Sunday, March 10, 2019

Tutorial Bergambar Masak Lemak Cili Api Cendawan Tiram

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Tiram

Hi korang..seperti yang aku janjikan semalam..aku ada buat tutorial bergambar masak lemak cili api cendawan tiram..sedap ke? Cendawan..apa aje yang tak sedap..semua sedap kot..kalau dapat cendawan busut atau cendawan tahun pun best...

So tanpa lengah lagi puan2 meh ikut hakak sinsing lengan masak kat dapur meh..


Bahan-bahan utama..kunyit hidup,ciliapi dan serai..tumbuk hancur kunyit dan cili api


Petua : nak bagi cili hancur dengan biji2 dia campurkan garam kasar semasa menumbuk..cepat hancur


Cendawan tiram..aku beli sekilo..RM15


Satukan semua bahan sekali santan dalam periuk..


Biarkan menggelegak..dikacau selalu agar tidak bertahi minyak..


Masukkan cendawan tiram..masak sampai kuah agak pekat..perasakan garam dan tutup api..sedia dihidang...


Tadaaaa...dh siap....
Nak bagi lagi sedap korang goreng garing ikan masin gelama yang jenis belah tu....gu kan dengan lauk ni...memang x sedar makan bertambah...

Selamat mencuba ye....

34 comments:

  1. thanks along share resepi... simple & for sure sedap!!!

    ReplyDelete
  2. biasa mkn cendawan goreng..tk pernh lg mkn cendawan masak lemak..sedap tu kalo ada ikan masin kn

    ReplyDelete
  3. subhanaAllah..ni kalau hidang kat PC..jawabnya PC makan cendawannya je..hahahahaha..orang lain makan kuah...maafkan saya.. :)

    ReplyDelete
  4. wahhh.. sedap nih.. minta semangkuk.. hehehe

    ReplyDelete
  5. kak su.. kena belanja ni.. masak lemak cili api..

    ReplyDelete
  6. Tengok dah terliur AS..
    Lama akak tak masak cendawan tiram ni..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya SA.. feveret akak gak nie cendawan tiram..

    ReplyDelete
  8. ohkayyy terliur dah ni. today makan cendawan jugak. buat sayur sup

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan, macam sedap je sis... kena cuba ni...

    ReplyDelete
  10. akak bt mmg tak boh bwg pth n bwg merah ek.... dana pnh tgk kwn org nogori msk lemak cili api mmg tak boh bwg2 tp dia msk mmg pekat likat

    dana suke bt kari cendawan tiram kak... nnti akak try pulak bt kari... sedap jgk

    ReplyDelete
  11. ada orang beritahu rasa cendawan macam isi ayam

    ReplyDelete
  12. sedap ni.
    letak udang.
    wow! terangkat ler...

    ReplyDelete
  13. jarang masak cendawan. Kalau masak pun campur dalam sup sayur je. Menarik resepi ni, boleh try nanti

    ReplyDelete
  14. Jarang buat sup cendawan ni mcm ni. Sebelum ni selalu buat sup cendawan yg susu pekat tu je. Btw, boleh try ni . Thank youu so much!

    ReplyDelete
  15. wah boleh bookmark entry yang ni nak masak nanti boleh tengok :p

    ReplyDelete
  16. sedapnay nampak kak. selalu cendawan ni dekat ruman ni guna masa masak sup je sebab semua boleh makan.

    ReplyDelete
  17. biasa cendawan tiram buat sup je,xpernah tahu sedap masak lemak cili api..

    ReplyDelete
  18. tk pernh mkn cendawan menu masak lemak camni

    ReplyDelete
  19. Alahai.. makan dengan nasi panas ni, Peeerrgh!!

    ReplyDelete
  20. Oo..boleh cuba ni. Simple je biasanya cendawan tu goreng je

    ReplyDelete
  21. Kecur air liur tengok. Heheh. Lepas ni boleh lah try buat masak lemak pulak, Nani selalu buat gulai tempoyak tak pun goreng celup tepung tu aje.

    ReplyDelete
  22. Kita baru nak belajar masak ni sbb nak kahwin, senang ada resipi akak ni! Boleh try, check yg lain juga mcm mengancam je tengok gambar makanan!

    ReplyDelete
  23. Nampak sedap.. selalu guna cendawan kukur je.. tak pernah lagi guna cendawan tiram..

    ReplyDelete
  24. nampak menyelerakan..nyum3

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah