Monday, December 2, 2019

Sarapan Pagi Ala- Ala Kampung Di Seri Menanti

Hi korang...

Sejuk je mata memandang bila pagi- pagi dah sampai kat area kampung..cerita sarapan semalam bawak mak abah dan dania. lama tak sarapan kat area ni..3 minggu lepas perasan padi dah makin membesar..cantik jer pemandangan. Tapi tu la kedai tu ramai dan penuh orang..nasib tak tunggu lama..sarapan pulak makanan dan masakan kampung serta kuih muih tradisi melayu.Sesekali ubah selera kan...kebetulan takde kemana- mana semalam..as long as mak abah happy dah la...lepas sarapan tu kami terus ke Pekan Ahad Tanjong Ipoh. Pergi pasar tani dan cari sayur kampung kat situ...lama dah tak pergi pasar tani kat sini...




Kedai makan betul-betul sebelah sawah padi..


 Subur menghijau jer padi kan..


Kuih serimuka  dan kuih lopes fav abah


Bihun Singapore Anak dara


Nasi lemak kampung style mak punya...SA makan mee goreng..tapi x amik gambar..hahaha






Kebetulan ada plak yang jual Nanas madu MD2. SA tanya abah..nak ke..kalau nak along beli...terus dia kata nak dan SA beli 2 pek...kang beli sebiji takut tak habis plak kan...Sedap buahnya..manis..dan takde plak rasa lidas kat lidah..kalau makan nanas selalunya lidah jadi lidas atau macam luka kan...tapi dengan nanas MD2 memang takde kena macam tu...2 pek SA beli RM10. Kalau beli sebiji buahnya RM15..tapi tu la takut tak habis..abah tu bukan boleh makan sangat benda- benda masam ni..kang dia sakit perut...

Next entry SA citer bab SA pi Pekan Ahad Tanjung Ipoh ye...ke pasar tani kita.....



13 comments:

  1. bestnya sarapan di tepi sawah menghijau... mengiurkan nengok nanas md2 tuh... dahla manis lepas tu makan banyak pun tak lidas... beli siap kopek kulit 2 pek rm10 kira murah tu SA

    ReplyDelete
  2. ada tgk ni kat fb SA.
    nyaman ekk rasa...
    saujana mata memandang.
    dah lama aida x jejak ke seri menanti ni.

    ReplyDelete
  3. sambil sarapan tgk view sawah padi yg menghijau

    ReplyDelete
  4. nenas MD2 memang dipercayai. manis tak tipu..hehe

    ReplyDelete
  5. haaa lagi best yang ni.. breakfast tepi bendang. Mesti sedap je kena angin kampung pagi2 sambil sarapan.

    ReplyDelete
  6. Sesekali breakfast dekat kawasan macam ni rasa tenang je. Madu nanas tu sedap plak kalailu dapat makan

    ReplyDelete
  7. Nampak tenang je suasana di tepi sawah. Makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  8. kuih faveret abah SA tu samalah mcm kuih fav ammi jugak. pendek kata apa2 yg berpulut tu mmg ammi ON aje.

    ReplyDelete
  9. bestnya suasana kampung gini...da lama tak balik kampung ni..huhuhu

    ReplyDelete
  10. kueh lopez dan seri muka tu my feberet hihiih

    ReplyDelete
  11. Adoi.. Bestnya makan dengan mengadap suasana sawah yang menghijau..

    ReplyDelete
  12. Seronoknyaa breakfast dengan view macam ni. Tenang aje

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah