Monday, August 8, 2022

Bila Sesekali Balik Kampung

Assalamualaikum....

Hi korang ..

Hari ni SA ada 2 days course ..hari ni dan esok...so SA dh siap2 kan entry untuk hari ni...2 hari ni nak kena focus...training untuk KPI tahun ni...xde training nanti markah x cantik kan...

So hari ni nak citer bab balik kampung kejap semalam...melawat Mak Lang x sihat...diserang kayap teruk sampai dh masuk area telinga...kesian tengok dia menahan sakit...ada je ubat klinik dan ubat hospital tp x membantu. X tau plak ubat traditional kat mana..selalu nya kayap ni ada orang yang pandai ubatkan...

SA kalau balik kampung memang akan merayau...merayau mencari sayur-sayur kampung untuk SA bawak balik...

Jom tengok apa yang sempat SA snap...



Ye..kampung SA kat area Seri Menanti ni...


Teruja tengok keladi milik orang...haha


Cantik kan..


Pokok ni pun cantik


Ini pun dalam keluarga keladi jugak


Ni pun cantik

Lepas tu SA petik pucuk kacang botor...saje nak bawak balik and campurkan dalam masakan ikan...sedap uiii..


Pucuk kacang botor


Kacang botor dan belimbing buluh


Benih kacang botor, Pak Zain nak semai kat kebun dia


Buah kedondong


Limau nipis


Bubga kantan

 


Ni amik gambar je ..bagi memenuhkan gambar dalam entry ni ..buah nona


Bunga pokok terung


Pucuk pegaga


Cili padi


Sekejap aje kami kat kampung..nak pergi beli lauk kat kedai makan Ain kat area Seri Menanti...punya la ramai orang...lepas tu diorang x layan plak orang nak tapau lauk...SA dah angin satu badan masa tu...orang memang la ramai nak makan tapi layan la seiring kan..ini takde..kita nak amik sendiri lauk dia x bagi...lepas tu tunggu lama..SA dh geram selamba SA tanya ikan baung seekor tu kira macam mana..dia kata RM30 seekor..haaa takpe bungkus seekor, itik salai 3 ketul, rendang ayam 2 ketul...lepas tu cendawan hitam tu sebekas...total SA kena RM72, selamba SA kuarkan note 100. Terus budak yg sound SA tu terdiam...jangan la ingat kita pakai sempoi jeans ngan t-shirt lusuh kita x layak dilayan elok...bukan xde duit nak bayar..kita beratur kot...but ada la a few customer yang dh selalu makan kat situ ckp pelayan diorang memang sombong dan pilih org...

SA x kisah pun dia nak sombong ke apa...tapi orang nak beli lauk kot...ko buat macam tu cukup la sekali tu je SA beli...bukan sedap mana pun lauk diorang...harap viral je sebab org luar yg makan kat situ..org keliling situ pun x hairan nak makan or beli lauk kat situ...sebab terpaksa je tadi SA beli...

Tapi memang betul la...orang melayu ni...x semua la..sesetengah melayu ni...SOMBONG x tentu arah bila dah berjaya....correct me if i'm wrong.....takde gambar kat situ? Sebab pekerjanya sombong..SA malas nak amik gambar....

10 comments:

  1. Penyabarnya SA, kalau Sk dah angkat kaki dah. Eh, sedaplah sayur2 kampung tu. Tak sabar tunggu entri lepas siap masak, hihi.

    ReplyDelete
  2. Segar-bugar tanaman kat kampung SA. Hmm... kalau saya dah angkat kaki terus tak payah la nak beli kat kedai yg servis teruk mcm tu.

    ReplyDelete
  3. balik kampong tunggu org nk dtg merisik keew., ammvoiii
    jgn sombong2 nnti orgtu carik calonns lainns.., oopss hehehe (mesti kene dilit komen wakni lagi cam biasa., )

    ReplyDelete
  4. itulah realiti org melayu..klu kerja tu best xpe lah nak sombong..ni pelayan kedai makan jer..gaji pun xseberapa..sombng je lbh..huhu

    ReplyDelete
  5. Nak layan orang tengok pada penampilan. Kadang memang ada orang macam ni kan..sabar jelah

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak kakak nak beli.. Kalau kita jerit dah oiii xpa lah duit aku ni x laku agak nya dekat kedai ni yaaa!!!

    ReplyDelete
  7. Dulu masa dok jb, berlambak pokok buah nona blkg rumah.. Jenis x makan sgt buah ni smp tak termkn buah nya.. Bergayut2 je kat pokok heheh.. Belimbing pun sama smp sedeakh aje kat jiran2

    ReplyDelete
  8. seronoknya dok kampung..mcm2 leh bercucuk tanam

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah