Sunday, August 7, 2022

Breakfast Di Tokmatt Antique & Kopitiam Jalan Jelebu

Assalamualaikum....

Sakit gigi nyer pasal lambat SA up pasal sarapan pagi semalam. Selama ni tengok je kedai ni..adakala buka..adakala sepi je...tapi dh 2 minggu kebelakangan ni tengok kedai ni penuh je terus rasa m nak cuba..nak lak Dania cakap semalam dia masuk kerja petang..masuk kul 1 tengahari...SA amik puang la bawak diorang makan kat kedai ni...

First time bawak Pak Zain, Mak Pah dan Dania sarapan kat Tokmatt Antique & Kopitiam, mula sampai tadi xde orang, dh 10 minit tiba-tiba tempat ni kena serbu...siap beratur panjang...warga Seremban kalau nak cari tempat sarapan best bleh try test kat sini... recommended sebab makanan sedap.. environment best...dan yg best ada satay pagi dah macam sarapan kat Muar dan lempeng panas2...

Jom tengok gambar


SA suka konsep yg diketengahkan..banyak barangan antik dan suasana very the instagrammable...



Antara menu yg ada


Pak Zain and Mak Pah..jadi model untuk blog as usual


Macam jenama dipaparkan..jenama yg popular satu ketika dulu dan sampai kini pun masih ada..


No meja kami..


Antara props dalam kedai..


SA kan peminat karipap...sedap karipap ni..x rugi beli..


Inti kentang dan ayam


Rindu nak sarap ngan dia...rezeki mama hari ni


Selfie sekeping...


Keadaan dalam kedai...menarik kan?konsep kopitiam


SA dan Pak Zain


Pak Zain dan Mak Pah


Korang tengok..cawan I pun old school siap ada sumbing2 lagi...


Ada orang jual kek dari meja ke meja...dania beli biscoff cheese cake..masa ni elok lagi la..sampaj dlm kereta ntah kenapa cheese cake tu cair....


Nasi Lemak paru SA punya


Nasi lemak ayam berempah untuk Dania


Nasi lemak kambing untuk Pak Zain


Nasi lemak tekur mata untuk Mak Pah


Satay ayam 5 cucuk dan satay daging 5 cucuk..satau sedap..very the juicy


Kuah kacang...


Sempat la SA snap sana sini...


Dulang di gantung macam ni...


Kat luar ni memang banyak barangan antik yang di jual..ye la..ada ramai je peminat barangan antik kan


SA kat depan kedai


One more pose


Kecik2 dah mata ko nak oiiii...panas masa ni..abaikan badanku yg tembun akibat steroid..


Puas hati dapat sarapan dengan dia..kalau tak..susah nak makan sama and jarang jumpa


Total damage untuk sarapan kat sini RM56 untuk makanan di kopitiam tu..dan RM12.50 untuk set satay panas2..berbaloi la..yg mahal nasi lemak kambing yang Pak Zain makan...tapi!!! Puas hati sebab sedap...makan tempat yang viral memang la mahal skit kan...kami suka..sedap dan kami enjoy the food...nescafe sedap, teh tarik sedap cuma x cukup sebab cawan kecik kata Pak Zain...pokcik tu semua nak besar2... Tapi elok je habis semua kat dia...

Korang yang dari Seremban dan kawasan berdekatan kalau nak cuba boleh la datang kedai ni...jadi tumpuan ni..dan SA rasa pernah viral kot..

Waze je.. SA memang tau la kedai ni sebab dekat je ngan rumah..

Tokmatt Antique & Kopitiam
Lot 653 KM2 Jalan Pantai, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

10 comments:

  1. Menarik sangat di mata dan hatiku. Tapi buat masa ni belum ada plan nak jalan2 ke sana.

    ReplyDelete
  2. Seronok kalau makan-makan di tempat begini. Sambil menjamu selera, menjamu mata juga.

    ReplyDelete
  3. Menggamit nostalgia betul barang2 perhiasan di kedai ni. Talam berbunga tu sampai sekarang masih ada di rumah arwah nenek.
    Mak Pah dah ada selera makan ke SA? Suka tgk telur mata goreng atas nasi lemak dia sbb mmg suka telur mata kuning cair.

    ReplyDelete
  4. Apa ada hal sakit gigi. Layan sungguh kopitiam macam ni. Menggamit nostalgia. priceless!

    ReplyDelete
  5. Wowww... kedai oldskul.. best tempat macam ni.

    ReplyDelete
  6. dah la kedai cantik..harga pun berbaloi..:)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi lemak paru akk tu.. Lama xmkn tmpt mcm ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah