Monday, December 18, 2017

Pentingnya Daftar Hak Intelek Anda Di MyIPO

Hi korang,

Kita semua sedia maklum tentang kegiatan plagiat, ciplak atau cetak rompak memang sangat- sangat berleluasa di negara kita. Ada je filem baru atau apa sahaja benda baru memang tak lama kemudian akan banyak terjual salinan cetak rompak dan peliknya ramai memilih kualiti yang murah dari yang original. Pelbagai kempen dan kesedaran telah galak diadakan tapi ianya tidak cukup berhasil...Apa lagi yang perlu di buat untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat?. Kita sendiri boleh nampak di sekeliling kita terlalu banyak jenama tiruan yang rancak di jual kan....eksploitasi dari mereka yang tidak bertanggungjawab kini makin berleluasa...

Hari ini SA nak bercerita dengan korang tentang betapa pentingnya mendaftar hak harta intelek, cap dagangan, perniagaan, jenama, musik dan macam- macam lagi. Kenapa penting? Penting agar hak kita tidak diciplak oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab. Contoh nya sekarang dah banyak orang cuba menciplak atau meniru nama produk untuk keuntungan peribadi kan? tak kiralah ianya jenama atau nama barangan.Oleh itu kesedaran tentang pentingnya mendaftar harta intelek dengan MyIPO perlu diperluaskan. Pernah terjadi pada kawan SA sendiri semasa dia  belajar di Politeknik dan dia serta team telah mencipta makanan berasaskan lobak  iaitu carrot flakes untuk projek tahun akhir, akibat tidak dipatenkan ciptaan mereka ada company lain dah ambil idea tersebut untuk  produk mereka serta menjana keuntungan sendiri. Satu kerugian di situ kan?



Apa Itu MyIPO?


Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ialah sebuah perbadanan yang bertanggungjawab untuk membangun dan menguruskan sistem harta intelek di Malaysia.Ia telah diperbadankan pada 3 Mac 2003 oleh Perdana Menteri Malaysia. Tujuan perbadanan ini adalah mewujudkan satu badan berkanun yang dikawal selia oleh sebuah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menguruskan permohonan pendaftaran seterusnya menyelia beberapa akta perlindungan bagi semua komponen harta intelek. MyIPO dianggotai oleh 8 anggota perbadanan yang berkuasa bagi membuat sebarang keputusan tertinggi dengan seorang ketua pengarah yang mempunyai kuasa eksekutif dengan bantuan dua timbalan ketua pengarah operasi dan harta intelek oleh menteri.

Visi Dan Misi MyIPO


Visi MyIPO
Menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik

Misi MyIPO adalah untuk Menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.


Fungsi dan Perkhidmatan


Fungsi
  1. Memantau pelaksanaan segala perkara serta undang-undang berkaitan harta intelek ditadbir dan dikuatkuasakandengan berkesan;
  2. Memberikan perkhidmatan pengurusan, memungut dan menguatkuasakan bayaran fi atau apa-apa caj yang diperuntukkan di bawah perundangan harta intelek; 
  3. Mengawalselia dan bertindak sebagai penasihat dalam apa-apa isu atau perkara berkaitan perundangan harta intelek;
  4. Memberi nasihat dalam semakan semula dan mengemaskini perundangan harta intelek;
  5. Menggalak dan mempertingkatkan latihan serta penyebaran maklumat berkaitan harta intelek; 
  6. Menjalin hubungan kerjasama dalam dan luar negara;
  7. Menjaga kepentingan negara dalam apa-apa perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang Malaysia menjadi ahli;
  8. Memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan tentang isu semasa harta intelek serta perkara berkaitan di peringkat antarabangsa; dan
  9. Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan harta intelek.

Perkhidmatan

  1. Pendaftaran paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan petunjuk geografi;
  2. Sistem Pendaftaran Pemberitahuan Sukarela Hakcipta
  3. Khidmat nasihat berkenaan harta intelek;
  4. Maklumat dan statistik mengenai harta intelek;
  5. Program latihan; 
  6. Peperiksaan ejen paten; 
  7. Kempen kesedaran harta intelek;
  8. Perkhidmatan dalam talian (carian, pemfailan, semakan status permohonan dan pewartaan harta intelek); dan 
  9. Helpdesk.


gambar sumber google


Apa itu PATEN?

Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.

SEJARAH MyIPO

Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Hakcipta 1987.

Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.

Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikansebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.

Pada 3 Mac 2003 ia dikenali dengan akronim PHIM dan ditukar kepada MyIPO pada 25 April 2005 agar lebih komersil dan bertaraf antarabangsa.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Abdullah Ahmad Badawi sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2005 yang merupakan sambutan hari harta intelek yang pertama di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Ketua Pengarah MyIPO yang pertama ialah Encik Ismail Jusoh yang menjawat jawatan tersebut dari 3 Mac 2003 hinggalah 3 Mei 2005. Jawatan tersebut kemudian diambil alih oleh Tn. Hj. Shuib Md. Yusop (Datuk) sehingga Oktober 2007 dan kemudian sehingga kini dijawat oleh Encik Kamel Mohamad

gambar sumber google

Akta-Akta Berkaitan Harta Intelek di Malaysia

Antara akta-akta untuk melindungi harta intelek di Malaysia:
  1. Akta Paten 1983
  2. Akta Cap Dagangan 1976
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  5. Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  6. Akta Petunjuk Geografi 2000


Daftar Hak Cipta Anda

Sebaiknya apa sahaja hak anda yang terhasil dari idea anda sendiri dan tak nak di guna pakai oleh orang lain..elok di daftarkan atau boleh  dipatenkan. Hargai setiap idea anda supaya tiada pihak yang mengisytiharkan itu hak cipta mereka. Kempen kesedaran tentang MyIpo ini perlu diperluaskan terutama di sebarkan pada generasi muda, golongan pelajar dan penduduk kawasan setempat.Sebab apa? sebab tahap kesedaran masyarakat tentang pentingnya daftar hak cipta ini sangat rendah. Ye la bukan semua masyarakat ada barang dagangan, perniagaan dan harta intelek kan? So pada SA kempen ini perlu diperluaskan lagi baik melalui karnival, media cetak mahupun media elektronik. Kalau masalah ini makin berleluasa, pendapatan individu pasti terjejas.Bayangkan apa pula nasib pengusaha terutamanya peniaga tempatan di kawasan terpencil yang tidak tahu menahu bahawa produk mereka telah ditiru.

Korang yang ada hak cipta sendiri..jom daftar sekarang....

Maklumat lanjut mengenai MyIPO

Website : http://www.myipo.gov.my/
Facebook :https://www.facebook.com/ipmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/myipo
Twitter: https://twitter.com/myipo


#MyIPO #MyIPO15 #Trademark #CopyRight #Patent 
#Industrial Design #IntellectualProperty #IP 
#HartaIntelek #HakCipta

41 comments:

  1. Untuk mengelakkan hak cipta diciplak lebih baik ianya didaftarkan awal-awal. Apa-apa senang dikemudiankan hari. Tapi itulah kesian dekat penguasa kecil-kecilan tu kalau kesedaran berkaitan perkara ini tidak dihebahkan..

    ReplyDelete
  2. Bagus ada myipo nih boleh protect hak cipta herta intelek

    ReplyDelete
  3. Seandainya aja ada buat hak cipta artikel. soalnya banyak sekali yang copas artikel blog ku. Sudah pusing mau digimanain. Mana tak cantumin sumber lagi. Buat murka saja mereka :(

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang ni memang banyak plagarism dan copy. copy ori katanya.. kadang2 orang dah perah otak dan kreativiti, senang je orang lain curi idea dan dapat nama dan duit dari tu..

    tu la penting ada hak intelek ni..

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang org nak senang tiru je la. Sekarang dah ada Myipo ni boleh la daftar utk elakkan org lain tiru barang kita.

    ReplyDelete
  6. baru tau pasal myipo ni, bagus jugak wujudkan benda ni takdaklah orang nak copy apa kita buat ikut suka ja kan?

    ReplyDelete

  7. Ciptaan usaha sendiri perlukan banyak pengorbanan untuk berjaya sampai ke tahap hasilkan produk. Memang patut dilindungi hak tersebut. Bersyukur ada MyIPO

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. Para usahawan kena celik tentang hak mereka. Kebanyakan terlepas pandang dan akibatnya kreativiti mereka di ciplak secara terbuka.

    ReplyDelete
  9. kalau buat bisnes ni perkara pertama kena ambik tahu. kalau org tiru..memang rugi besar nt

    ReplyDelete
  10. Memang betul kena peka dengan hak cipta ni sebab terkadang kita nak guna nama tu tup-tup ada orang juga yang guna nama sama. Kalau kita daftar dulu untung lah

    ReplyDelete
  11. baru tahu MyIPO tu apa..thanks for sharing this info

    ReplyDelete
  12. zaman teknologi skrg ...main rembat je hak cipta orang lain...dah ada MyIPO ni memang sgt bagus la ..

    ReplyDelete
  13. Bella memang tak minat kalau tonton CD cetak rompak. Sakit hati. Baguslah ada MyIPO ni supaya kita tak rugi di kemudian hari. Nanti senang2 je orang lain claim dia punya produk atau idea kan.Akhirnya, orang yg ada paten yang menang.

    ReplyDelete
  14. bagus MyIPO ni.. adanya myipo terjamin produk di malaysia kita tak ada yang diciplak orang tidak bertanggungjawab nanti.. terima kasih pengkongsian ni

    ReplyDelete
  15. I didn't know about this, this was a good read thanks for the detailed article.

    ReplyDelete
  16. Dulu dekat company lama, kami selalu je berhadapan dengan isu seperti ini.. Lagi satu, nak hasilkan sesuatu tanpa menciplak idea orang lain, memang sesuatu yang sukar

    ReplyDelete
  17. Bagus adanya panduan dan rujukan Myipo ini... agar perkara yang keliru dapat dijelaskan.

    ReplyDelete
  18. Bgus utk bisnes yg melibatkan design2 ni...
    Mmg da jatuh kategori wajib utk daftar myipo ni.kan

    ReplyDelete
  19. baru tahu jugak ni..thanks info nya SA

    ReplyDelete
  20. mana yang ada rasa produk sendiri tu baiklah patenkan cepat2, kang orang dah guna lepas produk kita laku nanti tak dapat dah patenkan

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  21. Terima kasih perkongsian ini SA, masyarakat biasanya keliru- tidak semua perkara boleh dipatenkan dan tidak semua jenama layak memperoleh pendaftaran. Harta intelek terbahagi kepada beberapa kategori dan perlu selidiki kategori yang sesuai untuk produk.
    Pemilik harta intelek perlu menguatkuasakan hak yang telah diberi dengan mengambil tindakan penguatkuasaan seperti membuat laporan kepada KPDNKK dan tindakan mahkamah. Kes yang terkini yang menyedihkan adalah kes susu tepung tiruan tu. Kesan kepada anak-anak adalah buruk, orang yang tidak bertanggungjawab ini senang sahaja menunggang jenama orang ternama.

    ReplyDelete
  22. good to see malaysia start to have the awareness on IP.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  23. Baru Kak Sue tau apa MyIPO nie dah baca kat sini.. Kak Sue pun nak ajak Abang Man buat untuk produk kami nanti..

    ReplyDelete
  24. Penting daftar myipo ni bagu org bisnes. Zaman sekarang banyak kaki ciplak kan. Neelofar pun ada benda ni tak silap.

    ReplyDelete
  25. artikel menarik. tq for the info sis

    ReplyDelete
  26. menarik info ni. bagus sekarang ada agensi yang dapat melindungi pengguna dalam harta intelek

    ReplyDelete
  27. Memang semua orang kena daftar harta intelek diorang sebelum dicuri oleh orang lain. Susah payah perah idea senang2 orang lain ambil keuntungan

    ReplyDelete
  28. betul tu hope dapat kawal segala yang salah guna hakcipta nie yang paing tak best mencuri lagi lepas tu tak mengaku huhuhhu

    ReplyDelete
  29. Is a good platform to protect our copyright. I found this is useful information.

    ReplyDelete
  30. Good sharing..zaman makin Moden semakin malas manusia Nak bekerja. Suka sangat menciplak hak org lain atau idea org lain.

    ReplyDelete
  31. Bagus untuk lindungi copyright. Kena wawarkan kepada semua peniaga la mcama ni. Baru depa sedar.

    ReplyDelete
  32. Good Sharing, zaman semua nak senang tanpa kira hak orang bagus ada Myipo

    ReplyDelete
  33. Sbb pasal intelek ni.. ingt dulu de penjual tudung kata 1 syarkt tudung besar ambik rekaan dia.. sbb xde dftar.. kes menang pd syarikat tu..

    ReplyDelete
  34. Punye brand harus register die punye name, biar tak diambek orang laen.

    ReplyDelete
  35. Penting ni untuk founder produk dan yang seumpama. Zaman sekarang ni orang senang-senang cilok dan jual imitations macam tu saja.

    ReplyDelete
  36. bagus ek SA, memang wajib kita patternkan reka cipta kita ni... kecian gak kat kawan SA tuh ekk

    ReplyDelete
  37. isu hak cipta ni memang dah lama dan kesedaran masyarakat masih rendah. Perkongsian yang baik dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  38. bagus kempen macam ni.. tak ramai yang sedar kepentingannya

    ReplyDelete
  39. Kesian pada kawan SA tu.. :(

    ReplyDelete
  40. Betul. mmg penting semua ni sebab kalau tak sewenang wenangnya org boleh ambik. kesian dekat kwn SA em

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah