Saturday, January 13, 2018

Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah Dengan WD-40®!

Sesuatu yang merah dan mengujakan akan tiba tidak lama lagi...bolehkah anda cuba menekanya? Ya, ia Tahun Baru Cina 2018!

Sudahkah anda membuat sebarang persiapan? Adakah anda serius untuk memastikan kediaman anda cukup bersedia menyambut kedatangan tahun baru yang lebih sejahtera?

Sebelum anda memulakannya, pastikan anda mempunyai pembantu yang berguna berada di tangan anda bagi membantu anda mengatasi kerja pembersihan yang berat! Siapakah pembantu berguna itu?



Baiklah, ini adalah antara asas-asas yang perlu anda ada di dalam senarai semak anda:

1)WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna),
2) 3-In-OneProfessional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin), dan
3) WD-40® SpecialistTMFast Acting Degreaser  (Pembersih Gris)
4) Kain Pembersih/ kain.

Berikut adalah cara terpantas yang boleh dilakukan untuk anda:

1)WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna): Hebat untuk menggilap permukaan krom dan memulihkan kesinaran permukaan keluli tahan karat. Adakah karpet anda terdapat gula-gula getah? Dengan produk ini, anda hanya perlu sembur di atasnya, gosok sedikit dan ia akan hilang! Terdapat kesan krayon di dinding? Hanya sembur  dan lap dengan kain yang bersih. Dan jangan biarkan pintu yang lama hilang seri, hanya sembur dan ia akan lebih baik.



2) 3-In-OneProfessional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin): Seperti nama produk ini sendiri, ia adalah pembersih penghawa dingin yang bagus. Adalah penting untuk memastikan penghawa dingin berfungi dalam keadaan yang terbaik ketika Tahun Baru Cina yang biasanya agak panas berbanding cuaca biasa. Oleh itu, alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis, dan semburkan produk pada sirip penyejuk secara menegak dari kiri ke kanan bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan. Biarkan sirip penyejuk selama beberapa minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!


3) WD-40® SpecialistTMFast Acting Degreaser(Pembersih Gris): Ini adalah satu  penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran minyak makanan, minyak, lemak, kotoran sabun dan jelaga dengan cepat tanpa meninggalkan SEBARANG kesan! Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan dan bilas dengan air. Buihnya berkuasa dengan berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Ia cukup menakjubkan apabila kesannya boleh dilihat dalam tempoh singkat!



4) Kain Pembersih/ kain: Benar, hanya padankan dengan mana-mana produk di atas. Air dan sabun adalah pilihan.

Adakah anda benar-benar memerlukan pakar apabila anda mempunyai Produk Pelbagai Guna WD-40®? Sudah tentu. WD-40® Specialist ™ dirumuskan untuk tugas-tugas tertentu, manakala Produk Pelbagai Guna WD-40® membantu anda menyelesaikan pelbagai pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan kedua-duanya, anda sentiasa bersedia untuk apa-apa sahaja.



Jadi, adakah anda bersedia untuk merapikan rumah? Pasangkan muzik dan nikmatinya semasa anda berada di dalamnya!

WD-40® mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga diberi kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua!

Untuk maklumat lanjut tentang barisan produk WD-40® yang boleh memenuhi keperluan anda, sila melayari, http://wd40.asia.

7 comments:

  1. Wahh boleh cuba ni. Lagi mudah kerja

    ReplyDelete
  2. buat kita kaum yg sentiasa mengemas rumah ni mmg seronok kalau ada yg memudahkan kerja kan

    ReplyDelete
  3. Salam owner blog Suria Amanda. Mohon update Blog List puan dengan blog saya. Saya dah masukkan blog Suria Amanda kat blog list Rahsia Melancong.

    ReplyDelete
  4. Semua produk brand ni nampak best sgt..

    ReplyDelete
  5. Oh! banyak jenis rupanya. Mummy selalu pakai yg no 3 je.. Pakai kat kunci rumah kalau selalu kena hujan. berkarat kan.. so pakai tu senang sikit.. eheh yg no 1 syok..mummy nak carilah nanti..

    ReplyDelete
  6. Wah.. suka produk macam nie.. membantu sangat..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah