Friday, June 24, 2016

Resepi Udang Goreng Kicap Suriaamanda

Asyik makan udang je aku ni kan...sebenarnya ni menu ntah puasa ke berapa ntah...senang je nak buat..nama pun menu bujang...tapi nak bagi sedap lauk Ni korang Jangan buang kulit udang..buang muncung tajam kat kepala tu je..jangan buang kepala tau...kalau korang nak tau dari kulit dan kepala udang tu la manis udang tu datang.

Jom tgok Resepi..


Resepi Udang Goreng Kicap


  1.  Udang size besar 10-15 ekor
  2.  2 labu Bawang Holland potong memanjang
  3. Bawang Putih ngan merah di hiris halus
  4. Sos tiram 2 sudu besar
  5. Sos cili 2 sudu besar
  6. Sos tomato 1 sudu besar
  7. Kicap Tamin
  8. Halia dihiris
  9. Cili api di racik ikut Tahan pedas byk Mana
  10. Jagung muda 
  11. Capsicum Hijau dan merah
  12. Daun Bawang
Cara-cara masak

  1. Udang di goreng Separuh masak Angkat Dan toskan Minyak
  2. Tumis Bawang Putih, Bawang merah kecik Dan Halia sampai Naik bau
  3. Masukkan sos tiram,tomato Dan sos cili
  4. Masukkan cili api Dan capsicum
  5. Masukkan Jagung muda Dan Bawang Holland
  6. Masukkan udang 
  7. Tuang kicap tamin ikut banyak yg Kita nak
  8. Masukkan daun Bawang
  9. Siap Dan boleh dihidang..

Selamat mencuba ye...




6 comments:

  1. Hai laaa...
    Sedapnya nmpk udang2 time gini kak oi

    ReplyDelete
  2. yes ..udang dgn kepala dan kulit2 sekali pcl bedal.. rugi mampuih..haha fav. tau !

    ReplyDelete
  3. Tak pernah masak udang masak kicap ni, selalu family request masak sambal je...
    boleh try.. next time

    ReplyDelete
  4. Mesti berselera makan dengan lauk macam ni.

    ReplyDelete
  5. Sedapkak...saya pun kepala.tu bedal je hehehe

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik. Tak pernah lagi buat udang goreng kicap.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah