Tuesday, December 3, 2019

Jatuh Hatiku Di San Francisco Steakhouse....

Hi korang....

Macam mana la lemak kat badan ni nak mencair erk...kenapa la lately ni asyik dihidangkan dengan makanan sedap- sedap ni...kenapa...kenapa....SA lemah betul nak tolak kalau makan Steak...Nak plak dari Steakhouse terkenal ni ha...bukan la SA nak menunjuk makan mahal atau makan sedap-sedap kat tempat mewah- mewah...tapi kalau dah orang belanja kita tunggu apa lagi...makan aje la kan...kali ni SA nak bawak korang tengok apa yang SA makan kat San Francisco Steakhouse ni...sebenarnya gambar curi- curi je snap..segan la kan kat kawan..nampak sangat kurang sopan..so..manners kena jaga..kalau kawan korang tu jenis minat sama macam korang takpe la jugak...so..untuk kenangan SA simpan kenangan kat sini la...



fried mushroom serve with sour cream..recommended!!!


Nachos apa ntah nama dia..


Lamb Rack...melting in your mouth...


Strip Steak kawan SA..


sempat snap menu


Ni gambar kat menu tau..kalau x salah T-Bone steak ni..


Kat sini depa guna sos chili Lingham's..sedap...


Makan steak lawannya air yang masam- masam..SA pilih Fresh Orange


SA makan kat KLCC so korang faham la erk kenapa SA tak amik gambar secara full dan lengkap kan..makan time lunch..memang la ramai orang...tapi kawan SA dah booked siap- siap so tak yah nak risau la..just terus je ke restaurant..makanan sedap..steak sedap...rib sedap dan paling sedap tu ha..Fried mushroom...memang the best la..cendawan butang besar-besar tu depa goreng deep fried dan cicah plak dengan sour cream...pehhhhh.....nachos tu pun sedap gak..full la perut makan...sebenarnya kami ada 4 orang..macam yang SA cakap tu segan nak amik semua gambar kan..so mana yang ada je la...snap pun time depa leka berborak dan gelak2...

Sekali lagi SA jatuh hati...bukan jatuh hati pada orang tapi jatuh hati pada makanan...haih...dah hujung tahun ni memang kerjanya makan...makan..dan makan jer la...macam mana nak ok berat badan ni kan..dah la dah terlebih 6kg ni...SA kena maintain 53kg...takpe la..minggu ni workout la semula..eh...amenda nak workout..SA kena pi Melaka kenduri kazen..kena pi Muar kenduri adik ipar..lepas tu lepak rumah adik lelaki SA plak...ayoooooo....aktiviti makan gak lagi....habis la...habis laa...bila nyer nak diet ni.....

18 comments:

  1. lapar la plak..pernh gk mkn sini masa opis area dkt ngan klcc

    ReplyDelete
  2. Uish.. cendawan butang buat goreng.. menarik tu..

    ReplyDelete
  3. Diet tu apa SA haha... Bulan December nk kalau diet rugi, banyak kenduri kahwin :D

    ReplyDelete
  4. Aduhh semua nampak sedap kak.. Nak nak yang bercheese tu

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Memang habislah diet macam ni.

    ReplyDelete
  6. mengoda betul menu dia ni especially aku ni mmg antu daging. sedap2

    ReplyDelete
  7. Lamb Rack tu mengancam habis, aik guna sos lingam yer hehe :)

    ReplyDelete
  8. Sesedap rasa
    mengancam betul kambing tu

    ReplyDelete
  9. lapar lah pula tengok post ini......mmmm





    Salam kenalan dari saya, oohsenyum.com.

    Saya dah follow blog ini.

    Nak tanya awak ini, kalau berminat tak

    tukar link blog dengan saya (bloglist) insy

    Allah akan bertambah trafik di blog awak.

    Kalau awak sudi beritahu ye. Email ke

    blogohsenyum@gmail.com atau comment kat

    mana-mana blog saya

    https://www.oohsenyum.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you...done follow..ok jom exchange link..i letak link blog u kat sidebar under blog wajib singgah...

      Delete
  10. Mak ai..steak lagi! Hahahah! Kejam betul entri ni!

    ReplyDelete
  11. sedap aihhh..walaupun tengok gambar... steak kot..hehe

    ReplyDelete
  12. Nengok cendawan goreng tu pun dh terliur, ni kan pulak steaknya... semua mengiurkan, lamb rack tu mengancam betul

    ReplyDelete
  13. ammi tak pernah makan kat sini.
    tapi kalau nak cairkan lemak...lepas makan SA masuk dlm oven. (lariiiiiii)

    ReplyDelete
  14. Woww...sedapnyaaa
    Tula...kalau minat sama takpe...ni suami mama yan, asal ambik gambar makanan je dia dah jeling...hahaha

    ReplyDelete
  15. Alahai... Kenapalah menu dia sedap-sedap ni kak.. Keciwa perut tengok ni.. Hehehe... Lapar terus tengok makanan sedap-sedap.

    ReplyDelete
  16. Sedapnyaa kak SA! Tetiba rasa nak makan steak pulak lepas baca ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah