Tuesday, June 21, 2016

Resepi Ikan Patin Masak Lemak Cili Api


Hi korang...

Hari ni terpanggil nak share resepi Ikan Patin Masak Lemak Cili Api...kali ni bukan masak lemak semata tapi siap campur dengan asam limau kasturi....sedap..ni resepi yang mak aku selalu buat dan kami semua suka sangat...alhamdulillah kali ni dapat ikan patin yang agak besar dan tak hanyir..takde bau lumpur pun..selalunya ikan patin sedap masak asam tempoyak atau singgang atau masak asam pedas kan..kita tukar plak masak lemak...

Jom tengok resepi


RESEPI IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI API

  1. Beberapa keping ikan patin ( dicuci bersih dengan asam jawa)
  2. Cili api * di tumbuk
  3. Sejengkal kunyit hidup *
  4. Santan sebiji kelapa
  5. 8 Biji limau kasturi * ambil airnya

Cara - cara masak

  1. masukkan ikan dalam kuali, 
  2. masukkan cili dan kunyit yang telah ditumbuk
  3. biarkan kecut dengan api perlahan...
  4. dah kering air ikan terus masukkan santan
  5. tambah sedikit air...
  6. kacau sentiasa untuk elakkan bertahi minyak
  7. dah menggelegak masukkan jus  limau kasturi
  8. perasakan garam dan biarkan sampai ikan masak
  9. tutup api dan sedia dihidang

Simple kan?

Selamat Mencuba



10 comments:

  1. Tak pernah makan Ikan Patin masak lemak, baru cuba-cuba makan Patin masa tempoyak jer

    ReplyDelete
  2. first time tgk ikan patin masak lomak cili api..selalu tempoyak ngan asam..hehehe..tp mcm sodap je tuhhh..adehhh..

    ReplyDelete
  3. simpel dan nampak sedap boleh tiru ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedap la pulaaaa.. Perghhhh! Selalu makan ikan patin masak lomak tempoyak je

    ReplyDelete
  5. Sedapnya patin masak lemak cili api.. Biasa makan masak lemak tempoyak.. Yang ni belum pernah cuba lagi.. Tapi nampak sedap tu.. Glup!
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  6. Orang N9 tak lari dengan cili apinye yer...lagi podeh lagi best!!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah