Tuesday, December 10, 2019

Majlis Perkahwinan Sepupu Di Serkam, Melaka.

Hi korang...

Sabtu lepas SA sekeluarga ke Serkam Melaka meraikan Majlis walimatulurus adik sepupu sebelah abah SA. Kali ni majlis menyambut menantu kerana kedua- dua pengantin adik beradik ni dah pun nikah bulan 10 kalau tak salah..kami tak pergi pun masa majlis nikah tu. Majlis diadakan kali ni secara sederhana sahaja kerana mereka baru sahaja kehilangan Ibu. Agak sebak SA sampai kat sini masa SA salam dan peluk Pak Teh..tak tau kenapa perasaan sebak tu sampai sehingga mengalirkan airmata..maybe sebab Pak Teh cakap..Mak Teh ko dah takde..Pak Teh kena buat semua..masa arwah Mak Teh meninggal memang kami tak dapat ziarah dan mak abah jer pergi..sebab tu kot SA rasa sebak sangat sampai menangis..kesian tengok Pak Teh kepenatan uruskan majlis anak dia..sekali 2 orang plak anak dia naik pelamin...


Banner 


Anak dara SA, Mak dan Maksu yang pangku Tiara..SA notice alas meja tu sama kaler ngan baju SA..aduhai..sabar je la..


SA dengan sikembar Adeliya & Aressa


Dengan Ibu diorang Lisa


Pengantin pun nak berarak dah..


Adibah pakai baju hijau ke kelabu ntah..kakak kepada Ibrahim..yang baju purple tu wife Ibrahim 


Pengantin perempuan berarak menuju ke pasangan masing- masing


Cantik kedua- dua pengantin..tak sangka Adibah cantik betul sebab lama tak jumpa..


Ibarahim memang sebijik ikut muka Pak Teh


Sikembar dengan ayah dan adik diorang Aidan, dan anak dara SA


SA berkenan dengan baju yang Adibah pakai tu...husband dia pun ensem..



Adat dan kebiasaan sambutan pengantin..mesti ada kompang dan pencak silat..


Tak panas ke kaki ko dik oiii...




Datin SA dengan anak dara, celah pokok pisang pun boleh...SA dah berjinak2 pakai selendang ke majlis kahwin atau kenduri2 lain..mana tau nanti bertudung sepenuhnya..korang doakan tau..


Tak tau baju tu kaler kelabu ke hijau..nampak macam hijau bila in real tau...cantik sangat


I Love purple!!








Pasukan kompang..

Lepas je diorang masuk ke pelamin dalam rumah, SA dan yang lain- lain gerak ke majlis satu lagi kat Muar...haaa ada 2 majlis sebenarnya sabtu tu..satu lagi kat rumah Makcik adik ipar SA...Sepupu diorang kahwin plak..dari Serkam ke Muar tak jauh mana pun rupanya..sekejapan je dah sampai dah..sempat la sebelum SA balik tu jumpa sedara mara yang lain..lepas salam-salam tanya khabar terus gerak..cuma adik SA yang bongsu je tak gerak lagi sebab tunggu kazen yang tailor tu bawak baju yang dia tempah...siap2 bagi location wedding seterusnya dan tunggu dia kat sana je nanti...SA kan..ada dulang hantaran banyak kat rumah..ada dalam belas2 kot..adik beradik semua dah kahwin, tak tau dah mana nak letak dulang hantaran tu semua..cadang nak jual je kat sesapa nak..tapi kena self pick up la..ada plak cakap simpan la nanti anak- anak nak kahwin..eh...mmg tak la..tahun2 akan datang x tau la plak macam mana pesen dulang hantaran kan..ntah lagi canggih ke apa...SA dalam proses nak reduce kan barang- barang x guna kat rumah SA..rimas dah banyak sangat barang...by end of this year nak kena make sure benda- benda x guna boleh buang or boleh jual....kan?

10 comments:

  1. Cuti sekolah ni memang ramai buat Majlis Perkahwinan, cantik-cantik persalinan pengantin sekarang! design moden tapi masih kekalkan songket suka tengok...

    ReplyDelete
  2. Cantiklah warna hijau ke kelabu tu...
    nieyl pun sama juga kak, tgh reduce barang dkt umah tu...

    ReplyDelete
  3. cantik kedua-dua pengantin, siap orang bersilat tu pakai baju cantik lagi... menarik betul

    ReplyDelete
  4. pengantin berkembar :)
    last 2 weekends, aida ke serkam, wedding juga.
    walaupun dok melaka, jarang sgt ke serkam sana tu, SA.
    jauh hi hi hi :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah tahniah untuk pengantin baru. dan juga untuk SA. semoga dipermudahkan urusan, aamiin :)

    ReplyDelete
  6. Seklaindua majlis pergi. Betul betul kenyang kan. Serkam dengan Muar memang tak jauh mana pun kan.

    ReplyDelete
  7. aduhaii boleh tersama dengan alas meja dan tema khemah/pengantin purple pulak ye. meriah majlis ada silat² ni

    ReplyDelete
  8. suka betul ammi tgk muka Dania...manis je

    ReplyDelete
  9. Double meriah dengan dua pengantin.. Baju purple tu cantik sangat..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah