu hehehe. Cuma ia tak seram sangat tapi menggerikan...

    ReplyDelete
  16. huhu.. TB baru tengok yang sekerat tu .. hari tu ada orang share link kat FB.. tertengok sikti .. tapi sekerat je.. teringin nak tengok ending dia macam mana

    ReplyDelete
  17. ala, tak tengok lagi cerita Dukun ni. Teringin nak tengok walaupun ada yang kata tak best. Bukan apa, dulu memang follow kisah Mona Fendy tu. So, nak tau jugak kisah Dukun ni camne. Tapi sayangkan. Lepas 11 taun baru dapat tayangkan.

    ReplyDelete
  18. Tak tengok lagi cerita ni.nak tengok tapi takut jugak haha husband memang tak ada la dia nak tengok

    ReplyDelete
  19. dah tgk .....tp macam xpuas...nak tgk lebih lagi hehe..

    ReplyDelete
  20. Sampai sekarang kita tak berpeluang nak tengok movie ni lah. Busy sangat takde masa.

    ReplyDelete
  21. Asyik yah... nonton ramai ramai bersama kawan. Ini ceritanya horor ke?

    ReplyDelete
  22. Puas cari hantu dalam cerita no, tpi tak ada pun...hahaha cuma lebih kepada penyiasatan jr kan S.A.

    ReplyDelete
  23. wah... geram baca "Nak tau kesudahan filem ni? Korang kena tengok sendiri.." hahaha... terpaksalah beli ticket and watch it.. takut nak watch actually.. baca ok.. tapi kesudahan tu boleh pm tepi tak??

    ReplyDelete
  24. Belum sempat lagi nak layan filem nie, yang leak tempoh hari pun kita tak tengok.. Ada yang cakap, best...

    ReplyDelete
  25. Takut sebab nak kena bawa si kecik sekali la kalau tengok . Tunggu habis wayang je la..tak sabaq nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau filem seram ni i tak tgk

      Delete
  26. sha selalu jugak pi nak tengok wayang mesti beli tiket time iklan hahaha. taktengok lagi sebba masih tak berani :p

    ReplyDelete
  27. tengok pada poster pun dah boleh buat meremang orang hehe

    ReplyDelete
  28. Wah dah tengok ya SA, Kak Sue teringin juga nak tengok cita nie SA..

    ReplyDelete
  29. My friends have been raving about Dukun. I have to admit that I had no interest to watch it but after hearing from them about it and reading your post, I am keen to catch it too!

    ReplyDelete
  30. Emi pn nak tengok cerita dukun ni gak sbnrnya. Tapi last2 bila dah ke sana, tengok cerita lain pulak haha

    ReplyDelete
  31. Ika dah tengok dah :) Suka tgk cerita ni sebab umie aida berlakon best. menjadi sgt watak dia :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah