Friday, September 14, 2018

Aveeno Product Terbaik Untuk Bayi Kini Di Malaysia!

Melegakan, Memulihkan & Melindungi dengan kuasa Oat.

Aveeno® dan Aveeno Baby® kini di Malaysia!




Akhirnya warga Malaysia dapat menikmati sentuhan berkhasiat Aveeno®! Dengan adanya Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan kesejahteraan hidup. 

Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi. 

Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’, bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®. 

Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi dengan sepenuhnya. 


Menurut Julia Teo, Ketua Jenama dan Peluasan Pembeli Johnson & Johnson Malaysia, pengenalan Aveeno® dan Aveeno Baby® ke pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi. “Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semula jadi kini semakin menyerlah berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kegunaan kulit sensitif. 


Dengan adanya Aveeno® dan Aveeno Baby®, kami yakin bahawa permintaan di pasaran akan dapat dipenuhi, dan rakyat Malaysia akan dapat menikmati rutin harian penjagaan kulit mereka dengan produk kami, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak mereka,” menurutnya lagi.


ACTIVE NATURALS – ramuan daripada sumber semula jadi yang memberikan kebaikan sebenar!

Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar.

Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan kecantikan, Aveeno® bangga menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk mencapai hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu kenikmatan yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.

Fungsi kulit dan kebaikan Oat untuk kulit anda


Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembaban. Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Berkaitan dengan sejarah yang panjang untuk kegunaan dalam penjagaan kulit, oat memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering, rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa antioksidan


Colloidal Oatmeal – Mengekalkan kelembapan

Avenanthramides – Melegakan dan meredakan rengsa kulit

Minyak Oat – Mengukuhkan lapisan kelembaban semula jadi kulit



Produk Aveeno yang terdapat Di Malaysia :

Kegunaan Harian

• Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash (354ml, RM40.47)  

Membersihkan secara lembut dan melembapkan kulit anda selama 24 jam.
Mandian badan ini membersihkan dan melembapkan kulit agar kelihatan lebih sihat selepas anda mandi. Rumusan termaju yang menggabungkan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal — bahan yang lama diketahui untuk melegakan kulit — dengan campuran unik minyak semula jadi dan emolien untuk membantu memulihkan kelembapan kulit untuk kulit yang lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat. Pembersih dengan wangian lembut, tanpa sabun, tanpa pewarna dan formulasi hipoalergenik. Oleh itu, mandian badan ini cukup lembut dan sesuai untuk kulit sensitif.


• Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25) 


Melegakan kekeringan kulit dalam 1 hari.

Losyen yang menyegarkan ini terbukti secara klinikal mampu memulihkan keadaan kulit kering anda dalam masa 24 jam dengan peningkatan yang ketara dalam masa 2 minggu. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya, losyen ini membantu mencegah dan melindungi kulit kering sepanjang 24 jam. Losyen ini menjadikan kulit anda terasa lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi dan ia cukup lembut dan sesuai untuk digunakan setiap hari. Losyen ini juga bebas daripada pewangi, tidak berminyak dan bukan komedogenik

• Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion (350ml, RM52.74)




Memulih, menghidrat dan melembapkan kulit anda selama 24 jam.


Losyen ini yang cepat menyerap ke dalam kulit anda untuk memberikan kelembutan dan kelembapan secara semula jadi yang diingini sepanjang tahun. Rumusan unik dengan ACTIVE NATURALS Oat memulihkan dan melembapkan kulit anda. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion melembapkan selama 24 jam untuk menjadikan kulit lembut, cantik dan kelihatan sihat. Ia tidak berminyak, tanpa pewangi dan bukan komedogenik.


Penjagaan Istimewa

Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19) *TANPA PEWANGI*


Membersihkan secara lembut dan melembapkan untuk melegakan kulit yang kering, gatal dan sensitif.

Aveeno® Skin Relief Body Wash memiliki rumusan tanpa pewangi yang membersihkan dan melembapkan secara lembut untuk melegakan kulit yang kering dan gatal. Rumusan unik ini yang mengandungi ACTIVE NATURALS Oatmeal dapat membantu melembap dan melegakan kekeringan. Emolien memberikan kelembapan untuk kulit yang lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat -- walaupun selepas dibilas. Aveeno® Skin Relief Body Wash yang disyorkan oleh ahli dermatologi adalah tanpa sabun, tanpa pewarna, tanpa pewangi dan formulasi hipoalergenik, menjadikannya cukup lembut dan sesuai untuk kulit yang sensitif.


Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74) *TANPA PEWANGI 
Melembap dan melegakan kulit yang sangat kering, sensitif atau gatal.


Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion adalah rumusan yang kaya namun cepat menyerap untuk memulihkan kelembapan yang penting agar kulit anda terasa lebih lembut dan lebih sihat. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Triple Oat Complex dengan minyak oat dan mentega shea semula jadi, losyen untuk kulit sensitif ini terbukti secara klinikal dapat melegakan dan mengurangkan kulit yang teramat kering. Losyen ini juga tidak memiliki pewangi atau steroid serta cukup lembut untuk kulit yang sensitif.


Aveeno Baby®: Hasil kasih sayang oleh ibu, untuk ibu.

Tahap keprihatinan yang sama diberikan kepada produk Aveeno Baby® – yang turut dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir. Aveeno Baby® menyediakan produk untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit gatal, kering atau merengsa daripada berulang.


Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan. 


Produk Aveeno Baby® yang didapati di Malaysia:

Kegunaan Harian

Aveeno Baby® Wash & Shampoo (354ml, RM49.91)

Rumusan tidak memedihkan mata yang membersihkan secara lembut tanpa mengeringkan kulit.

Aveeno Baby® Wash & Shampoo mengadun ekstrak oat semula jadi yang menjadikan mandian inikaya dengan buih yang membersihkan kulit tanpa mengeringkan kerana ia tidak mengandungi sabun serta diuji alahan. Rumusan tidak memedihkan mata ini boleh digunakan pada kulit dan rambut untuk pembersihan lembut yang mudah dibilas serta meninggalkan bau yang segar. Aveeno Baby® Wash & Shampoo dirumuskan agar lembut untuk bayi serta kulit mereka yang sensitif. Rumusan ini tidak memedihkan mata, tanpa sabun dan tanpa paraben.


Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion (227ml, RM41.42)


Rumusan semula jadi yang berkesan dan tidak berminyak melindungi kulit lembut bayi dan memberikan kelembapan sehingga 24 jam.

Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion mengandungi Colloidal Oatmeal yang diadun dengan emolien yang melegakan dan membantu melindungi kulit bayi anda yang halus. Rumusan semula jadi yang berkesan dan tidak berminyak menyerap dengan cepat, melembapkan kulit sehingga 24 jam, tidak mengandungi alkohol yang mengeringkan kulit dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat. Losyen ini dirumuskan dengan formulasi hipoalergenik, tanpa pewangi dan cukup lembut untuk digunakan setiap hari pada kulit bayi yang sensitif.


Penjagaan Istimewa

Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*


Membersihkan secara lembut dan melembapkan kulit  selama 24 jam.

Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash dirumus khas dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya yang membersihkan serta melegakan kulit. Rumusan pelembap ini menjadikan kulit terasa lembap selama 24 jam supaya kulit bayi anda kelihatan dan berasa lebih sihat. Mandian badan ini cukup lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang kering dan sensitif, dan ia juga hipoalergenik,  tidak memedihkan mata, tanpa sabun dan tanpa paraben.   


Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*

Terbukti secara klinikal untuk memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit bayi yang kering dan sensitif.

Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream mengandungi Triple Oat Complex dan emolien yang kaya untuk melegakan kulit yang kering dan sensitif. Krim ini yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit yang kering dan sensitif. Rumusan ini cepat menyerap dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak dengan kulit yang sensitif. Ia juga formulasi hipoalergenik dan bebas daripada pewangi.


Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*


Melembut dan meredakan kulit amat kering yang merengsa.

Jenama Aveeno® memanfaatkan daripada kuasa mil oat yang meredakan secara semula jadi dalam mandian badan ultra lembut ini untuk membantu penjagaan kulit bayi anda. Rumusan terbaharu ini menggabungkan ekstrak oat yang melegakan dan Colloidal Oatmeal dengan emolien yang kaya untuk melembutkan dan melegakan kulit yang sangat kering dan merengsa, serta membersihkan secara lembut tanpa merosakkan lapisan kulit bayi anda. Rumusan ini tidak mengandungi pewangi, tanpa sabun, tanpa paraben dan tanpa phthalate.


Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*

Membantu mengurangkan penampilan kulit kemerahan dan kuping, membantu mengembalikan kelembapan kepada lapisan pelindungan kulit.

Dihasilkan bersama pakar dermatologi terkemuka, krim termaju ini telah terbukti secara klinikal dapat melegakan kulit yang sangat kering, gatal dan merengsa. Dirumuskan dengan Triple Oat Complex, krim ini melegakan kulit yang merengsa dan memberikan kelembapan untuk membantu mengukuhkan fungsi lapisan semula jadi kulit serta mencegah keadaan kulit kering daripada berulang. Sesuai untuk kegunaan pada badan dan muka. Krim ini juga tidak mengandungi steroid dan pewangi.


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).



Jom cuba..Aveeno terbaik untuk bayi anda!!!


Rujukan: 

Berdasarkan soal selidik dengan 302 orang ahli pediatrik di AS, Jun 2016
berbanding dengan Colloidal Oatmeal sahaja


33 comments:

  1. dah cuba kak, memang best ! saya pun pakai sama

    ReplyDelete
  2. pernah nampak jenama nie kat drugstore..nanti pergi cari lah

    ReplyDelete
  3. packaging dia lawa2 and nampak exclusive. harga rasanya standard lah gitu untuk good kualiti nye barangan. tadak baby so tak alert sangat product2 baby ni hihi =p

    ReplyDelete
  4. selalu klu yg best bukan bayi je pakai..kita pun pakai skali hehehe

    ReplyDelete
  5. wahh..tak pernah nampak lagi jenama ni..bolehla tambah pilihan ibu bapa diluar sana kan

    ReplyDelete
  6. Baru tau orang dewasa pun boleh guna ya SA. Kak Sue suka packaging dia..

    ReplyDelete
  7. Ok boleh masuk list barang baby next year. Heheheheh mcm menarik gak produk Aveeno ni.

    ReplyDelete
  8. Ana dah cuba yg losyen dia kak. Best. M3mang melembapkan kulit. Yang penting xde bahan kimia.

    ReplyDelete
  9. Dengan kuasa oat, akan melindungi mu..cewah..haha..1st time tgk brand ni benornya..

    ReplyDelete
  10. Menarik produk ni, baru pertama kali nampak... terima kasih SA Sharing info ni

    ReplyDelete
  11. Wahhh...terbaiklah produk ni. Rumusan dari oat je kot.. Kalau leya ni nanti termakan pulak bau oat die yg sedap tu..ekeke.. Thanks kak.. Share ilmu yg bagus ni

    ReplyDelete
  12. alahai. aida ada baby tua aje :) hi hi hi...
    bagus nampak nyer. natural, oat kan.
    bottle / packaging dia sgt cantik nampak nyer.
    sesuai kalau jadi kan gift utk kawan baru bersalin ekk...
    tak semestinya kita yg bersalin baru nak beli aveeno :) ha ha...

    ReplyDelete
  13. Memang suke produk yg mengunakan natural ingredient ni. Nak kene cuba produk Aveeno ni. Thanks for sharing kak

    ReplyDelete
  14. wah bestnya.. ada kebaikan oat

    ReplyDelete
  15. Banyak juga kelebihan Aveeno ni , first time dengar .. tapi qaseh suka tengok packaging-packaging dia , nampak mahal gitu .. mesti wnagi kan

    ReplyDelete
  16. yeah nice to know this products. I only got to know this brand when I read your blog :D

    ReplyDelete
  17. Product baby mmg byk skarang di pasaran.. 1st time dgr products ni.. Berasaskn oat ye.. Mcm2 juga kelebihan products ni.. TQ share info

    ReplyDelete
  18. First time nampak brand aveeno ni. Tapi biasanya kalau produk untuk baby dan kanak kanak memang saya prefer produk yang dibuat dengna bahan semula jadi dan less bahan kimia. Baru rasa selamat

    ReplyDelete
  19. Ayu pernah dengar brand ni. Agak famous jugak tapi tak pernah cuba . Tapi ramuan dari oat tu agak
    Menarik. Kaya khasiat tu

    ReplyDelete
  20. wow, not only adult but it is available for baby too! First time check this kind of product and I would like to have a try if got opportunity.

    ReplyDelete
  21. Suka klau ingredient dlm tu yang selamat digunakan bukan je utk dewasa tapi untuk anak-anak. Yang ni ada oat, 1st time dgr pulak.. bagus jugak ada satu set lengkap untuk baby..

    ReplyDelete
  22. Opah suka produk yang tiada pewangi. Sesuai untuk kegunaan cucu opah yang kulit senstif. Pewangi ni kadang membuat radang kulit, sebab chemical kan.Thanks for sharing.
    Petua Awet Muda Untuk Opah

    ReplyDelete
  23. Sekarang ni ada macam2 pilihan untuk ibu bapa di luar sana. Cuma kena pandai pilih dan pastikan produk2 ni takkan memudaratkan baby saja. Harga pun berpatutan kebanyakannya.

    ReplyDelete
  24. Kulit baby yang sensitif memang susah untuk dijaga. Sesuai sangat lah ada produk semulajadi untuk kulit bayi macam ni. Ibu2 dah tak risau lagi kalau baby ada masalah kulit sensitif lepas ni.

    ReplyDelete
  25. Never heard this brand before. But the ingredients used are all very suitable for infants more so that their skin is more delicate than ours. :)

    ReplyDelete
  26. I've got eczema and I've been using the Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream really helps moisturize and stop the itch
    .

    ReplyDelete
  27. Anak AM pun pakai produk Aveeno Baby nie.. AM suka stail packaging dia. Senang.. just tekan dah keluar isinya.. xperlu nak buka penutup bagai.. letak dlm bilik anak senang.. haaa.. bukan main seronok diaorg membersihkan diri..

    ReplyDelete
  28. Banyak produk yang bagus untuk anak kita kan. Pilih saja yang mendapat review bagus dari pelanggan lepas

    ReplyDelete
  29. Produk yang di buat khusus untuk bayi memang mahal harganya. Tapi kalau berkualiti memang orang akan beli juga

    ReplyDelete
  30. Kanak kanak terutama sekali bayi sangat perlu produk yang sesuai untuk memastikan mereka seihat wal afiat kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah