Friday, July 29, 2022

Cuaca Tak Menentu Sepanjang Minggu Ini

Assalamualaikum...

Patut up citer ni semalam pagi kan...ntah lupa plak elok je duk dendiam dalam draft...semalam sedikit busy...sudahnya baru sedar ha...takpe la kan...

Korang notice tak yang seminggu ni asyik hujan..lepas tu panas dan lepas tu hujan balik sampai ke petang...

Semalam SA sampai KL macma biasa cuaca cantik je...memandangkan sekarang LRT problem dan kekerapan LRT sampai kat every station adalah dalam masa 5 minit...so platform akan jadi sesak dengan orang ramai..so far orang Malaysia ni elok je ikut peraturan..polis suruh beratur kami elok je beratur. Yang jadi masalah warga asing ni..asyik nak potong Q je....kena tegur pun dia boleh buat bodoh...ngan orang Malaysia ko jangan buat memain la...ko tak beratur ko kena tolak...orang lain pun nak cepat jugak kan....

Sementara menunggu tu SA sempat jugak snap beberapa keping gambar...lama x share...



Masa ni mendung.....bangunan ni dah ada orang duduk ke belum agaknya...gelap je...


Abaikan sememeh awal pagi,,baru bangun tido...


Eh...tiba terang plak balik...


Lepas tu gelap semula...


sampai la LRT tiba depan mata ha.....

 

Hari- hari dah x tenteram nak naik LRT....

Hari- hari penuh...agaknya ramai dah pilih naik LRT..sejak segala menda jadi naik harga sekarang kan...SA perasan yang berjawatan besar pun naik LRT , MRT dan Monorel...mana yang jenis x kisah tu la....mana yang pentingkan kedudukan tu...erm..wallahualam la...mereka rela bersesak di atas jalan kot...kadang keadaan pun memaksa kena bawak kenderaan maybe sebab jarak dari suatu tempat ke suatu tempat, maybe kawasan tempat tinggal jauh dari public transport..dan macam- macam kekangan lagi kan...kadang ada je yang faham..kadang ada je yang kecam..sekarang ni kan banyak Nerakatizen bebas berkata- kata x fikir diri sendiri...keyboard warrior yang main hentam je x fikir masalah yang membelenggu rakyat Malaysia...perbazaan B40, M40 dan T20 yang dipersoalkan...sedih bila berlaku benda- benda macam ni dan sering dijadikan issue perbalahan...letih nak baca...

For me benda macam ni x perlu di jadikan isu besar...terpulang la golongan apa pun...pilih la sesuatu yang memudahkan..bukan menyulitkan keadaan especially diri sendiri...kalau tau tempat tu hari2 jammed, pandai- pandai la atur sendiri perjalanan...kerja kat bandar besar macam KL ni memang x lari la dari jammed, populasi penduduk yang semuanya memiliki kenderaan kian bertambah kan...semua tu kemudahan dan lebih kepada keperluan...macam SA cakap...masing- masing dah besar...so kena bijak la mengatur kehidupan...

Done for today..

Happy Weekend....

3 comments:

  1. Jaga kesihatan . Banyakkan minum air masak . Cuaca sekarang memang tak menentu . Kat perlis pun sama

    ReplyDelete
  2. Memang cuaca tak menentu SA. Hari ini Kak Amie pun rasa tak sihat. Dah makan ubat, rasa lega sikit.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan perjalanan Kak SA ke tempat kerja.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah