Thursday, August 1, 2019

Tips Merawat Batuk Tanpa Ubat...

Hi Korang...

Sekarang kan musim buah...rambutan, manggis, langsat, durian,pulasan dan macam- macam lagi kan...bila dah musim buah ni akan terjadilah musim batuk pula...memang seksa kalau dah dapat batuk kan..nak menjalani rutin kehidupan pun rasa tak tenang apatah lagi nak tidur...kat bawah ni SA ada senaraikan tips mengurangkan atau merawat batuk tanpa sebarang ubat. Mana tahu kalau boleh membantu kan...



Selain daripada pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini :

1) Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mecairkan kahak.

2) Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih.

3) Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok.

4) Elakkan dari persekitaran yang berhabuk dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama.

5) Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat.

6) Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

#HealthDrZubaidi

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

14 comments:

  1. No. 6 tu part yang paling tak boleh saya buat. Kalau amik wudhu' pun kan digalakkan buat macam ni...tp memang saya tak boleh. Seriau je rasa.

    ReplyDelete
  2. good sharing. Betul sgt..sejak2 dah meningkat usia ni, batuk lambat tul baik..kadang2 tu dah abis ubat dah pun tak baik2. tinggal nak telan botol ubat je...

    ReplyDelete
  3. ooo...patutla batuk saya dah baik ni... banyak minum air masak la puncanya

    ReplyDelete
  4. btul2.. makanan kene jaga.. minum air byk2.. tp memang derita kalau kene gatal tekak nie..

    ReplyDelete
  5. nice sharing. Ida pun kalau batul suka banyakkan minum air dan bat sup ayam..garlic lebih.jarang nak telan ubat

    ReplyDelete
  6. tips yg bagus SA, ada antara mmg dana selalu amalkan time2 batuk nih... tp tulah bila baik je batuk terus cari air sejuk huhuhu

    ReplyDelete
  7. Mak nieyl makan banyak buah oren :)

    ReplyDelete
  8. tringat kena batuk lama aritu...xpernh2 batuk truk...smp menyucuk2 perut...mcm2 petua cuba...hrp tk dpt lg la batuk lama mcm aritu

    ReplyDelete
  9. Kebetulan tengah batuk ni haaa, baru je dapat semalam masa naik bas dr Jb ke Paka, sebab dalam bas semalam ramai yang batuk-batuk SA..tau-tau hrni Sis plak jangkit..

    ReplyDelete
  10. betul tu sis amanda..no 6 paling bagus...ambik wudhu pun kita buat cmtu..cuma sebab sunat jrg2 diamalkan..sebenarnya dri segi sains mmg bgus sgt

    ReplyDelete
  11. Aida ada skit lg batuk ni.
    Aduhai :(
    Maybe sebab ofis air-cond,SA.
    Camne lah nak ngelak hu hu...

    ReplyDelete
  12. Good sharing, Kak SA. Nombor 1 tu memang saya selalu amalkan.

    ReplyDelete
  13. sy pun batuk2.. kena byak minum air suam..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah