Monday, December 23, 2019

Bosannya Bila Takde Idea Nak Update Blog

Hi korang...

Dah pukul 12 tengahari kan..SA kat opis ni tengah sendu dan tengah diserang batu yang maha hebat..dari malam tadi sebenarnya sebab tu SA tak layan GV6 Final semalam.Telan ubat batuk terus weng..pukul 10 SA dah masuk tido dan pengsan tak sedar diri dah...hari ni bangun tido masih lagi weng tapi memandangkan cuti dah habis dah yillek kosong, makanya jom la ber huhuhu kita pi opis erk..kenalah kerja..sedangkan boss yang sepatutnya cuti hari ni tapi cancel cuti dan masuk kerja..inikan pula SA yang cuti dah habis dan tinggal MC je masih banyak..dah hujung tahun ni dah malas nak MC walau hakikatnya patut kena MC je..

So..SA sedikit takde mood nak up entry, tapi tak nak biarkan blog ni sepi tak berupdate..tak fair la kat korang kan...dah la SA ni tak aktif dunia blogging dah..dah tak pi event..domain renew setiap tahun..tapi malas update..haaa..sedikit tak patut kat situ kan...untuk itu...SA up jugak la entry untuk korang...tapi as usual la kan...entry berkenaan menu yang SA masak la...itu je bahan yang ada dalam draft...

Sabtu lepas SA masak lauk ikut permintaan mak yang tengah tak sedap tekak...


Kerang masak lemak cili api ( mak mintak masak macam ni)


Sotong goreng tepung permintaan dania


Sayur sawi goreng..( sawi petik je kat depan rumah)


Ikan masin bulu ayam SA goreng 5 ekor je untuk tambah selera


Ulam timun Jepun tapi SA buang kulit dia..


Pemanis mulut buah Dragon fruit merah...

Sebenarnya petang sabtu tu SA pi jogging ngan Dania...itu pun sebenarnya SA malas nak pi joging...tapi dania kuat ajak sebab berat badan dia dah naik dan dah hampir sama ngan berat badan SA..58kg..hahahha...duduk rumah kerjanya makan..makan..dan makan jer...nak buat cane lagi kan...nanti bukak sekolah kena la aktif bersukan semula. So lepas pergi jogging tu SA siapkan bahan nak buat mee sup fav mak SA...risau sebenarnya dia tak selera nak makan..badan pun dah tak kuat macam sebelum ni..jalan sikit dia dah mengah...macam mana nak kuat badan kan kalau dah hari- hari makan ubat entah berapa puluh biji...tekak pahit..selera hilang..puas tanya dia nak makan apa dan apa yang dia teringin nak makan..jadi susah jugak SA dan abah SA..kami jadi buntu tak tau nak masak apa..dalam masa sama risau juga..maunya tak risau..kadang dia makan 2-3 suap je..banyak mana la makanan masuk dalam perut kan...kalau korang jadi SA pun sure korang risau...

19 comments:

  1. Dalam tak ada idea siap dah satu entri dah haa.. Kak Sue doakan semoga Mak SA lebih sihat lepas nie ya..

    ReplyDelete
  2. Agaknya sebab tekak tak sedap, makanan yang disukai pun jadi kurang nak makan. Semoga mak Kak SA lebih sihat selepas ini ye.

    ReplyDelete
  3. bestnya..sawi fresh from the kebun..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah takde idea pun Blog Kak SA ni.. Hehe... Sentiasa uptodate taw.. LeYa pun kadang ada sepi.. Tabik spring la ngan akak yang hebat ni

    ReplyDelete
  5. sedapnya...sama la takde idea nak update blog ni. mencuba yg terbaik nk terus berblog ni

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh dan terus diberikan kesihatan yang baik, Kak SA.

    ReplyDelete
  7. Rajin SA, sentiass memikat menu... perasaan lps jogging atau bt senaman bdn jd segar kan

    ReplyDelete
  8. as usual mmg berselera je tengok lauk2 yg u selalu post kat blog.
    For mak, semoga cepat sembuh & diringakan segala penat lelah sakit ya.. InshaAllah

    ReplyDelete
  9. sedap2 menu kat atas tu kak..blh bertambah nasi klu makan dgn nasi panas2..:)

    ReplyDelete
  10. Mudah2an dah sembuh batuknya.
    Suka makan kerang, tapi sekarang kerang dah boleh tahan mahalnya.

    ReplyDelete
  11. Tuhlah kak. Kadang bila idea takde tuh yang buat bosan. Saya kalau takde idean nak update blog bw je kak. Nanti idea dah ada cepat cepat update blog

    ReplyDelete
  12. Xpernh mkn kerang masak lemak.. Lpr plak tgk

    ReplyDelete
  13. sotong goreng tepung tu puas hati kalau buat kat rumah. kalau kat kedai berapa ketul je yg dapatkan.

    ReplyDelete
  14. sedapnya menu2 SA. Kerang tu paling favourite. betul SA, kalau saya pun risau mak tak ada selera nak makan. tapi rasanya efek makan ubat yg hari2 wajib kena ambil tu. Hopefully mak SA kembali sihat & berselera makan.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya kerang tu...berapa sekilo...

    ReplyDelete
  16. Saya dah sebulan batuk kak. Gatal tekak.. Antibiotics sampai 2 minggu makan. Hrp. Terus. Baik

    ReplyDelete
  17. sedapnyaa laukk pauk.. lapar pulok

    ReplyDelete
  18. kalau tak sihat mood pun turut tak sihat. nak tak nak kena juga update kan.
    err..baru tahu nama ikan masin bulu ayam tu haa

    ReplyDelete
  19. bestnya sawi petik aje depan rumah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah