Saturday, July 16, 2022

Resepi Sotong Bakar Bersambal...

Assalamualaikum....

Tengah SA scroll FB sekali nampak resepi ni...bahan dan cara masak pun senang je nak buat ..

SA share kat sini untuk rujukan SA dan kawan-kawan semua...akhir entry SA letak kredit ye...

Next nanti SA nak cuba resepi ni...tunggu dh betul2 elok batuk nanti baru bleh buat...kalau x nanti lagi teruk batuk kan...seafood kan buat tekak gatal...



 

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL😋😋😋


Bahan-bahannya

Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.

10 tangkai lada kering - dikisar

4 ulas bawang kecil

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

4 biji buah keras

1 btg serai

2 sudu besar sos tiram

air asam jawa -secukupnya

garam dan gula

Sedikit minyak masak


Cara2:

1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)

2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)

3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.

4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak

5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.

6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.


Kredit Resepi: Dzanariah

Kredit FB Inspirasi Resepi


10 comments:

  1. Sedapnya dapat makan sotong fresh!

    ReplyDelete
  2. Wow...warna sotong bakar tu mengancam..Sambal cicah pun terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  3. uishh sedap tu kak..tgk gambar pun dah terliur..:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak.. nanti nak try buat la

    ReplyDelete
  5. Aduh kak. Bikin kecur air liur tgk haa.

    ReplyDelete
  6. nyummm. da sihat nanti bolehlah buat. saya datang bawak pinggan

    ReplyDelete
  7. aww...seksi sotong tu, nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  8. Daring betul dia punya warna. Ni kalau saya buat, harus lah tak menjadi. 😅

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah