Sunday, July 31, 2022

Zaman Kegemilangan SA di Terminal One Seremban 20 Tahun Yang Dulu

Assalamualaikum...

Hi korang...

Scroll FB ternampak post pasal Terminal One Shopping Centre Seremban. Kat sini la SA membina kerjaya sebagai seorang Event Coordinator sampai la jadi PR. Terminal One Shopping Centre ni merupakan shopping mall yang terkenal di NS...gah sangat masa tu dengan tiap- tiap minggu ada event. Dari event biasa- bisa sampai la event besar..Paling orang tunggu adalah event yang melibatkan artis samada album promotion atau film promotion. Masa tu memang best kerja...seronok sangat...every weekend memang ditunggu sebab ada banyak event melibatkan artis..cakap je siapa yang SA x handle...ramai termasuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Masa Siti Nurhaliza datang tu yang penuh satu town Seremban. 

SA agak dikenali di Seremban masa tu...mana- mana pergi jer ada yang kenal. Berkawan dengan PR Artis..dan ramai la..SA sendiri ada peminat tersendiri. Masa tu SA dikaitkan dengan Fafau sebab muka kami iras..memang kelakar la masa tu...Berapa ramai yang amik gambar ngan SA tiap kali ternampak kat shopping mall tu..

Itu kisah SA 20 tahun yang lepas...eh...lebih dari 20 tahun rasanya...last SA kerja kat sana 2005. Masa tu dah tiba zaman kejatuhan..dan SA mula cari kerja di KL...bertukar bidang dari dunia glamour ke dunia korporat sampai la sekarang...

Zaman merubah segalanya, mana kegemilangan Terminal One Seremban? 

Terminal 1 Seremban dahulu adalah sebuah tempat yang meriah era tahun 2000 dengan kedatangan pengunjung untuk membeli belah atau pun lepak bagi anak anak muda dan kini 22 tahun berlalu, Tahun 2022 tempat tersebut telah menjadi sepi dan banyak kedai kedai telah ditutup di dalam premis ini.

Ia masih lagi beroperasi cuma kedai² dilihat kurang mendapat sambutan dan pengunjung.









 

Dulu tak macam dalam gambar tu ruma Shopping Mall ni...dulu cantik...ye la kami pihak pengurusan memang menjaga keunggulan shopping mall ni...semua dijaga demi kemudahan rakyat NS..Kunjungan orang ramai memang diluar jangkaan especially masa hujung minggu.

Sekarang SA x pernah masuk lagi kat sini...dah berpuluh tahun x masuk. Padahal Shopping mall ni terletak di belakang stesen bas yang hari- hari SA pergi sebab amik bas ke KL kan. Entah la..rasa takde hati nak masuk sini. Ex boss yang merupakan Complex Manager masa tu pun dah meninggal baru- baru ni akibat sakit jantung.

Pendapat SA kalau ada pengurusan yang bagus mungkin Terminal One Shopping Centre ni tetap berdiri kukuh macam dulu..

Ye la...zaman berubah kan...

credit photo : FB Negeri Sembilan Kini

8 comments:

  1. Saya pun lama dah tak ke sini

    ReplyDelete
  2. Putaran roda masa..
    Hikmahnya berlakulah hijrah dan profesyen..
    Namun dah namanya kenangan pastilah kekal terpahat dalam ingatan

    ReplyDelete
  3. Haaa.. memnag ada iras Fafau la, SA ni, haaa.. mesti gemilang habis la zaman tu. SK pernah dulu dtg Seremban naik bas sebab ada meeting, lepas tu, bos bagi landmark Terminal One ni laaa, mati2 tataw apakah Terminal One, hahaha.

    ReplyDelete
  4. tempat lepak zaman dok uni dlu..sbb kawan org seremban

    ReplyDelete
  5. dah sunyi sepi dah.. dulu port gak kat sini, port dating2..he he he

    ReplyDelete
  6. Wah.. Kak SA sampai sekarang pun ramai peminat.. hehe..

    Tempat macam ni bergantung pada management. Kalau teruk management, sunyi sepi, nampak macam hidup tak hidup je.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah