Sunday, December 29, 2019

Perihal Manusia...Sabar La..Dunia Ini Memang Tidak Pernah Adil

Manusia,
Dia nampak kamu masuk lambat,
Tapi dia tak nampak kamu balik lambat.

Manusia,
Dia nampak masa kamu berehat,
Tapi dia tak nampak masa kamu buat kerja macam esok dunia kiamat.

Manusia,
Dia marah kamu apabila kamu buat salah,
Tapi dia tak puji kamu apabila kamu cemerlang.

Manusia,
Dia sayang kamu masa kamu diperlukan,
Tapi dia tak pedulikan kamu apabila dia dah ada pengganti.

Manusia,
Dia diam senyum dalam hati apabila organisasi cemerlang ,
Tapi dia merungut kepada kamu apabila prestasi merudum.

Manusia,
Dia bergembira dengan keluarganya apabila banyak cuti,
Tapi dia berkongsi duka dengan kita apabila tugasan bertimpa-timpa.

Manusia, dia tetap Manusia.
Kita, tetap kita.
Bekerjalah untuk diri kamu, bukan untuk orang lain.
Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu.
Jangan dikejar kerja yang tak pernah habis.
Kamu diperlukan hanya apabila kamu ada kekuatan.
Apabila kekuatan kamu hilang, manusia tak perlukan kamu, TAPI keluargamu masih perlukan kamu.

Bekerjalah pada masa kerja kamu,
Bergembiralah dengan keluarga pada masa kamu dengan keluarga.
Hal kerja dengan hal keluarga,
Jangan  dicampuradukkan.

#salintampal

9 comments:

  1. Biasalah kak.. Ada je manusia yang suka cari dan nampak salah orang. Sabar jelah

    ReplyDelete
  2. Betul tu,kak. Kerja takkan pernah habis.

    ReplyDelete
  3. Kerana kita manusia punya Tuhan. InshaAllah semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah Taala 😊

    ReplyDelete
  4. betul tu SA, kerja semampu dan seadanya, jangan terlalu melebih-lebih, bila kita sakit bukan kerja yang bantu kita tapi keluarga yang sentiasa ada di sisi kita

    ReplyDelete
  5. manusia manusia...memang gitu la kan...

    konklusinya, kita buat aje kerja kita...biar lah orang lain fikir apa, asalkan kita dan Allah tahu apa yang kita buat...

    ReplyDelete
  6. macam2 ragam manusia. Kadang bila fikir balik, dunia ni kalau tak ada undang2 mau huru hara agaknya..

    ReplyDelete
  7. yup.. itu yang sha buat.. kerja ikut time je.. tak ada nak buang masa untuk kerja yang tak akan habis..

    ReplyDelete
  8. hashtag itu mahal...salin tampal...haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah