Friday, September 21, 2018

Terima Kasih Abam Grab Car..

Zaman sekarang ni kan..nak cari orang jujur sangat payah kan..tapi dalam tak ada tu sebenarnya ada..entry ni SA nak share tentang kejadian baru- baru ni ketika SA balik dari kerja naik grab car..memang masa tu SA balik kerja lambat dan terpaksa amik grab car..masa tu dah pukul hampir 9 malam masa dapat grab car tu..SA memang sebelum tu ada beli barangan peribadi sikit..masuk jer kereta terus letak kat tempat duduk sebelah kanan..hari hujan dan SA leka dengan handphone SA..

Sampai kat rumah SA terus naik rumah dan tak toleh2 belakang dah..memang SA nak cepat dan dalam kepala fikir nak mandi dan nak makan sebab lapar sangat..dalam 10 minit lepas tu SA dapat call dari grab service, eh apasal erk..mula2 memang x fikir langsung pasal barang tertinggal..then customer service  tu terangkan yang SA tertinggal barang dalam grab car tadi dan pemandunya dah pusing balik dan letakkan barang tersebut sangkut kat pagar rumah..SA memang baru teringat cepat2 ucap terima kasih tapi customer service tu nak tunggu di talian dan nak SA turun tengok dan ambil barang tu...so SA buat jer macam yang dia mintak..dah ambil barang baru dia letakkan talian...




Bagus betul perkhidmatan Grab Service ni...sampai macam tu sekali kan..dan SA tak sangka la walau barang tu cuma barangan biasa macam pencuci muka, berus gigi dan barangan lain tapi pemandu tu sanggup hantar semula..kalau dalam Malaysia ni ramai yang jujur macam ni kan bagus...aman negara kan..

Alhamdulillah..SA dapat semula barangan SA walau tak mahal mana pun..alhamdulillah abam grab car tu jujur dan menjaga pekerjaannya..semoga allh murahkan rezeki beliau...amin....

13 comments:

  1. Alhamdullilah masih ada orang yang jujur kan SA.. semoga murah lagi rezeki beliau lepas nie kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah...tak semua yang berhati baik nak pulangkan brg customer kan SA

    ReplyDelete
  3. terbaiklah abang ni. alhamdulillah Kak SA jumpa yang jujur dan baik cemni. semoga makin murah rezeki dia buat baik kat orang =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, sukar nak insan insan sebegini

    ReplyDelete
  5. bagusnya! orang yang baik mmg wujud tapi susah nak jumpa. alhamdulillah sis jumpa orang yang baik

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Kak SA diberi rezeki bertemu dengan pemandu grab yang sangat jujur.. Semoga Allah murahkan rezeki pemandu grab tu juga.. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. thumbs up utk abg grab tu.. bagus depa ni

    ReplyDelete
  8. masih ada yg jujur...aritu kwn ada tertinggal hp..nasibaik dpt juga

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Beliau tahu keberkatan dlm mencari rezeki. Sbb tu die perlu berlaku jujur terhadap customernya. Semoga abam grab memperoleh rezeki berlipat ganda.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, susah nak cari orang jujur ni.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. kalau dah tertulis rezeki.. ia tetap menjadi milik kita.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah