Tuesday, July 19, 2022

Santai- Santai Selasa...

Assalamualaikum....

Hari ni SA bersiaran dari bilik meeting, kami satu floor kena pindah ke floor meeting room sebab ada kes positive covid 19 lagi...so lepas lunch nanti baru naik level kami balik...berbondong- bondong la kami bawak laptop dan keperluan lain masuk ke meeting room. Dengan lambat breakfast...dengan boss meeting lagi....

So hari ni kita citer santai- santai je...sebenarnya takde idea nak citer apa...pasal ugutan semalam tu SA dah dapat kumpulkan banyak screenshot atas bantuan kawan sekolah yang jadi pegawai polis kat Pahang. Untung bila kita ada orang yang kita kenali...at least boleh membantu..so incase kalau ada report yang di buat keatas SA yang tiba- tiba kena tuduh ganggu rumahtangga dia..SA akan spill the tea la..so far dah 2 hari ni takde plak mamat tu meroyan message SA lagi...elok la...dia kata nak hantar komersil kutip SA kat rumah atau kat office pun nampaknya macam takde je...so SA diamkan aje la dulu. Okeh cukup pasal tu...



 

SA ni tengah runsingkan Mak Pah yang masih takde selera makan...masa buat nasi ayam last week dia banyak makan...itupun sebab nasi ayam homemade dak Lissa yang buat...lepas tu selera dia kembali takde...hari ni pi check up kat CAPD...

Macam- macma masakan kami adik beradik dah cuba masak untuk bagi dia selera makan...tapi tetap sama...bila tanya dia nak makan apa..dia ckp "entah"...itu yang buat kami adik beradik mati akal x tau dia nak makan apa...ye la..berpuluh- puluh biji ubat sehari dia makan kan...terus tekak jadi payau xde rasa...kita yang demam dan batuk biasa pun kalau makan ubat takde selera...inikan pula Mak Pah yang sememangnya sakit kan...memang kami jaga pemakanan Mak Pah sekarang...lagipun nanti 1/8 dia ada appointment kat IJN lagi...sekarang dia tengah batuk teruk..malam akan demam..itu pun punca selera dia kurang...bila sikit je makan tenaga dia takde..so nampak dia lemah kan...nak buat dialysis lagi...kesian kadang- kadang...now Mak Pah still pakai pampers..tapi bila samapi masa dia akan ke toilet sendiri...kami biarkan aje dia berdikari..kalau dia x terdaya SA dan Pak Zain yang akan tolong...

Kesian ngan Mak Pah...sedih memang sedih la..tapi Mak Pah kena kuatkan semangat...kami yang menjaga kena lebih sabar..orang sakit ni kerenah dia macam- macam kan...cepat marah...cepat merajuk...untuil today Mak Pah masih mintak maggi kari....aduhai....yang tak boleh tu yang dia nak....

Korang ada suggestion lauk- lauk yang sesuai untuk Mak Pah?

Selain singgang, asam rebus, bakar, stim, panggang dan asam pedas...semua tu dah buat tetap x membangkitkan selera Mak Pah. Buntu dah hari- hari google menu masakan....

16 comments:

  1. Teringat masa jaga mak saya time dia kena kimo dulu. Bila buat kimo & radiotherapy terus takde air liur mmg sengsara asyik batuk, nak telan makanan pun tak boleh. Hari2 kena pujuk dia makan bubur (itu pun kadang2 dia muntah balik), klu dia taknak makan langsung tu kena bancuh susu utk org kanser. Mmg kena byk2 bersabar nak pujuk dan bagi semangat utk mak makan, dia mmg takde selera makan sbb tu taktau nak makan apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul buntu sangat2...dah x tau nak masak apa dah...daging dia x leh makan...sayur2 hijau x leh...sakit jantung kan...

      Delete
  2. Harap KakSA sekeluarga kuat ya..
    Aini doakan MakPah cepat sembuh seperti biasa

    ReplyDelete
  3. SA pernah cuba lauk ikan masak cuka tu tak? ada rasa masam2 cuka sikit kot2 boleh nak hilangkan payau tekak Mak Pah tu.

    Semoga Allah tinggikan rasa sabar dalam hati SA...

    ReplyDelete
  4. adventure bila betul bab x selera nak makan ni kan, kita pun pernah melaluinya..but bila kena kat org2 tua kita, bertambah risau la yer... moga mak pah cepat sembuh, moga Allah berikan kesihatan buat pak zain & SA..tuk jaga mak pah....aamiin..

    ReplyDelete
  5. Semoga kembali sembuh dari penyakit. Mungkin kena tanya tuan empunya badan menu apa yang dia nak.

    ReplyDelete
  6. kasihannya Mak Pah. semoga urusan kak SA dipermudahkan samada dalam pekerjaan atau peribadi. uit ada drama baru ke? tertinggal ketapi lah

    ReplyDelete
  7. Semoga Mak Pah kembali berselera makan dan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. menu bubur nasi, bubur lambuk ke kak? Kot rojak ke sotong bakar atau tauhu bakar? Sup-sup ke kak?
    Dana faham bila dah sakit tu makan ubat macam-macam kita jadi tak selera makan, bila kita sakit kita rasa stress, rasa diri kita susahkan org lain n mcm2 lagi lah rasa yang tak best. Moga mak Pah akan ok juga nanti....

    ReplyDelete
  9. Allah sian nya mak pah, semoga mak pah kuat semangat cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. moga selera mak pah kembali pulih seperti biasa..

    ReplyDelete
  11. Bila yang biasa, tapi tetap tak menarik perhatian dan sekera sedih sebenarnya yang masak kan kak. Sedih dan risau.

    ReplyDelete
  12. Makin banyak pulak kes sekarang ni. Aduhaiii..tak pasal jadi kes polis dah.
    Saya pun mati akal kadang nak tambat selera abah saya. Dah beli dan masak makanan kegemaran pun tak jalan. Nak makan makanan pantang memang tak bagi. Nasi arab, nasi beriani Mak Pah suka tak?

    ReplyDelete
  13. Gws Mak Pah.... Haaaa, makanan lain yg sihat tu maybe dah x rse sedap... Kena bagi maggi jugaklah tu.. tapi nanti bahaya untuk kesihatan... hmm.. Kalau makanan yg sihat tu, dibalut sikit dengan serbuk kari... Mak Pah leh mkn x...

    ReplyDelete
  14. syafakillah buat mak pah semoga cepat2 seleranya kembali

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah