Sunday, July 10, 2022

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Suriaamanda & Keluarga

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Baru berkesempatan nak buat entry...sibuk sangat SA dari semalam...uruskan mak yg x sihat, masak juadah raya sikit..x buat banyak..asal ada je..mulanya ingat x nak buat pape...tp last minit adik-adik perempuan decided x balik sebelah mertua masing-masing sebab mak pah x sihat kan...baru je keluar ward .. terima kasih yg tak terhingga SA ucapkan kat adik2  SA...

Sama-sama kami 4 orang jaga mak dan masak semalam...




Jom tengok apa yang SA dan adik- adik masak semalam..


Rendang daging


Lemang beli je 4 batang


Kuah kacang Lissa Masak



Nasi impit


Mak Pah mintak kari ayam kampung tapi ayam kampung xde...so jadi la kari ayam biasa je


SA ada suruh Pak Zain belikan tulang skit untuk the kids...so buatkan sup tulang..fav anak-anak ni..SA masak dalam Noxxa je


Kari ayam dh letak dalam mangkuk



Raya Aidiladha juga antara salah satu daripada dua perayaan terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang disambut pada hari ke-10 Zulhijjah dalam kalender Islam.

Tahun ini, umat Islam di Malaysia khususnya meraikan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1443H bersamaan pada 10 Julai 2022 iaitu pada hari Ahad.

Dikesempatam ini SA ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dengan ingatan tulus ikhlas. Disusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku serta terkasar bahasa..

Mohon doakan buat Mak Pah juga..keadaan Mak Pah masih lemah, jantung masih x kuat...tekanan darah pun x konsisten..kejap rendah kejap ok...batuk pun blom ok lagi....


11 comments:

  1. slmt hari raya SA.
    smoga mak pah cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)

    ReplyDelete
  3. moga mak Pah cecepat sihat.
    memang susah hati jika mak tak sihat hu hu hu :(
    salam Aidil Adha dari Aida.

    ReplyDelete
  4. Salam aidiladha 1443H
    Nampak sesedap juadah raya SA sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Salam Aidiladha, Kak SA. Semoga Kak SA dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  6. selamat hariraya kak.. saya x sempat nak snap gambo makanan hihi.. sedap2 lauk raya akak tu

    ReplyDelete
  7. Salam eid adha buat SA and fam..juadah raya semua menyelerakan

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya aidil adha buat SA sekeluarga. Banyak juga hidangan di hari raya tu.

    ReplyDelete
  10. salam aidil adha...belated. lama tul x jengah sini..berderet komen kat entry ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah