Friday, March 30, 2018

Enchanteur Bukan Haruman Biasa..Sesuai Untuk Wanita Yang Sukakan Kelembutan

Hi Korang...

Assalamualaikum...

Suka wangi- wangi tak? Mesti suka kan...semua wanita suka kalau bab wangi- wangi...tak pernah ada yang tak suka rasanya..SA memang suka bab pakai losyen dan ada banyak koleksi losyen yang pelbagai jenama serta keluaran. Wajib pakai tu setiap hari lepas mandi dan sebelum tidur. Kat rumah losyen lain dan kat office losyen lain..dalam handbag pun losyen jenis lain..haaaa...nampak tak betapa pentingnya losyen pada seorang wanita.Kalau tak guna losyen rasa macam tak lengkap..Sekarang SA dah mula ajar anak dara SA guna losyen. Itupun sejak dia dah pandai kenal produk- produk kecantikkan. Sejak dah jadi anak dara ni semua di nak cuba. Pantang ada benda baru seperti losyen dia mesti nak cuba jugak. Senang cakap pantang lepa la...nampak jer losyen Enchanteur dalam wardrobe mama dia ni..semua dia nak cuba..dah selamat dah pun jadi milik dia beberapa botol..

Korang rasa penting tak penggunaan losyen dalam kehidupan kita seharian? Ramai wanita termasuk suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari untuk kekalkan  kelembapan sepanjang hari. Tak cukup pakai sekali di waktu pagi je..kena pakai berulang kali..baru kulit kekal lembap kan.



Bertindak sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, Enchanteur Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. Enchanteur Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan korang sihat dan sehalus sutera manakala wangian Enchanteur yang tahan lama meningkatkan daya penarik korang. Confirm lalu di tempat orang ramai mesti ada yang menoleh dan tercari- cari bauan wangi yang tiba- tiba muncul kan....

Ingat iklan romantik Enchanteur? Iklan dia pun tak pernah mengecewakan..sesiapa jer tengok iklan Enchanteur di kaca televisyen sure tersenyum- senyum tengok kehebatan iklan tersebut. SA la tu....lepas tu kena kutuk dengan anak dara sendiri..tapi kan...sekarang dia pulak yang suka tengok iklan Enchanteur. Lepas tu senyum - senyum..hahahaha....

Antara koleksi Enchanteur Losyen Haruman Badan di pasaran
  1. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Romantic
  2. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Charming
  3. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Stunning
  4. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Alluring
  5. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Alluring Radiant White



ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempesona, penuh semangat & misteri)
Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


ENCHANTEUR Stunning 
Manjakan diri anda dengan Enchanteur Stunning dan biarkan aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Black Currant Buds dan membuatkan sesiapa sahaja tak berkelip mata memandang anda di sebabkan keharuman yang ada pada anda. Tidak berminyak halus dan diperkaya dengan Aloe Vera dan Olive Butter untuk memberikan kelembaban yang optimum. Sapukan setiap hari untuk kulit licin.









Haaaa...korang yang ada anak dara kat rumah tu kan...tak kisah la dah besar ke atau masih kanak- kanak yang sedang membesar..elok ajar anak- anak korang bab menjaga kebersihan badan especially penggunaan losyen badan. Bab pemakaian losyen badan  ini memang perlu dititik beratkan supaya mereka tak kekok bila dah dewasa nanti.Ada sesetengah anak remaja tak suka dengan losyen sebab apa? sebab tidak dididik dari awal betapa pentingnya  penggunaan losyen badan.memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari

Sekarang kan..wanita yang sentiasa sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Yang penting!! Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit. Enchanteur Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Cepat dapatkan di pasaraya berhampiran anda....

Maklumat lanjut :

Website : www.ENCHANTEUR.com.my

Facebook : www.facebook.com/EnchanteurMY

25 comments:

  1. semua wangi....tak payah pakai perfume pun dah wangi kan losyen ni

    ReplyDelete
  2. Sally pun pakai sbb losyen dia tak meleket even kita berpeluh...serap hbs!

    ReplyDelete
  3. Lotion ini wangi.. Pakai pagi sampai ke petang baunya melekat..

    ReplyDelete
  4. I always use Enchanteur lotion daily. The scent is so natural and it captures my heart.

    ReplyDelete
  5. I like this brand. it has lots choice and smell very nice.
    sharing with my mom and sis too. they loved it

    ReplyDelete
  6. cik tom suka enchanteur sebab bau wangi dan tahan lama..rasanya dah pakai bedak echanteur ni sejak dari sekolah menengah lagi..hihi..

    ReplyDelete
  7. Enchanteur ni produk2 dia memang best. Ada je lotion tapi jap ingat pakai. Idak lupa nak pakai. Hehe....tapi bila pakai lotion sebelum tidur tu rasa calming je. Saya suka bau bau bunga ni....

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya Aida da tertarik dah bila SA share di fb. Enshanteur ni kan da well known dgn wangian nya. Memang mersik semerbak. Ni la yg dedolu Aida suka. Time blaja U. Masa tu xde duit nak beli perfume kan. Bedak nya. Lotion nyer... Haruuuuumm... Aida da ajar jugak anak-anak dara Aida dgn wangian gini, SA. Pakai lotion wangi, biar diri rasa nyaman & yakin.

    ReplyDelete
  9. Suka sangat bau perfume dan lotion enchanteur ni kak. Semua wangi dan tahan lama kalau duduk dlam aircond. Kulit pun kekal lembap.

    ReplyDelete
  10. Sy mmg suka produk enchaunter nie. Walaupon produk nie khusus utk perempuan tp sy tetap guna. Anyway kak SA, sy x faham tajuk entri nie. Hahahaha

    ReplyDelete
  11. Wah....syiok la lepas ni berlumur dengan lotion ja la kan...
    Echanteur ni memang tak mengecewakan..bau dia pun tahan lama

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat banyak lotion. Hari-hari mewangi macam ni. Suka enchanteur sebab wangi sangat.

    ReplyDelete
  13. Enchanteur punya lotion ni mmg wanti habis! Dlu pakai yg lemon punya mmg wangi. Sampai member tanya lah pakai perfume apa

    ReplyDelete
  14. enchanteur ni memang wangi, kena pula dengan krim dia yang lembut. bagus la untuk anak dara yang tangan agak hurm tu... haha thanks kak share. lelaki pun boleh pakai kalau nak lembut tgn tu bila disentuh. ecehechhh

    ReplyDelete
  15. Semua bau best best belaka tapi tuhlah charming tuh kuat sgt bau kak..tuh kalau tangan terpegang najis mutawassitah boleh sapu charming bebanyak sebab baunya kuat..hahaha

    ReplyDelete
  16. Wanita ngan haruman wangi2 tk dpt dipisahkan.. Ada tgk aritu yg stunning and charming... Yg lain xde stock plak ms tu.. Wangiiiii sbb test bau nya..

    ReplyDelete
  17. suka la bau enchanteur ni. saya ada yang kaler oren tu. best gila

    ReplyDelete
  18. Enchanteur ni memang wangi...dah berzaman product dia, kak pun suka

    ReplyDelete
  19. Losyen mmg x penah tingal hehe if x pki rasa x complete sgt..ni mmg dr zaman remaja dulu popular brand ni smpi la skrg..bau dia mmg tahan lama..harga pun murah je..mmg mampu utk beli

    ReplyDelete
  20. ohhehehe uzu ada dapat ni tapi dah bagi-bagi katorg. sebotol pun dah ckup sbb bukan jenis nak pakai loasyen sangat kan . mmg best dan wangi semua losyen2 ni

    ReplyDelete
  21. wah echanteur ni suka buat produk yang banyak pilihan haruman.. mak i memang suka pakai losyen echanteur ni usually i kasi dia sebab entahlah memang dia gemar sapu losyen kat badan... kalau echanteur ni memang i hadiahkan dia je... sedap harum and buat skin jadi lembab serta lembut gitu

    ReplyDelete
  22. Saya pun ada koleksi Enchanteur ni..bau best..yg paling best, kalau kena air tak melekit..i loikeee

    ReplyDelete
  23. Dulu rajin beli produk ni, la ni tengok entry ni teruja pulak nak membelinya.
    Anyway.. rare lah ambil gambar dekat batang pokok pisang tu..

    ReplyDelete
  24. jarang pakai losyen enchanteur. selalu guna perfume dia saja. tapi dlu pernah cuba sekali pakai hee wangi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah