Thursday, December 5, 2019

Bersiaran Dari Kuala Klawang Jelebu...

Semoga Ada Rezekimu Duhai Anak

Hi korang.

SA cuti hari hi...menemankan anak dara ambil ujian UKKM di MRSM Kuala Klawang Jelebu..mencemar duli masuk ke kawasan Kak Long kawasan Izarra Qistina kita..hahaha...first time sampai area ni..Mak Abah SA selalu la masuk area ni sebab mak dialysis kat Hospital Jelebu sebelun ni..gigih la pagi tadi bangun kul 5.30 pagi..mak dialysis awal dan kami gerak pukul 7.30 pagi dari dari ..allah..takde la jauh mana..dalam 1/2 jam je dah sampai kat MRSM..daftar dan keluar semula pergi cari tempat sarapan...dah sarapan apa semua pergi balik MRSM dan masa tu dah ramai dah yang datang..ramai gak kawan-kawan dia yang SA kenal dapat ambil ujian ni...semoga ada ada rezeki kalian semua untuk masuk MRSM..sama-sama kita doakan buat semua kan...




Sebagai seorang ibu of course la SA nak yang terbaik buat Dania dan rakan-rakan dia.. insha'Allah andai ada semangat dan keinginan anak-anak ini untuk pergi jauh insha'Allah jalan kejayaan terbentang luas di depan mata..hanya perlu usaha dan terus usaha untuk capai peluang keemasan ini kan..kalau lulus exam kita x tau MRSM mana yang diorang dapat. Ada rezeki alhamdulillah..kalau tidak berpihak pada mereka pun tak apa asalkan dah cuba sedaya upaya dan ambil pengalaman yang ada kan..bukan senang nak dapat peluang macam ni...SA memang cakap pada Dania...Grab the opportunity..bukan senang nak dapat..yang penting semangat tu..dah tentu kita nak berjaya dan terus ke menara gading kan...

Eh takde gambar Dania? dia tak bagi letak..so SA letak apa yang ada je la yang sempat SA snap untuk kenangan dalam blog ni..kenangan yang pasti manis untuk di abadikan...

All the best kakak Dania...mama love you so much...

14 comments:

  1. All the best Dania...ibunya yang lebih berdebar ye tak SA?

    ReplyDelete
  2. teringat dulu2, dapat jugak tawaran masuk mrsm ni, tapi tolak sebab masa tu da beli semua buku untuk sekolah biasa...tapi dulu2 takde ujian macam sekarang ni kan..sekarang semua sekolah khas ni ada interview atau ujian...dah semakin ramai student bijak pandai...

    ReplyDelete
  3. moga di permudahkan buat Dania...

    ReplyDelete
  4. Zaman sekolah mana yang offer elok grab je.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Good luck Dania..

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya Dania. Apapun keputusan terima dengan redha ye coz u've tried your level best.

    ReplyDelete
  7. saya doakan semoga dania sukses dan dapat menempatkan diri di MRSM nanti ^_^

    ReplyDelete
  8. All the best buat Dania..
    Semoga dipermudahkan dan ada rezeki Dania..

    ReplyDelete
  9. All the best Dania cantik.. ❤

    ReplyDelete
  10. All the best Dania. Semoga ada rezeki masuk sekolah situ.

    ReplyDelete
  11. Semoga ada rezeki untuk Dania masuk MRSM.

    ReplyDelete
  12. Semoga ada peluang kakak Dania sambung belajar kat sini. Aaminn

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah