Saturday, July 30, 2022

Resepi Mee Goreng Daging Style SA

Assalamualaikum....

Hi korang...

Salam Maal Hijrah...1 Muharram 1444H hari ni bersamaan 30 Julai 2022. SA lelap lepas subuh ..SA terbangun terus turun bawah buat sarapan..Nia nak pi keja kan...tengok2 atuk dia dah buatkan cekodok cicah asam pedas...alaaa...bosan la makan cekodok...SA keluarkan daging korban ada belen skit..rendam...pas tu siapkan bahan..dagung dah lembut SA hiris nipis2...Pak zain hantar Nia pi work SA kirim mee kuning ngan tauge...




Nak resepi ke? Alaaa...tajuk resepi kan...haha...okey la SA share resepi..

Resepi Mee Goreng Daging Style SA

Bahan-bahan:

1 bungkus mi kuning

2 sudu besar cili kisar

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

200 gm daging- hiris nipis

2 pokok sawi bok choy

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu kecil secukup rasa

1 sudu besar serbuk lada sudah

1/2 cawan air

Minyak untuk menumis

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang kecil yang ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada sulah, secukup rasa, gula dan sedikit saja garam. Biarkan mereneh sebentar.
  4. Masukkan mi yang sudah dibasuh dan ditos, bok choy dan last nanti masuk tauge.
  5. Gaul rata dan masak hingga nampak mi lembut.
  6. Tutup api...sedia dihidang

Jom tengok gambar

















Alhamdulillah rezeki pagi ni..

Layan plak dengan secawan kopi 434 Muar...

Korang sarapan apa pagi ni?

8 comments:

  1. Wah rajinnya pepagi goreng mee, makwe sapelaaa ni? 😆😆

    Cara dan bahan goreng mee kita lebih kurang samalah, SA.

    ReplyDelete
  2. Sukanya mi goreng daging macam ni kak. Lengkap ada sayur sawi dan yang penting taugeh banyak. Suka suka. Tambah pulak ada kopi o kaw tu haa..

    ReplyDelete
  3. Menarik resepi ni dan nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya mee goreng daging. Lain macam rasanya kan berbanding goreng perencah biasa.

    ReplyDelete
  5. Semalam dah blogwalking sini...ingatkan dah komen🤭
    Terliur tengok mee SA..pagi ni saya pulak ikut..hihihi
    Ni mai lagi sini

    ReplyDelete
  6. Lama betul tak makan mee goreng
    Letak daging pula mmg perghhh memang menambah la .
    Bab masak mee goreng ni umi rabia biasa masak sedap .

    ReplyDelete
  7. tengok mee goreng baru perasan dah lama tak makan mee goreng..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah