Thursday, September 20, 2018

Cuti- Cuti Malaysia Melaka Part 5 - Roti Canai Kayu Arang

Hi korang...

Eh..eh...dah sampai part 4 dah kita erk..okay pagi- pagi bangun..lepas mak cuci buah pinggang dan siap2 semua..SA cepat- cepat check out...eh...bukan check out pukul 12 ke..dah kenapa awal sangat kan..8.30am dah check out sebab nak pi sarapan pagi kat Roti Canai Kayu Arang..tempat sarapan viral tu..so kena la pergi awal- awal kalau tak confirm takde tempat duduk..tapi tu la..kalau dah namanya tempat viral..memang penuh la dengan orang walau macam mana awal sekali pun...tapi rezeki gak la sebab SA berdiri kat meja yang dah habis makan dah orangnya...siap dia offer..kak..akak duduk je dulu kak..kitorang nak abih dah ni..lepas tu alhamdulillah dapat duduk dah..sekejapan jer..cuma kena bertabah lah bila order korang lambat sampai..kami memang datang situ semata- mata nak cuba roti canai yang dibakar dengan kayu arang..so hambekkkkk...40 minit tunggu untuk roti canai jer..orang lain makan cepat sebab diorang order Nasi Lemak, Mee Kari dan kuih muih..semua memang cepat la..cuma roti canai kena ikut giliran..SA tak nak mood abah ngan mak rosak so SA order la Satay 30 cucuk..haha...bagi diorang alas perut dulu...then baru la sampai air dan juga roti canai....


Cantik kan rumah ni...


Terpaksa mak berjalan perlahan- lahan nak pergi ke gerai tu..


Pimpin mak...lupa plak buang Bokeh..jadi cenggini gambo...


Yang beratur tu nak amik order nasi lemak, mee kari dan nak bayar..


Pakcik ni tengah goreng telur utk roti canai double apa ntah..


ni la dia Roti Canai Kayu Arang


Terror akak ni masak roti canai


2-3 orang yang masak roti canai


Nampak? punya la ramai orang..semua kuasa viral


Sabar menunggu ye...


Kakak Dania, sikembar


Alamak nampak macam dh bosan menunggu dah tu


Satay daging dan ayam..


Roti canai kayu arang


Okey makanan dah sampai...jom makan..


Dania bergambar depan rumah tadi tu...


Si kembar selamba je..naik tangga rumah ni...sekali kena marah..hahaha...alaaaa..tuan rumah...bukan masuk rumah pun..atas tangga jer...


Itu la kisahnya...sebab tu SA cakap...kalau nak makan kat tempat viral kena la tabah..kena kuat semangat..sebab nak menunggu lama kan..nasib baik la okay pagi tu..kalau abah datang angin dia..dah confirm time tu jugak bangun cari tempat makan lain..abah SA jenis x leh servis lambat ni..dia cepat naik angin..So..SA rekemen ke tak Roti Canai Kayu Arang ni kat korang?SA rekemen kalau korang semua jenis sabar...kesabaran perlu tinggi kalau nak makan kat tempat viral...sebabnya bila sesuatu tempat dah viral pasti akan menerima impact yang maksima..seluruh pelosok manusia datang untuk merasakan kehebatan tempat tu kan..

Next SA nak citer bab A Famosa dan juga naik beca...stay tune...

19 comments:

  1. Kalau pergi tempat viral, memang kena sabar.. Tak boleh pergi dalam keadaan lapar.. Bahaya.. kikiki.. Macam menarik je bila dia bakar roti canai tu guna arang..

    ReplyDelete
  2. Ingatkan kayu arang diletak di roti canai.. haha.. apapun memang nampak sedap :)

    ReplyDelete
  3. eii..kdekutnya tuan rumah tu. org nak bergambr jer bkn nak mncuri..huhu

    Jauhnya nak cuba roti canai dibakr guna arang..:)

    ReplyDelete
  4. Ramainyaa orang Kak. Walau tetiap tahun pergi Melaka tetap tak berkesempatan singgah sini. soon maybe,

    ReplyDelete
  5. teringin jugak nak datang sini sebab dah viral kan hahaha sedap ke tak SA?tapi sebab pregnant ni tak tau la ada mood ke tak nak menunggu lama-lama

    ReplyDelete
  6. Ya Allah nampak sedap sangat tu roti canai arang. Rare!

    ReplyDelete
  7. cantik rumah tu..dri luar la..hehe
    nmpk kemas

    ReplyDelete
  8. tempat kalau viral mmg ramai orang kan...kalau nak pegi mmg kena bertabah lah menunggu

    ReplyDelete
  9. wahhh selamat bercuti kak SA.. happy holidays.have fun.enjoy your holidays okey

    ReplyDelete
  10. Tempat kalau dah viral memang gitu la. Selalu penuh. Kena ada kesabaran. Sedap nampak roti canai tu. Lapar pulak time hujan gini 😋

    ReplyDelete
  11. Cantik SA rumah tu.. tempat viral memang macam tu kan.. memang ramai yang datang. Nak siapkan order pun kena ambik masa..

    ReplyDelete
  12. Perghh ramai giler orang makan kat sini ehh. Hmm tengah plan nak ke melaka nanti ni. :) In Sha Allah.

    ReplyDelete
  13. macam mana dengan roti canai tu, sedap sangat ke :D

    ReplyDelete
  14. aida lom lagi ke sini.
    sebab ramai! tiap kali lalu, ramai saje.

    ReplyDelete
  15. makcik2 pun terer tebar roti canai. kuasa viral haa murah rezeki depa ramai pelanggan mai..

    ReplyDelete
  16. http://www.massagecentreindelhi.in/

    ReplyDelete
  17. Yeay... Memang sedap kan.. Nanti kita repeat sesama dgn team blogger ye..hehe..

    ReplyDelete
  18. Yummy Food, Thanks for sharing...................
    http://www.massageindelhi.in/

    ReplyDelete
  19. #Tepuk.. Gigih SA n family menunggu..
    Kalau my FIL pun sama kena cari point bagi sabarkan dia.. hehehe.. alah.. sama jugak dengan ai, tak suka tunggu lama2. Tu pasal ai tak makan dekat tempat yang ramai orang dek kuasa viral ni.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah