Thursday, June 2, 2016

Kenali Jenis-Jenis Sihir


Hi korang...masyarakat kita sinonim dengan sihir..bermacam- macam sihir wujud rupanya..
Manusia disihir boleh jadi kerana pelbagai sebab.

Ini antara jenis sihir yang agak banyak berlaku di malaysia. Ada banyak lagi, tapi tak larat nak cerita semua.

Jika merasakan diri anda ada simptom-simptom terkena sihir, bersegeralah melakukan rawatan.


Credit sumber dari FB


1. Sihir Penceraian

Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri.

Antara simptom-simptomnya
- Sering bergaduh atas isu kecil
- Panas baran tanpa sebab
- Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
- Tidak boleh duduk berdua
- Sering prasangka buruk
- Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
-bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh


2. Sihir Penghalang Nikah

Biasanya lebih kerap berlaku daripada 'ain daripada sihir.

Kesannya:
- Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
- tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
- Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
- Beberapa kali putus tunang secara mendadak



3. Sihir Pendarahan

Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun

Simptomnya:
- Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
- Darah yang keluar tidak normal

Boleh juga jadi:
- Haidh tidak kunjung2 tiba walaupun berbulan-bulan


4. Sihir Pemisah

Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan

Boleh jadi sebuah kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner.

Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.

Kesan:
- Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
- Tidak boleh berbincang dengan elok


5. Sihir Penyakit


Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.

Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
- Muntah darah
- batuk berterusan
- Ulcer
- Kanser
- Jantung


6. Sihir Mahabbah

Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain

Tanda-tandanya:
- Terlalu obses dengna lelaki / wanita tersebut
- Selalu terbayang-bayang
- Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga


7. Sihir Gila


Sihir untuk membuatkan seseorang gila

Dengan membuatkan orang tersebut:
- Terbayang-bayang benda yang tidak wujud
- Sering mendengar bisikan-bisikan
- Sering merasai dirinya dibenci semua
- Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
- Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia


8. Sihir Bisikan

Sering mendengar bisikan-biskan ghaib.


9. Sihir Mandul

Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak.

Sekiranya mengandung juga, sering gugur


10. Sihir ikatan


Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan / blockage

Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan


Macam- macam jenis sihir kan..aa satu lagi Santau..uish..itu tak leh bayang kalau kena..ada Santau Angin, Santau Tuju,Santau Langkah, Santau Makan Minum, Santau Puja dan banyak lagi

Macam - macam kan...mintak dijauhkannla dari perkara sihir atau santau Ni dalam kehidupan Kita..

Nauzubillah..

9 comments:

  1. mcm2 jenis sihir ye kak... menakutkan betul
    mintak dijauhkan la kita dr kene segala apa sihir pun

    ReplyDelete
  2. Huhu.. semoga kita dlm lindungan Allah..

    ReplyDelete
  3. tau beberapa jenis sihir jer.. tak sangka ada lagi banyak rupanya..

    ReplyDelete
  4. seramnya la..banyak rupanya sihir ni

    ReplyDelete
  5. macam2 ada, orang tetap buat walaupun tahu ini syirik

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah