Tuesday, February 11, 2020

Jangan Ambil Mudah Penjagaan Kuku..

Hi korang...

Hari ni SA nak share dengan korang tentang pentingnya penjagaan kuku.Kuku sering kali diabaikan penjagaan kebersihannya, bahkan kuku tersebut dibiarkan menjadi panjang serta tajam. Membersihkan kuku hakikatnya adalah untuk menjaga kesihatan tubuh. Kenapa? Kerana kuku adalah antara bahagian yang terdapat pada tubuh badan kita yang sering kita gunakan. Bahagian kuku lah yang sangat terdedah dengan kuman dan bakteria..Sebab itu penjagaan kuku tangan dan kaki adalah sangat- sangat penting dan jangan diambil mudah...



Penjagaan kuku mungkin dianggap tidak sepenting wajah. Bagi sesetengah wanita, memadai memotong kuku seminggu sekali untuk menjaga kebersihan diri. Selebihnya, wanita selalu beranggapan mereka tidak mempunyai banyak pilihan, terutama bagi yang beragama Islam.

Sebenarnya penjagaan kuku tidak hanya terhad kepada memotong, tetapi merangkumi rawatan membuang kutikel, membersih, melembap dan membentuk bahagian tepi dengan baik bagi mengelak risiko cagu.

Semua rawatan ini boleh dibuat di spa kecantikan, melakukan sendiri di rumah atau menggunakan khidmat juruterapi bergerak yang sedia datang ke mana-mana premis bersesuaian mengikut permintaan anda.

Begitupun, ketahui juga sama ada anda bebas daripada sebarang masalah kuku. Ini penting kerana jika anda mempunyai masalah kuku rosak, ia perlu dirawat menggunakan ubat atau krim tertentu terlebih dahulu sebelum diteruskan dengan sebarang terapi penjagaan.

Jangan mengambil mudah sebarang perubahan pada warna, rupa dan bentuk kuku kerana ia mungkin petanda atau simptom kepada penyakit serius seperti anemia, masalah jantung, psoriasis, kegagalan hati, diabetes atau tidak mustahil juga anda kekurangan zat!

Memandangkan kadar pertumbuhan kuku setiap individu itu berbeza, adalah penting untuk kita semua mengutamakan penjagaan kuku mengikut keperluan tubuh masing-masing. Berikut sebahagian kaedah penjagaan mudah yang boleh dijadikan panduan.

1. Diet sihat

Terdapat banyak makanan berkhasiat yang boleh menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik. Antaranya timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, salmon, tuna, anggur dan epal.

2. Menggigit kuku

Tabiat menggigit bukan saja merosakkan bentuk kuku, malah menunjukkan anda seorang yang pengotor! Bagi mereka yang mempunyai masalah diabetes, tabiat menggigit kuku boleh menyebabkan jangkitan. Jadi, elakkan berbuat demikian untuk tujuan kebersihan dan menjaga imej anda sebagai wanita.

3. Mencungkil objek

Sesetengah orang sengaja menyimpan kuku panjang untuk memudahkan mereka membuka atau mencungkil objek keras. Jangan rosakkan kuku dengan membuka penutup tin atau sebarang penutup! Tindakan ini boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.

4. Vitamin

Sebagaimana bahagian tubuh yang lain, kuku juga memerlukan vitamin untuk sihat. Amalkan pengambilan vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku. Selain itu, anda mungkin boleh mempertimbangkan pembelian vitamin khas untuk kuku yang hanya perlu dioles terus setiap hari.

5. Losyen pelembap

Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau kuku. Bagi mereka yang tidak sempat untuk mencapai losen setiap kali bersiap, anda boleh membawa tiub kecil dalam beg tangan atau simpan di laci meja pejabat. Gunakan setiap kali selepas mencuci tangan.

6. Pertumbuhan kuku

Pengambilan kalsium dan zink dapat membantu pertumbuhan kuku dan menjadikannya lebih kuat dan sihat. Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan dan mengeringkan kuku.

7. Pengetip dan gunting

Pilih peralatan yang tajam untuk mendapatkan bentuk kuku yang lebih kemas. Amalkan memotong kuku selepas mandi atau merendamnya seketika dalam air suam. Jangan koyak lebihan kuku kerana ia mungkin mencederakan anda!

8. Merias kuku

Jadikan rutin sekurang-kurangnya sebulan sekali. Merias kuku tidak bermakna anda harus mewarna dengan cat atau mengoles pengilat. Memadai dengan membersihkan kutikel lembut yang menutupi bentuk kuku dan memperkemas bahagian tepi supaya indah dipandang.


Perlu diketahui bahawa terdapat juga jenis kuku yang rosak dan perlu dirawat segera. Keadaan ini kerap berlaku dan sering dipandang remeh berikutan kurangnya kesedaran terhadap jenis penyakit dan simptom yang dihidapi.

1. Kuku kekuningan

Antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Dalam keadaan jangkitan yang teruk, lapisan kuku mungkin tertarik, kuku semakin menebal, pecah dan hancur.

Dalam sesetengah kes, kuku kuning disebabkan masalah kesihatan serius seperti penyakit berkaitan kelenjar tiroid yang teruk atau psoriasis.

2. Kuku kebiruan

Keadaan kuku sebegini menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ia boleh berlaku disebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia. Rujuk doktor untuk lebih kepastian.

3. Kuku berkedut atau seakan berombak

Keadaan ini selalu dikaitkan dengan tanda awal psoriasis atau radang sendi.

4. Kuku retak atau merekah

Keadaan ini kerap dikaitkan dengan masalah tiroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuningan pula menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman.

5. Garis hitam bawah kuku

Keadaan ini perlu diperiksa doktor bertauliah kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma iaitu sejenis kanser kulit berbahaya. Untuk itu jom sama- sama kita jaga dan utamakan kebersihan kuku tangan dan kaki kita..Elakkan dari Bakteria..dan elakkan dari apa sahaja gejala penyakit...

12 comments:

  1. betul2, jarang sangat orang amek kisah pasal kuku. tapi paling tak best, simpan kuku panjang dan agak kotor di kuku T_T

    ReplyDelete
  2. Maaf cakap..akak cukup geli mereka yg menyimpan kuku panjang..

    ReplyDelete
  3. Ada ambil kalsium.
    Terima kasih bagitau jenis-jenis masalah kuku.

    ReplyDelete
  4. kalo ada kuku yg patah jgn disimpan dlm peti.. :p

    ReplyDelete
  5. Walaupun kuku tetap kena jaga kecantikan dan kebersihan kuku kan untuk mengelakkan daripada kulat ke apa. Jangan tak tahu

    ReplyDelete
  6. Good sharing SA.. memang penting kan jaga kebersihan dan kesihatan kuku..

    ReplyDelete
  7. kuku adalah benda utama saya akan tengok pada seseorang, tak kisahla lelaki atau perempuan... dulu masa saya nk berkawan dengan lelaki saya akan tengok kukunya dulu, kalau kukunya pendek, bersih itu salah satu sebab saya akn pilih tapi kalau kuku nya dahla panjang, hitam tak terjaga memang bye-bye lah...

    paling tak suka orang yang berkuku panjang, tak kisahla kuku tu bersih atau tidak... sebab dana rasa macam eh tak gemor la nengoknya

    ReplyDelete
  8. Biasanya orang lebih tumpu pada wajah kan SA walhal kuku pun penting juga mesti dijaga dan dirawat.

    ReplyDelete
  9. Jangan suap anak makan kalau kuku panjang. Dikhuatiri anak nanti akan jadi degil sebab kita dok suap makan dengan kuku panjang yang dah tentu simpan kotoran kan....

    ReplyDelete
  10. Kuku ni selalu jadi indicator kalau PH nak membeli sesuatu brg dari penjual esp food & brg basah. Kalau bersih, alhamdulillah. Kalau sebaliknya memang tak beli, sorry.

    ReplyDelete
  11. dah baca..keje aku membelek kuku aje SA oiiii

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah