Tuesday, December 31, 2019

Lunch Terakhir Di Tahun 2019, Cibiuk Seremban Gateaway

Hi korang...

Lepas selesai daftar form 4 kat sekolah Dania tadi SA balik rumah..terus suruh Mak ngan Abah siap...nak bawak makan kat luar..malas nak masak..mula2 call adik ipar tanya kat mana makan sedap kat bandar Seremban. Kalau boleh nak lauk2 simple. Adik ipar pun bagi tau la kedai biasa dia pi..sampai situ parking takde. then call adik plak...dia suruh pi Ampangan tengok apa yg ada..hari dh l panas kan..erm mak cakap nak makan kat Cibiuk la...maknanya apa? haaaa maknanya selera dia nak makan kat Cibiuk lagi sekali...SA call adik sekali lgi bagi tau x jadi pi Ampangan...nak pi Cibiuk..eh..eh..dia nak join plak...amboiiii...pusing balik pi jemput dia dulu...


Sampai-sampai je terus order...tunggu pun x lama


tengok tu....ni maksudnya memang Mak suka makan kat sini..SA mmg ikutkan aje asalkan mak nak makan...dan ternyata dia makan agak banyak dari biasa


Ayam Bakakak Bakar


Sambal Udang Petei (petai)


Udang goreng crispy


Ikan Talapia goreng


Sup ekor fav abah


Nasi sedap  diorang


Untuk Set 6 orang ni SA dikenakan RM161.95 termasuk service charge. Alhamdulillah kami kenyang sampai ke malam..sampai sekarang ha time update entry ni SA kenyang lagi..betul2 sedap makan..yang penting pada SA bukan harga tau...tapi Mak berselera makan. Badan mak dah lemah..nak jalan pun kena berpimpin. Kalau korang pun sure risau kan...semalam SA bawak Mak pi klinik. Doktor kami pun terkejut tengok mak pucat dan agak lemah nak berjalan. So lama gak Doc bagi nasihat kat mak suruh makan kerap tak boleh ikutkan selera sangat. Takut nanti masalah lain plak..dah la 13hb nanti nak pi IJN untuk next check up kan...Lega gak la hati ni sebab agak banyak jugak la mak makan td...semoga mak terus berselera...ni malam ni dh siap makan dh..dia mintak lauk telur goreng je...nak alas perut sebab nak makan ubat..

10 comments:

  1. lauk2 dia dia memang menggoda selera..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sedap2 makanannya.
    Dah kenyang boleh tahan sampai tahun hadapan.

    ReplyDelete
  3. Dah beberapa kali ni Kak SA promote Cibiuk. Tak boleh jadi ni, nak kena terjah juga rasa..

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar orang cakap makanan di Cibiuk sedap tapi tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  5. Makanan sunda mcm cibiuk ni mmg sedap especially nasi dia. Kalau makan nasi padang pun i suka nasik diorang.. tak tau lah beras apa diorang pakai. Bak kata SA, kenyang sampai malam sedap dia. Untuk Mak, semoga cepat sembuh ya.. harap mak kuat utk tahun baru ni. Dengar nasihat doc tau :)

    ReplyDelete
  6. mak bila tak sihat...satu family rasa mcm lumpuh kan

    ReplyDelete
  7. ayam bakar dia nampak sedap weiiii..

    ReplyDelete
  8. adik ipar dgn mak mertua saya suka cibiuk ni

    ReplyDelete
  9. sedapnye menu makanan yang dioder, terliur tengok udang crispy dengan udang petai tu hah

    ReplyDelete
  10. Seronok bila tengok mak berselera makan kan kak.. Sha doakan semoga mak dan ayah akak sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah