Friday, September 28, 2018

Prego Buddies, Pasta Kering Berbentuk Menarik Yang Pertama Untuk Kanak- Kanak Oleh Prego

Diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli bagi membantu ibu yang sibuk menyediakan hidangan pasta yang berkhasiat serta menyeronokkan untuk anak-anak dalam hanya 10 minit 



Hi korang!!

Anak- anak korang penggemar Prego? haaaa..anak-anak SA adalah penggemar Prego. Seminggu 2 kali mesti ada menu pasta prego di rumah. Ibu- ibu di luar sana..haa..SA nak bagi tahu ni..kini Prego Malaysia memperkenalkan pasta terbaru yang berbentuk menarik khas untuk anak- anak anda. Paling best pasta ini sangat sesuai untuk anak- anak korang yang tidak menggemari sayur kerana pasta ini diperbuat dari serbuk bayam dan tomato. Menarik kan? Adakala susah nak bagi anak- anak makan sayur. Dengan adanya pasta ini di pasaran amat memudahkan tugas kita sebagai ibu. Prego Buddies semestinya menyihatkan dan memberi vitamin yang diperlukan oleh anak kita. Lepas ni confirm tiada adegan paksaan untuk makan sayur kan....



Prego, pakar hidangan pasta, memperkenalkan Prego Buddies, pasta kering berbentuk menarik keluarannya yang pertama untuk kanak-kanak. Pasta kering yang diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli itu didatangkan dalam beraneka bentuk menarik bertemakan sukan serta angkasa bagi membantu para ibu yang sibuk memikat selera anak-anak mereka dengan hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan. 




Dengan Prego Buddies, ibu yang sibuk boleh menyediakan hidangan yang mengandungi kebaikan sayur-sayuran untuk anak-anak mereka dan yang paling utama, hidangan ini boleh disediakan dalam hanya 10 minit apabila digandingkan dengan mana-mana sos pasta Prego . Para ibu juga boleh memilih sama ada untuk menambah ramuan kegemaran anak-anak mereka seperti ayam atau tuna.



“Kanak-kanak sememangnya menggemari pasta dan dengan Prego Buddies, kami membantu para ibu menjadikan masa makan anak-anak mereka lebih mudah, menyelerakan dan menyeronokkan,” kata Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara, Michelle Nunis.

“Dengan Prego Buddies, hidangan pasta yang lengkap untuk anak-anak boleh disediakan dalam hanya beberapa minit. Oleh itu, ia menjadi pilihan hidangan terbaik yang boleh disediakan oleh para ibu sama ada untuk dinikmati semasa waktu rehat di sekolah, sebagai hidangan rehat selepas waktu sekolah, atau sebagai hidangan tengah hari atau malam yang mudah lagi sedap di rumah.”



Dania ketika event Prego baru- baru ini, Dania masak sendiri pasta Prego Buddies tau....


Prego Buddies air tangan Dania....


Prego Buddies didatangkan dalam dua bentuk berbeza iaitu bentuk bertemakan sukan dan angkasa. Ianya sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Prego Buddies boleh didapati di dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM2.35. Ia boleh didapati di bahagian pasta kering di semua pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Dapatkan beraneka pilihan resipi yang enak serta mudah disediakan di www.pregobuddies.com dan ikuti kami di laman Facebook dan Instagram rasmi kami (@pregomalaysia).

13 comments:

  1. wah ada prego buddies utk kanak2 lah....nak beli lah...mesti bdk2 ni suka makan

    ReplyDelete
  2. Anak2 saya suka sos prego hat cheese n herbs

    ReplyDelete
  3. Baru-baru nie ke tunas manja ada nampak prego nie..ingat nak ambik satu...boleh pulak terlupa nak pusing balik...

    ReplyDelete
  4. Anak-anak Kak Sue pun suka pasta prego.. sos pun prego..

    ReplyDelete
  5. buat masa ini tak jumpa lagi di pasaraya, kot habis tak tau la pergi pun dah lewat

    ReplyDelete
  6. Kalau beli ini mesti anak sha suka.. terbaiklah prego..

    ReplyDelete
  7. wah, menariknya..nti leh cuba gak

    ReplyDelete
  8. wow! banyaknya stok prego tu. rezeki dapat makan pasta selalu pasni.

    ReplyDelete
  9. Wahhh dah ada prego buddies sekarang, sesuai lah untuk anak anak ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah