Monday, January 15, 2018

Resepi Ikan Sardin Fresh Goreng Berlada

Hi korang..

Semalam SA sempat pi pasar besar Seremban...saje la nak tukar selera asyik makan ayam kan..so beli daging kambing skit untuk jamu adik beradik balik...sambil2 tu nak beli la ikan laut..asyik makan ikan darat je muak plak...aduhai...ikan pun mahal..takde yang murah pun..ada pun ikan sardin fresh la RM8 sekilo..besar2 gemuk-gemuk ikannya amik la 4 ekor..itupun RM19..takpe la buat stok la kan..SA sempat la buat goreng berlada untuk bekal hari ni....jom tengok resepi...



Resepi Ikan Sardin Fresh Goreng Berlada

Bahan- Bahan

1. Seekor ikan sardin fresh ( potong 4)
2. Cili api 20 biji
3. Bawang putih 4 ulas
4. Bawang merah kecil 6 ulas
5. 1 sudu sos tiram
6.minyak untuk menggoreng

Bahan 2-4 tumbuk halus

Cara memasak

1. Ikan di gaul serbuk kunyit dan goreng garing..dh masak ketepikan..
2. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan untuk menumis..
3.Tumis bahan 2-4 sampai naik bau
4. masukkan sos tiram ( tak perlu garam sebab sos tiram dah masin)
5. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi
6. Gaul mesra
7. Siap...boleh dihidang dengan nasi panas

Simple je kan?

Dulu SA x makan ikan sardin fresh ni..tapi bila kawan-kawan opis bawak pi keja..rasa sedap plak..ikan ni padat ngan isi..x tau la kenapa dipanggil ikan sardin..maybe kat tempat lain nama lain kot..biasa la lain tempat lain orang bagi nama kan..sama juga macam sambal..kenapa nak panggil goreng berlada..padahal sama je sambal kan..haaaa..ikut la nak sebut apa pun janji masakan tu sama je..goreng berlada pun sejenis sambal...SA guna je nama dua-dua..dah habis dah pun lauk ni makan tengahari tadi..zaman serba mahal ni semua pakat bawak bekal..haru belanja RM20 sehari kat KL ni kalau tak bawak bekal..sesekali takpe la..kalau dah hari- hari...pening kepala...

Selamat mencuba ye korang...resepi simple SA tu...

32 comments:

  1. bawa bekal bole jimat kan, ALong...lepas ni kena gigihkan bgn awl pagi nk watkan bekal... :) bole amik resepi kat sini...

    ReplyDelete
  2. tumbuk nampak tektur lawa kan..nk cuba weekend ni

    ReplyDelete
  3. Resepi simple tapi memikat.. Sambal ke goreng berlada ke semuanya sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  4. rajin nya..kolin selalu pi pasar gak. Tapi jarang beli ikan sardin ni hahah. selalu suka pelalin or kembung

    ReplyDelete
  5. sedap la haii lauk ikan..kaya protein..aah..selalu cm tu lah..pggilan lain2..kadg ikut tmpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kaya protein, Nona also peminat ikan..

      Delete
  6. Simple je resepi ni ya. Mesti cuba nih. TQ sis for sharing!

    ReplyDelete
  7. Next time nk try letak sos tiram lah pula. Tak oerlu letak garam dah kan kak.

    ReplyDelete
  8. kak sa.. sedappnyeee... nk bukak pose makan ikan ni laaaa

    ReplyDelete
  9. Cikla kalau ikan sardin mmg suka kalau goreng berlada. Paling tak pun, goreng garing2.. Lepas tu ratah.. Memang sambil goreng, sambil ratah.. Hehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnya . Kalau tak nak guna ikan sardin boleh tukar ikan lain ka

    ReplyDelete
  11. Kak Sue kerap juga masak ikan sardin segar nie, buat masak asam pedas, masak asam pun sedap SA..

    ReplyDelete
  12. oh pakai ikn sardin fresh.. ingt ikan sardin tin..
    sedap sedap..

    ReplyDelete
  13. Menu grg berlado ni mmg wajib kt umah ni hihi

    ReplyDelete
  14. Nampak cili api 20 biji tu rasa dah kecur liur dah kak SA

    ReplyDelete
  15. fav ooo sambal ikan masak macam ni... Oppssss! tak sedar nasi bertambah 2 atau 3 kali... ha ha ha

    ReplyDelete
  16. Jarang sangat saya makan goreng berlada.... x minat bijik2 lado tuu...
    IKan sardin freshh, whoaaaa....

    ReplyDelete
  17. Emi suka betul ika goreng berlada. tp x pernah pulak try ikan sardin goreng berlada. selalu makan ikan tongkol goreng berlada

    ReplyDelete
  18. alamak! goreng berlada ni memang favourite saya ni! sedapnya kalau ada orang masakkan. haha

    ReplyDelete
  19. Alaaa.. asyik resepi sedap je sis SA up entri sekarang ni.. heeee.. boleh lah tinjau hari-hari.. Nanti nak try resepi ni .. tq sis SA

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. 4 ulas la..hahaha...okey dah betulkan...

      Delete
  21. Thank you for sharing the recipe, it looks really delicious 😍

    ReplyDelete
  22. This is really simple, I think if I make the version non spicy my daughter can eat as well.

    ReplyDelete
  23. Ikan laut ni kalau dapat yang fresh memang sedap.
    Goreng garing2 boleh ratah 3, 4 ekor

    ReplyDelete
  24. The fish so tasty and look crispy. Yum.. Yum..

    ReplyDelete
  25. Sedap!
    Tapi tu la. Tgk gambo aje hu hu hu... 😊😊

    ReplyDelete
  26. fuhhhh nampak sedap ikan sardin fresh lagi tu. mcm masakan n9 yang pedas2 thehehehe

    ReplyDelete
  27. Terima kasih sbb kongsi resepi. Nampak sedap ikan sardin goreng berlada SA ni. Buat kite tak sabar2 nak mencubaπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  28. Sedapnya kak. Meleleh air liur tgk

    ReplyDelete
  29. betul.. kena berjimat. Nak beli makanan pun fikir banyak kali.. huhuhu.. Punyalah nak berjimat.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah