Sunday, July 30, 2017

Tentang Kuasa Sedekah

Hi korang,

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Kalau dulu SA jarang sekali bersedekah. Pernah dilanda susah..duit yg ada cukup2 sampai waktu nak dpt gaji, anak nak beli barang pun SA susah nak adakah...tapi bila SA mulakan bersedekah kepada orang-orang susah..peminta sedekah, burung2 merpati yang datang singgah mencari makanan, kucing malah anjing sekalipun..alhamdulillah rezeki sentiasa ada..tak pernah putus..baru SA faham..the power of sedekah...nak pulak SA sedang bisnes makanan..ada je tempahan..ada aje order..ya allah adakala terharu..alhamdulillah..tak dapat rezeki blogging yang kencang allah bagi rezeki jalan yang lain....syukur alhamdulillah...semoga rezeki SA bertambah dalam membesarkan anak...Amin...

16 comments:

  1. SEDEKAH merupakan salah satu amalan yang dapat berlipat ganda pahalanya. Sesuai dengan firman Allah Swt. bahwa Allah akan membalas sedekah kita dengan berlipat ganda.

    ReplyDelete
  2. Setuju...skrg kat Kedah jarang jumpa pengemis macam kat Shah Alam dulu, sedekah dengan kucing2 jelah hidup saya ni, hihi.

    ReplyDelete
  3. Sedekah salah satu sunnah Baginda Nabi. Tak pernah ada org yg papa kedana sebab sedekah sekadarnga. Banyak kebaikan dan ganjaran akan diperolehi dengan bersedekah ni kan kak.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak...
    moga ianya menjadi amalan kita sepanjang hayat..Amin..

    ReplyDelete
  5. Bila kita tidak berkira utk sedekah, pasti rezeki kita melimpah ruah. Harap amalan sedekah berkekalan hingga akhir nyawa

    ReplyDelete
  6. memang bagus sangat amalan bersedekah ni As
    bila dah tau tentang kuasa sedekah ni macam hari2 kita nak sedekah

    disini kaknoor letakkan resepi sambal kicap yg As minta dulu sorry lambat ya
    kaknoor hanya blend cilipadi secukupnya bersama dengan bawang putih dua tiga biji, lepas tu campur dengan kicap manis, As masak sekejab atas api sampai dah mendidih tutup dan boleh lah di hidangkan dengan soto atau nasi goreng atau nasi ayam..

    ReplyDelete
  7. Nampak simple je sedekah ni tapi disebaliknya banyak manfaatnya

    ReplyDelete
  8. Kena rajin-rajin sedekah banyak hikmahnya..

    ReplyDelete
  9. Besar sangat kuasa sedekah ni. Makin kita memberi, makin banyak yang Allah akan bagi. InshaAllah ;)

    ReplyDelete
  10. sedekah lah walau 10 sen.. inshaAllh DIA akan balas dengan berganda.. amin..

    ReplyDelete
  11. Good sharing. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki yg masuk.

    ReplyDelete
  12. Good sharing. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki yg masuk.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah