Tuesday, June 14, 2016

Duit Raya Terpijak Ni!!!

Salam Hormat..

Saya Puan Hamidah, dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit dibahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya. Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan mendorong anda membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $2.1 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2012

Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris. Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan
bantuan anda.

Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS. Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ii akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda balas email ini melalui mail peribadi saya (hamidah_yahaya@yahoo.com).

Yang Ikhlas,

Puan Hamidah

* macam-macam percubaan Puan Hamidah ye..baik betul hati tu ha...ni kali ke berapa ratus ntah dia email aku tapi aku takkan tertipu la..Dah banyak spam email macam ni dan dh ramai mangsa disebabkan email macam Ni...takpe la Puan Hamidah..Saya Tak perlukan kekayaan...saya selesa sederhana macam ni...

Napak sgt guna Google translate

18 comments:

  1. aku pun biasa dapat nok email mcm ni...mmg tak layan...kadang bukan hamidah je, rozana la, abu syeikh la...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Baru nak minta sikit duit raya dengan SA...hehehe.

    ReplyDelete
  3. Takpelah, kalau ada duit banyak nanti kena isytihar harta pulak.. eemm..

    ReplyDelete
  4. Banyak tu SA duit raya terpijak US$2.1 juta hahaha..
    Berhenti kerja lah ye SA..
    Kalau dapat duit banyak macam tu..
    Baik sungguh puan hamidah hahaha..

    ReplyDelete
  5. pernah jgk dapat few times. macam macam nama semua takde waris. haiyoo

    ReplyDelete
  6. penah gk dpt email dr pn hamidah nih... pastu sama je isinya kan...
    yg tak tahan email jabatan pun penah dpt email sulit dr pn hamidah... ish3... dasat

    ReplyDelete
  7. US 2.1 juta dollar sama tak dengan RM2.6 billion? hihi

    ReplyDelete
  8. bestnya kalau dapatkan..baik sangat hati Pn Hamidah ni

    ReplyDelete
  9. Pakcik kayo kalau ia benar malangnya tidak. :(

    ReplyDelete
  10. Kaknoor pernah jugak dpt email mcm ni tpi nama lain dh tk ingt nama sbb tk berminat,biarlah tk kaya asalkan jgn tertipu ye dak

    ReplyDelete
  11. Jd jutawan segera ni kak kalau dapat. Kekekek... Baik hati betol Pn Hamidah ni yek! =P Hmmm berlambak emel spam. Tah apa2 je kan kak...

    ReplyDelete
  12. banyak kali juga dapat emel camni, biasa saya abaikan je

    ReplyDelete
  13. Pernah dapat jugak email camni. Tapi tak layan pun.

    ReplyDelete
  14. JUtawan terpijakkkk, ekekekeke.
    Pandai dah depa guna nama Melayu plak nak scam kita, ish ish.

    ReplyDelete
  15. Kalu betul macamana SA? hihi.....
    Tulah kan zaman sekarang ni macam macam cara orang nak menipu. Nak dapat duit senang...Senang tak senang jugaklah kena hantar email kat ramai orang haha

    ReplyDelete
  16. mcm2 cara diorang buat untuk menipu ish2..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah