Sunday, July 31, 2022

Resepi Ayam Goreng Berlada Basah Basah Requested By Mak Pah

Assalamualaikum...

Seperti yang SA janjikan semalam...SA nak share resepi ayam goreng berlada sambal basah-basah permintaan Mak Pah...semalam memang SA masak sensorang. SA kalau kat dapur memang otak tu sentiasa berhubung la..dari 1 lauk terus jadi 2-3 lauk...

SA semalam buntu jap bila Mak Pah cakap nak ayam goreng berlada basah-basah. SA ingatkan buat masak sambal merah. Eh bukan rupanya...rupanya nak sambal cili api...google la kejap maksud di basah-basah tu...SA cuba la goreng dulu bawang2 dan cili tu...nasib la meletup2 gorengan...nasib x terpercik minyak panas di muka



Kita tayang dulu gambar dah siap ye

Resepi Ayam Goreng Berlada Request By Mak Pah

Bahan - bahan

  1.  Ayam bahagian thigh 6 keping potong dua ( garam kunyitkan dan goreng)
  2. 5 ulas bawang merah kecil
  3. 3-4  ulas bawang putih
  4. 2 biji Cili besar 
  5. 10-15 biji cili api ikut tahap pedas korang nak
  6. 1 biji bawang besar -dihiris
  7. 2 sudu sos tiram
  8. 1 sudu kecil secukup rasa
Cara masak

  1.  Ayam di goreng 
  2. Bahan 2-5 di goreng sampai layu
  3. Kemudian di tumbuk lumat -SA malas nak kisar
  4. Tumis dengan minyak yg panas biarkan sedikit garing
  5. Masukkan sos tiram dan secukup rasa
  6. Masukkan bawang besar, gaul dan biar sampai layu.
  7. Kalau kering masukkan sikit air 
  8. Tqk perku letak garam sebab sos tiram dan secukup rasa dah masin..lagipun ayam goreng td dah ada garam skit kan
  9. Masukkan ayam yang dah digoreng..gaul mesra 
  10. Siap!! 
  11. Sedia dihidang


Bahan ni SA goreng dulu


Bawang besar sebiji


Goreng sampai betul2 layu


Then tumbuk...kalau rajin blender je atau masukkan dalam food processor 


Dah siappppp.....

 

Lauk ni yang habis dulu semalam...

Sesekali kena tukar cara masak dari kebiasaan kan...hari ni SA nak masak ikan tenggiri masak lemak cili api campur tomato dan nak rebus pucuk ubi serta nak buat sambal belacan..hehehe....selamba je SA patah2 kan pucuk ubi Pak Zain tanam depan rumah...hehehe...bising dia...petik je la..dh kenapa pi patah2 kan...alaaaa...kalau x patahkan x puas la petik...pucuk ubi kan cepat je tumbuh pucuknya...ye tak?

Chill la Pak Zain...

Merajuk x nak masak kang...haaaa......

6 comments:

  1. Kite suka ayam sambal camni. Basah² berkuah sikit..sedapnyeeee

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa makan dgn nasi putih panas2 fuhhh sedap

    ReplyDelete
  3. wah...nampak menyelerakan..leh try ni. tq for sharing!

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap ayam goreng berlada tu.

    ReplyDelete
  5. Nanti nak cuba la cara akak masak ayam goreng berlada basah basah macam ni. Yang ni makan dengan nasi panas je pun confirm menambah.. Takut !!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah