Saturday, June 25, 2016

Menu Berbuka Ramadhan 19

Hai korang..
Sekejapan jer dah tinggal 10 hari terakhir ramadhan kan..sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas..rutin aku selain pergi kerja..berulang ke hospital tengok mak...dari awal mak operation sampai la sekarang, tak pernah gagal sehari pun pergi hospital.sampai tak sedar pun masa berlalu...tau- tau dah nak raya. Raya pun tak tau dapat balik rumah ke tak..kalau tak memang beraya kat hospital la nampaknya..dugaan kami tahun 2016 ni kan...tak apa la asalkan mak sihat..

Sepanjang berulang alik hospital ni kami bawak bekal untuk berbuka...terima kasih pada adik aku mommy si qhaira bertungkus lumus masak..sama- sama la kita tempuh dugaan ni ye...doa banyak- banyak supaya mak boleh keluar ward...

Jom tengok menu yang sempat dia masak..


Ikan bilis goreng tempoyak...siap tapau sikit bawak balik rumah sewa..konon nak makan untuk sahur...last2 tak bangun pun...ada tersimpan dalam fridge...


Ayam Bakar


Ikan Kembung Goreng Berlada


Bihun Goreng

Sana sini buat persiapan hari raya kan...
Aku tak buat apa pun persiapan...takde rasa nak beraya pun...baju raya pun beli untuk anak je..ada sepasang untuk diri sendiri...tinggal kasut raya Dania je lagi belum beli...raya tahun ni sederhana ajer la..harap saudara mara faham keadaan kami...bukan lah susah cuma mak tak sihat..so tak elok beraya sakan kalau mak tak sihat kan....Kuih raya pun tak dan nak buat...nak beli pun takde semangat..apa yang ada jer la nanti...itupun kalau boleh balik rumah...itupun kalau ada rezeki beraya...

Berharap sangat mak dapat keluar ward sebelum raya...mengharapkan keajaiban allah...semoga allah sembuhkan mak....amin...

2 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah