Thursday, July 7, 2022

Menu Bekal SA dan Dania...

Assalamulaikum..

Hi korang..

Semalam balik kerja..letak bag..mandi lepas tu turun bawah semula dan masak...Pak Zain dah masak Ayam masak lemak..SA masakkan plak udang goreng berlada untuk bawak bekal SA dan Dania, Lepas tu Dania order baby kailan kat mama dia ni...baby kailan ikan masin dan SA up telur dadar...lain macam mood malam tadi...bau je ikan masin tenggiri jeruk tu semerbak terus buat lapar perut...tunggu Pak Zain dan Dania solat...terus makan...

Jom la tengok gambar...sorry kalau buat korang terliur...alaaa...menu biasa je tu...takde la menu hebat mana...tapi x sampai 1/2 jam la SA masak...kul 9pm SA dah naik atas..makan ubat dan nak tido...sblom tu ada la kerja yang SA buat..dah jadi kebiasaan plak..hahaha..part tu biarlah rahsia...


Telur dadar request by Dania


Baby kailan ikan masin fav Dania gak


Udang goreng berlada


Ayam masak lemak cili api air tangan Pak Zain

 

Lately ni...sejak Mak Pah masuk ward...Pak Zain muram je..suka nak tengok dia senyum dan bergurau macam sebelum ni..rindu lettew...girlfriend dalam ward masih x tunjuk sebarang tanda nak keluar ward. Pagi je condition Mak Pah teruk...oksigen drop..mengah dan sesak nafas. SA syak sebab batuk tu...lepas tu Mak Pah penat sebab machine dialysis tu pasang malam sampai pagi kan...hanya doa je la kami mampu buat skrg ni...dah la nak pergi tengok x leh..nak jaga pun x boleh...risau kadang- kadang..tak senang hati dibuatnya....

10 comments:

  1. Menu simple macam ni yg bertambah nasi SA :)
    Moga diberi kesembuhan buat Mak Pah. PH faham perasaan SA, based on my own experience. May Allah ease everything for you & your family 🤲

    ReplyDelete
  2. Tu la rasa lama dah mak pah kat spital kan.. Doa semoga mak pah cepat sembuh.. Cepat dpt kluar spital jumpa boipren kt rumah tu..

    ReplyDelete
  3. wak kalau jumpa kaki ayam memang sambar dulu.
    Isi2 ayam tak suka
    Wak doakan emoga mak pah cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  4. Semoga Mak Pah segera diberikan kesembuhan.

    ReplyDelete
  5. Semoga makpah segera sembuh kak... Btw lauk2 akak tu walaupun simple tpi mnyelerakan

    ReplyDelete
  6. kailan tu sedapnya kak.. lawan pulak dengan telur dadar

    ReplyDelete
  7. Sedapnya ayam masak lemak cili api. Agak lama juga tak masak lemak.

    ReplyDelete
  8. dap dap..gabungan yg boleh buat bertambah makan tu.. alahai ... sian pak zain

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah